Anugerah Juara Lagu sentiasa menjadi acara muzik tahunan yang dinanti-nantikan oleh penggiat muzik tanah air dan juga peminat-peminat setia dunia muzik. Di pentas ini juga menyaksikan penyanyi, komposer dan penulis lirik tempatan memahat nama lebih tinggi dalam arena muzik tempatan.
Seperti yang kita tahu genre lagu dan juga cita rasa pendengar berubah dari tahun ke tahun, dan penulis kira pilihan top 12 kali ini cukup sempurna dengan gabungan karya-karya yang berkualiti dan juga popular. Jom kita lihat mereka yang layak mara ke AJL 32.
Musim haji tiba lagi, menyaksikan ramai selebriti, personaliti termasuk Agong dan Raja Permaisuri yang telah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan rukun Islam ke lima itu.
Dan yang terkini, usahawan terkenal Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman apabila meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.
Menurut perkongsian yang dikongsikan di laman Instagramnya, Aliff Syukri mendedahkan ini merupakan kali pertama dirinya menjejakkan kaki di tanah suci selepas 15 tahun. Jelasnya, tahun ini baru hatinya terbuka untuk mengerjakan haji tanpa sebarang paksaan.
Malah Aliff Syukri turut berharap urusan hajinya dipermudahkan dan ibadahnya kali ini dapat menjadikannya seorang yang berguna kepada ibu bapa, keluarga serta para kenalan.
Mengerjakan haji bersama dengan anak lelaki sulungnya, Ammar Ahyyan dan ibunya, Rozita Ibrahim turut dikongsikan Aliff beberapa foto dirinya lengkap berpakaian jubah putih sambil sempat bergambar bersama keluarga, serta momen bersalaman dan berpeluikan dengan isteri Datin Shahida sebelum berangkat.
Aliff juga turut mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada pengikut sekiranya ada ketelanjuran bahasa sepanjang perkenalan dan meminta semua mendoakan dirinya menjadi seorang anak, suami dan ayah yang terbaik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut usahawan itu di Instagram mendoakan agar ibadah Aliff Syukri dan anaknya dipermudah dan berharap supaya mendapat haji yang mabrur.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dada langit terbentang luas. Sayap burung berkibar bebas. Bumi bernafas semula, dan penghuni udara pun kembali berkicau, menari dan menyanyi di alamnya.
Ruang angkasa sunyi sepi sejak COVID-19 diisytiharkan sebagai pandemik global. Bagaikan kaca yang terhempas, begitulah operasi penerbangan dunia yang terjejas apabila majoriti negara mengunci pintu masuk demi mengawal penularan wabak.
Mungkinkah norma baru ini bakal mengubah landskap dan saiz industri penerbangan antarabangsa? Sejauh mana pula tahap perlindungan krew udara yang bertugas, apakah persiapan untuk para frontliners ini mendepani kemungkinan?
UNIFORM BARU
Terbaru, syarikat penerbangan tambah rendah AirAsia Filipina tampil dengan pembaharuan. Demi melindungi anak-anak kapal dalam penerbangan, uniform PPE (Personal Protective Equipment) ini dilancarkan sempena operasi penyelamatan dari Bangkok ke Manila di tengah ancaman COVID-19.
Uniform PPE dengan warna korporat merah dan putih itu direka oleh pereka fesyen Filipina yang bertapak di Los Angeles, Puey Quinones. PPE ini bukan saja mementingkan keselesaan dan keselamatan anak kapal, malah semua penumpang yang memilih AirAsia.
“Ini adalah usaha kita semua untuk membantu mendatarkan keluk wabak COVID-19. Saya hanya memilih material PPE yang diluluskan oleh Kementerian untuk melindungi Allstars kami.
Pemakaian PPE ini dapat menonjolkan tenaga AirAsia yang mahu bangkit semula. Ia juga boleh menyuntik keyakinan agar anak kapal kembali bertugas dengan cemerlang seperti dulu,” kata Timbalan Pengerusi dan pemegang saham majoriti AirAsia Filipina, Sheila Romero.
Material PPE itu telah diuji melalui beberapa stress test bagi menjamin daya ketahanannya. Ia tidak terlalu berat atau tebal, nampak chic dan lasak seperti pakaian pemandu kereta lumba F1.
Apa yang jelas, uniform PPE ini adalah gabungan fesyen dan keselamatan, yang menjadi standard utama dunia penerbangan hari ini.
PPE UNTUK ANAK KAPAL MALAYSIA
Walau bagaimanapun, AirAsia Malaysia masih belum memberi kenyataan rasmi sama ada bakal menghasilkan PPE serupa. Menerusi posting terkini di Facebook, AirAsia berkongsi video tentang kaedah pembersihan dan sanitasi harian dalam kapal terbang ini sebagai langkah pencegahan COVID-19.
Your health and safety is our highest priority. As we prepare to return to the skies, you have our commitment that now, more than ever, this remains true. Here's a behind the scenes look at how we keep our planes clean to protect our guests and our Allstars. For more information, click here: https://bit.ly/3auCJhW#InThisTogether
Sejak PKP bermula, AirAsia Malaysia sebenarnya telah banyak melakukan misi penyelamatan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di seluruh dunia.
Mungkinkah inisiatif AirAsia Filipina yang mereka uniform PPE ini, boleh diguna pakai untuk keselamatan petugas AirAsia Malaysia?
Semoga bala musibah ini akan segera berakhir dan kita semua dapat kembali terbang dan meneroka keindahan bumi Tuhan ini sekali lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau diteliti laporan kes kematian melibatkan wabak COVID-19 di seluruh dunia, majoriti mangsa merupakan warga tua atau individu dengan sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, masalah buah pinggang dan sakit jantung. Ada juga kajian, mereka yang berdarah jenis A pun berisiko tinggi dijangkiti virus itu.
Persoalannya, apa yang membuatkan virus ini MEMBURU NYAWA individu-individu di atas? Kenapa setiap hari ada saja kematian membabitkan mereka? Kenapa betapa mudahnya maut menjemput golongan tersebut, berbanding individu lain? Ini jawapan Dr Latif Saad dalam satu perkongsian beliau di The Diagnosa.
Mohon untuk saya jelaskan kenapa perkara ini berlaku
Penyakit COVID-19 ini adalah disebabkan virus yang dinamakan sebagai SARS-CoV-2 iaitu nama panjangnya Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus-2.
Kalau dulu SARS-CoV menyebabkan SARS. Maka, SARS-CoV-2 menyebabkan COVID-19.
Virus ini memasuki sel di saluran pernafasan dengan melekat pada satu enzim yang dinamakan sebagai Angiotensin Converting Enzyme (ACE) dan enzim ini banyak di kawasan paru-paru. ACE ini berfungsi menukarkan kompaun Angiotensinogen dalam badan kepada Angiotensin.
Salah satu fungsi Angiotensin ini pulak adalah menyebabkan pengecutan saluran darah bagi mengekalkan tekanan darah.
Tindak Balas Ubat
Jadi, jika seseorang itu ada darah tinggi, ubat yang merencat enzim ini akan mengurangkan tekanan darah. Ubat darah tinggi yang merencat fungsi ACE ini dinamakan sebagai Angiotensin Converting Enzyme Inhibitor (ACEi).
Bahkan pesakit yang mengalami buah pinggang bocor iaitu ada protein dalam air kencing seperti dialami pesakit kencing manis, mendapat faedah perlindungan buah pinggang jika mengambil ubat ACEi.
Mereka yang pernah mengalami serangan sakit jantung juga selalunya diberikan ubat yang sama kerana terdapat kajian dimana ubat tersebut melindungi jantung daripada terus mengalami masalah.
Malangnya apabila enzim ini direncat, maka badan akan lebih banyak menghasilkan ACE dan virus COVID-19 mempunyai lebih banyak tempat untuk melekat dan memasuki sel di bahagian pernafasan.
Oleh sebab itulah, dua golongan iaitu pesakit kencing manis dan darah tinggi ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi daripada penyakit COVID-19 kerana virus senang masuk ke dalam sel mereka.
Jadi adakah pesakit tak perlu makan ubat tersebut? Jawapannya, wajib makan jugak. Sebab nanti kalau tekanan darah tinggi kena strok berakhir di hospital jugak.
YANG PALING PENTING ANDA KENA BUAT ADALAH DUDUK DI RUMAH DAN JANGAN PERGI MANA-MANA untuk mengelakkan jangkitan COVID-19. Lepas tu, ubat kena makan macam biasa.
Sebagai tambahan, terdapat ubat lain juga menyebabkan penambahan enzim ACE ini seperti Ibuprofen, diclofenac, mefenamic acid iaitu mereka ni tergolong dalam ubat tahan sakit jenis non-steroidal anti-inflammatory drug (nSAID).
Jadi elakkan ubat ini ketika anda tidak sihat waktu sekarang. Risau sebenarnya anda dijangkiti COVID-19 dan keadaan anda semakin teruk pulak. Dr Latif Saad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik usia perkahwinan selebriti cantik, Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal menginjak 10 tahun pada November nanti. Sedekad layari alam perkahwinan nyata bukan satu tempoh yang singkat. Pastinya sepanjang perkahwinan kedua-duanya sudah pun berdepan dengan pelbagai suka dan duka. Namun tetap setia dan saling menyayangi hingga sekarang.