Tiba hujung minggu, otak mula sibuk merancang aktiviti yang tak dapat dilakukan pada hari biasa. Kesibukan kerja membuatkan anda looking forward untuk menikmati hujung minggu yang tenang.

IKLAN

Apa yang perlu anda lakukan adalah merancang aktiviti dengan baik. jangan biarkan sesaat pun hari hujung minggu anda dibazirkan dengan perkara tak berfaedah. Selain meluangkan masa bersama keluarga dan teman, tip sihat ini juga boleh membantu anda dengan gaya hidup lebih baik dan sihat.

Bersenam

Luangkan lebih masa untuk bersenam. Walaupun otak kita rasa mahu berehat sepuas-puasnya tetapi cuba ‘pujuk’ tubuh untuk bersenam. Bangun awal pagi dan bersenamlah di taman-taman berhampiran rumah. Sambil bersenam, sambil cuci mata. Kan best tu!

Jangan Bazirkan Cuti Hujung Minggu. Ini Tips Untuk Anda Lebih Tenang Sekembali Tiba Minggu Baru.

Atur jadual makan

Kenapa perlu ada cheat day? Jika pada hari biasa anda menjaga pemakanan, apa salahnya kalau hujung minggu pun anda teruskan pelan pemakanan yang sama. Kali ni anda boleh masak sendiri dan makan sambil menonton televisyen. Badan sihat, hidup pun lebih ceria!

Jangan Bazirkan Cuti Hujung Minggu. Ini Tips Untuk Anda Lebih Tenang Sekembali Tiba Minggu Baru.

Jadual tidur tetap

Jika anda memilih untuk tidur lewat pada hujung minggu, bermakna anda akan mengganggu keseluruhan jadual seharian anda. Bayangkan jika anda mula tidur jam 12 malam dan bangun jam 11 pagi. Anda mungkin tak sempat sarapan dan terus menikmati hidangan tengah hari. Apa yang sepatutnya tubuh terima pada waktu sarapan telah berubah menjadi hidangan lain pula.

Tidur lewat juga boleh menyebabkan mata menjadi sembap dan menimbulkan lingkaran gelap bawah mata. Lebih baik teruskan dengan ‘beauty sleep’ iaitu tidur yang lena selama lapan jam dan terus mengekalkan kecantikan alami.

Jangan Bazirkan Cuti Hujung Minggu. Ini Tips Untuk Anda Lebih Tenang Sekembali Tiba Minggu Baru.

Aktiviti luar

Inilah masanya untuk melakukan aktiviti luar. Lima hari seminggu dihabiskan dengan memerap di pejabat berhawa dingin, jarang sekali menikmati vitamin D dari cahaya matahari. Terdapat kajian menunjukkan anda akan lebih ceria apabila meluangkan masa bersama alam semula jadi. Cubalah!

IKLAN

Jangan Bazirkan Cuti Hujung Minggu. Ini Tips Untuk Anda Lebih Tenang Sekembali Tiba Minggu Baru.

Hadkan pengambilan minuman manis

Pada hari biasa, anda mungkin memilih untuk menikmati air bergula dengan alas an untuk lebih cergas melakukan kerja (betul ke?). Hujung minggu nanti, cuba hadkan pengambilan air bergula dan lebihkan air kosong. Di samping menjanjikan kesihatan lebih baik, anda juga boleh terhalang daripada kesan hidrasi.

Jangan Bazirkan Cuti Hujung Minggu. Ini Tips Untuk Anda Lebih Tenang Sekembali Tiba Minggu Baru.

Rancang untuk tenang

IKLAN

Hari bekerja tentunya memnatkan tambah-tambah lagi kesibukan kerja yang terganggu sehingga ke malam. Berilah masa untuk tubuh dan otak anda berehat pada hujung minggu. Ketepikan kerja pejabat dan luangkan masa bersama keluarga. Recharge otak dan tubuh sebelum menjelang Isnin.

Jangan Bazirkan Cuti Hujung Minggu. Ini Tips Untuk Anda Lebih Tenang Sekembali Tiba Minggu Baru.

Diet on and off

Mentaliti diet on and off sangat berbahaya. Anda mungkin berdisiplin menjaga pemakanan pada hari biasa tetapi ‘tergelincir’ dari landasan bila tiba hujung minggu. Sebenarnya anda mengganggu fokus otak untuk menstabilkan perubahan gaya hidup sihat.

Jangan Bazirkan Cuti Hujung Minggu. Ini Tips Untuk Anda Lebih Tenang Sekembali Tiba Minggu Baru.
Bina pelan rancangan masa depan

Selepas menikmati cuti hujung minggu, cubalah rancang apa yang ingin anda lakukan untuk melalui minggu seterusnya. Rangka pelan mengikut keutamaan dan dari sini, anda pasti boleh bekerja dengan lebih efisyen dan tenang.

Jangan Bazirkan Cuti Hujung Minggu. Ini Tips Untuk Anda Lebih Tenang Sekembali Tiba Minggu Baru.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI