Alang-alang minum air kosong, apakata kita upgrade sikit dengan jadikan yang biasa itu kepada luar biasa. Cuma tambahkan buah-buahan, air konsong pun boleh jadi ‘berisi’!

 

IKLAN

Kita masih lagi dalam bulan Oktober. Kempen #NONAPinkRibbon masih lagi berlangsung untuk memberi sokongan kepada pesakit kanser di seluruh dunia. Pernahkah anda terfikir bagaimana keadaannya penjaga atau caregiver yang menguruskan pesakit kanser?

Antara tips untuk caregiver menjaga kesihatan adalah dengan mengamalkan infused water. Tinggalkan jauh-jauh minuman bergas termasuk air soda diet kerana ia bagai menganiaya tubuh badan sendiri.

Senang je. Cuma tambahkan buah-buahan seperti strawberi, kiwi, lemon, daun pudina, timun dan sebagainya dalam sebotol air kosong dan biarkan seketika. Lepas tu, minum saja seperti biasa.

 

Di antara kebaikan infused water adalah:

  • Buah strawberi dan kiwi dapat menjaga kesihatan jantung, menguatkan sistem imun, menurunkan gula darah dan melancarkan pencernaan.
  • Teh hijau, daun pudina dan limau nipis bermanfaat untuk membakar lemak, melancarkan pencernaan, meredakan sakit kepala, mengatasi sembelit dan menyegarkan nafas.
  • Timun, limau nipis dan lemon dapat mengawal selera makan, melancarkan pencernaan dan mencegah kembung perut.
  • Lemon kaya dengan vitamin C dan antioksidan polifenol. Ia dapat menjaga keseimbangan pH tubuh, menguatkan sistem imun, menjaga kesihatan ginjal dan mencegah influenza.
  • Lemon dan halia dapat melicinkan tekstur kulit dan membersihkan organ hati.

 

Ini adalah antara resipi untuk infused water anda. Tetapi, anda boleh juga bereksperimen dengan ciptaan anda sendiri agar dapat maksimumkan khasiatnya.

Buah sitrus: limau gedang, lemon, limau nipis atau limau bali.

Buah beri: strawberi, raspberi, beri biru, beri hitam atau ceri.

IKLAN

Buah melon: melon atau tembikai.

Buah tropika: pear, delima, mangga, nanas, pisang, kiwi, belimbing, epal, anggur, plum atau peach.

Sayuran: timun, lobak, seleri atau paprika.

Daun herba: pudina, sage, rosemary, basil, thyme, stevia atau lavender.

IKLAN

Rempah: halia, kayu manis atau lada.

#NONAPinkRibbon DETOKS BADAN, Antara Amalan Untuk CAREGIVER Kekal Sihat Dan BERTENAGA#NONAPinkRibbon DETOKS BADAN, Antara Amalan Untuk CAREGIVER Kekal Sihat Dan BERTENAGA

Cara minum:

  1. Minum segelas besar infused water sebelum makan, TANPA ALASAN.
  2. Minum air dalam masa 15 minit selepas bangun tidur.
  3. Buat satu jag infused water dan simpan di dalam peti sejuk pada setiap masa.
  4. Beli botol infused water khas untuk kembara dan bawa ia ke tempat kerja, sekolah, gimnasium atau ke mana sahaja.
  5. Pesan teh tanpa kafein jika teringin minum di luar.
  6. Variasikan resipi infused water sama ada untuk panas atau sejuk.
  7. Bahan-bahan yang direndam dalam infused water hanya segar selama 2 hari sahaja. Buang sisanya jika ia tidak sempat dihabiskan.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI