Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 60, antara 31 selebriti dipilih untuk menerima bintang di Hollywood Walk of Fame bagi Kelas 2024 sekaligus menjadi pelakon wanita pertama kelahiran tanahair yang namanya dipahat di laluan ternama lagi popular tersebut.
Untuk pengetahuan anda, Laluan Kemasyhuran Hollywood (bahasa Inggeris: Hollywood Walk of Fame) adalah monument laluan jalan kaki di sepanjang Hollywood Boulevard dan Jalan Vine di Hollywood, Los Angeles, California, Amerika Syarikat, yang berfungsi sebagai muzium hiburan.
Ads
Laluan ini dipahat dengan lebih daripada 2,000 bintang berbucu lima yang memaparkan nama-nama selebriti dan watak rekaan yang diberikan penghargaan oleh Dewan Perdagangan Hollywood atas sumbangan mereka kepada industri hiburan.
Pengumuman itu dibuat Hollywood Chamber of Commerce hari ini di mana senarai pendek terbabit dinilai daripada ratusan pencalonan diterima pada 16 Jun lalu.
Antara nama lain yang turut tersenarai termasuk pelakon Black Phanter, mendiang Chadwick Boseman; penyanyi rap Dr Dre; dan pelakon, Gal Gadot. Turut dicalonkan ialah Presiden Marvel Studios, Kevin Feige; pelakon Maggie Gyllenhaal, Chris Pine, Ken Jeong; penyanyi, Gwen Stefani dan lain-lain.
Ads
Michelle melakar sejarah pada Mac lalu apabila menjadi pelakon Asia pertama memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Academy Awards atau Oscar. Pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu menang menerusi lakonan cemerlangnya dalam filem Everything Everywhere All at Once.
***
Ads
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka kerjaya sebagai penyanyi boleh meraih pendapatan lumayan sehingga mencapai jutaan ringgit. Ini telah dibuktikan oleh Penyanyi dan Penulis Lirik, Rihanna apabila dinobatkan oleh Forbes sebagai Ahli Muzik Wanita Terkaya di dunia dengan jumlah pendapatan RM2500 juta (USD600 juta) setahun.
Hebat sungguh aura penyanyi yang mempunyai nama sebenar Robyn Rihanna Fenty ini. Jumlah kekayaan Rihanna ini yang dilaporkan oleh Forbes ini mengatasi jumlah kekayaan yang diraih oleh Madonna, RM2300 juta (USD570 juta), Celine Dion, RM1800 juta (USD450 juta) dan Beyonce, RM1600 juta (USD400 juta).
Agak-agaknya apa yang menyebabkan Rihanna boleh meraih pendapatan sedemikan rupa. Mungkin sedikit sebanyak lagunya yang berjudul Work menggambarkan sikap gigih Rihanna dalam mengejar cita-cita untuk berjaya dalam bidang yang diceburinya.
Namun, sumber kekayaan Rihanna bukan datang dari bidang seni semata-mata. Sumber pendapatan penyanyi yang mempunyai jumlah pengikut seramai 79.3 juta di laman Instagram ini datang dari kerjasama bersama jenama mewah terkenal dunia, LVMH menerusi Fenty Beauty.
Rakan kongsi Rihanna, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LVMH iaitu Bernard Arnault yang berusia 70 tahun juga merupakan Pengerusi dan CEO kepada syarikat jenama mewah seperti Louis Vuitton, Christian Dior, Fendi dan Sephora.
Sejak jenama kosmetik ini dilancarkan pada bulan September 2017 dan dipasarkan secara atas talian dan di rangkaian kosmetik, Sephora, jumlah jualan yang dicapai pada minggu pertama dan kedua pengenalannya, mencecah sehingga RM400 juta (USD100 juta).
Bayangkan sahaja jumlah jualan bersih yang diperoleh oleh pelakon filem Battleship ini dalam sebulan setelah hampir 3 tahun beroperasi. Tidak mustahil sehingga kini jumlah pendapatan Rihanna boleh mencapai sehingga ke angka RM2500 juta (USD600 juta).
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Namun, Rihanna yang telah dilahirkan di Saint Michael, Barbados ini bukanlah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya raya. Zaman kanak-kanak Rihanna tidak seindah seperti orang lain apabila sering didera oleh bapanya yang menagih dadah.
Benar kata orang kalau bukan diri sendiri siapa yang akan mengubah nasib diri dan keluarga. Ternyata Rihanna telah berjaya memperjuangkan nasibnya sehingga menjadi Penyanyi Wanita TERKAYA di dunia.
Sumber: forbes.com
Foto: Instagram @badgalriri
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu ketika dahulu, Lynn Alkhaired sering menjadi bualan bukan sekadar bakat lakonannya yang mantap malah turut terkenal dengan jolokan nama ‘Julia Roberts Malaysia’ hanya kerana iras wajahnya yang persis aktres antarabangsa tersohor itu.
Agak lama juga kita tidak mendengar cerita tentang Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al Khaired atau nama komersilnya Lynn Alkhaired. Dramatis popular ini seakan ‘membisu’ seketika dari dunia seni tanahair.
Namun baru-baru ini tercetusnya kisah penghijrahan wanita berusia 45 tahun ini. Penampilannya kini lebih sopan dan manis dengan bertudung. Biarpun usianya kini mencecah 40-an namun Lynn masih kelihatan anggun serta awet muda! Keramahannya masih seperti dahulu.
Terserlah sisi bahagia yang sedang dinikmati oleh Lynn bersama keluarga. Kini bidang seni bukan lagi menjadi keutamaan buat Lynn sebaliknya dia menjadikan bidang perniagaan sebagai satu platform demi masa depan yang lebih baik.
Lynn kini sedang rancak bergelar seorang usahawan di samping menjadi ibu kepada lima orang anak iaitu Alif Ronan Yan Tzen (19 tahun), Aimaan Yaacob Merican (12 tahun), Aaron Iskandar Shah Merican (9 tahun), Aireen Ibtisam Aleexandria (7 tahun) dan Aireezlynn Humairah Azzahra (6 tahun).
Lynn kini lebih banyak menumpukan perhatiannya terhadap keluarga. Selain bergelar Pengarah di Muayfit Fitness Sdn Bhd, Lynn juga aktif mengusahakan perniagaan kek dan biskut homemade yang dilakukan secara online. Atas nama komersilnya, Dapur Lynn Alkhaired Resources menerima sambutan yang sangat menggalakkan walaupun baru diusahakan sejak setahun yang lalu.
“Bukan sudah tidak ada tawaran untuk berlakon tetapi kini saya lebih selesa bersama anak-anak yang sedang meniti usia remaja. Sebagai ibu saya rasa bertanggungjawab untuk memantau dan melihat mereka membesar di hadapan mata, di samping menguruskan perniagaan yang kian mendapat sambutan.
Dari situlah tercetusnya idea untuk melakukan perniagaan kek dan biskut secara homemade walaupun permulaannya sekadar cuba-cuba. Bukan sekadar mengisi masa terluang bahkan mengembangkan hobi serta bakat saya dalam masakan.
Sementara Muayfit Fitness, saya kembangkannya menjadi sebuah pusat kecergasan yang turut menyediakan pengurusan acara kepada mereka yang berminat. Ini pengalaman pertama saya dan idea ini tercetus daripada keadaan ekonomi kini yang kian mencabar,” kongsi Lynn.
PENGHIJRAHAN
“Ia bermula dari dalam jiwa. Saya mula kurang bersosial serta mula memikirkan tentang kehidupan. Selain itu, saya juga banyak menghadiri majlis-majlis agama. Kebetulan anak pula cenderung ke arah agama. Mungkin ini satu petunjuk buat diri saya untuk berubah menjadi seorang wanita yang lebih baik.
Selain kerap menghadiri majlis agama, saya turut membuat inisiatif sendiri pergi ke Indonesia untuk menggali ilmu agama dengan lebih mendalam. Saya tinggalkan seketika anak-anak yang masih kecil ketika itu demi mengejar ilmu akhirat.
Sejujurnya ilmu agama saya masih cetek maka sebab itulah saya mengambil tindakan sedemikian. Jiwa sentiasa tidak tenteram selagi tidak ‘mencarinya’. Di sana saya banyak bertemu dan bergaul dengan mereka yang pandai ilmu agama.
Alhamdulillah hasil usaha tersebut saya menjadi siapa diri saya sekarang. Pun begitu, saya masih Lynn Alkhaired yang dahulu, masih rapat dengan rakan-rakan lama dan baru. Cuma mungkin ada batas-batasnya mana yang boleh dan tidak. Saya rasa bersyukur dan bertuah kerana Allah SWT telah membuka pintu hati saya lebih awal untuk berubah ke arah kebaikan.
Ketenangan jiwa adalah nikmat paling mahal buat saya. Kini saya lebih banyak fikirkan tentang kehidupan, diri sendiri serta keluarga. Anak-anak juga sering mendoakan saya agar terus menjadi ibu yang terbaik buat mereka. Semua ini petunjuk daripada Allah SWT untuk saya berhijrah.
Bertahun-tahun saya rasa lost dan tercari-cari. Jiwa saya bergolak dan akhirnya apabila bertudung jiwa saya merasa tenang sangat. Dan itulah sebenarnya apa yang saya tercari-cari selama ini. Biarpun perubahan ini tidak terlalu drastik semoga saya terus istiqamah.
Sebagai manusia yang lemah lagi kerdil semua orang pasti melakukan kesilapan. Kesilapan itulah ‘guru’ saya. Siapa yang tidak melakukan kesilapan itu sangat rugi. Bukan kata perlu sengaja melakukan kesilapan sebaliknya ia satu titik permulaan untuk kita belajar tentang kehidupan sebenar,” akhiri Lynn yang menjadikan Ustazah Sharifah Khasif sebagai sumber inspirasi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.
Ratu Camilla menyambut ulang tahun ke-78 pada 17 Julai 2025 lalu. Bagi meraikan momen bersejarah ini, Raja Charles III berkenan mengurniakan gelaran Laksamana Madya atau Vice Admiral of the United Kingdom dalam satu upacara rasmi di atas kapal selam HMS Astute.
Pengurniaan gelaran tersebut menjadikan Ratu Camilla sebagai wanita pertama yang menerimanya dalam sejarah kerajaan Inggeris. Ia adalah bentuk apresiasi tertinggi atas naungan dan komitmen berterusan Ratu Camilla terhadap Angkatan Laut Kerajaan.
Selain gelaran berprestij, Ratu Camilla turut menerima hadiah ulang tahun yang sangat unik iaitu gulungan plastik pembungkus (cling film) yang disampaikan oleh Komandan HMS Astute. Ia sebagai simbolik kegunaan cling film yang memperbaiki kerosakan kecil pada tubuh kapal selam dalam situasi darurat.
Terdapat plakad jenaka disertakan berbunyi, ‘Cling film menjaga kapal selam di laut’. Hadiah ini cukup sentimental, memaparkan sisi humor dan keakraban antara Ratu dengan parajurit Angkatan Laut Diraja.
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.
Baginda yang merupakan Penaung HMS Astute sejak tahun 2007 turut meraikan khidmat cemerlang kapal selam bersejarah itu selama 15 tahun, menjadikannya tempoh perkhidmatan sulung terpanjang dalam sejarah kapal selam Tentera Laut Diraja.
HMS Astute merupakan kapal selam utama dalam armada Tentera Laut Diraja yang terdiri daripada Kapal Selam Berkuasa Nuklear (SSN) atau dikenali kapal selam ‘serangan’. Ia menjalankan pelbagai misi, termasuk pengumpulan risikan dan perlindungan di Tanah Inggeris.
Ratu Camilla juga merupakan Penaung HMS Prince of Wales serta memegang jawatan kehormat Commodore-in-Chief bagi Perkhidmatan Perubatan Tentera Laut Diraja.