Kegemarannya kini menghirup coffee latte di pelbagai buah negara. Duduk di sebuah coffee shop yang chic dan feminin! Menikmati keharmonian hasrat yang sentiasa mewarnai gerak hidupnya. Itu pun setelah puas berbelanja memiliki pelbagai jenis high heel Christian Louboutin, tas tangan Chanel dan Birkin Hermes. Cukup melepas penat dengan segelas kopi,  sambung kembali kembara shopping in style di kota Paris. Mencapai gaun malam Celine dan Dolce & Gabbana, seutas jam tangan Chorpard dan outstanding ring. Selama seminggu di sana, itulah aktiviti keghairahan Maria setiap hari.

Sesuai dengan kata Coco Chanel, “There are people who have money and people who are rich.” Jadi shopping dan berbelanjalah, asalkan anda mempunyai kemampuan, cita rasa fabulous dan classy. Tersenyum puas Maria setelah memiliki apa yang diinginkan. Pulang ke Malaysia, sendat dan padat almari baju dengan ratusan kasut dan beg tangan. Makan hati siapa yang melihat! Saya sendiri terbeliak mata melihatnya… Ingatkah Maria dengan setiap koleksi yang dimiliki? Sempatkan ingin menyarung kesemuanya? Kalau dikira ke semuanya berapa agaknya jumlah harga yang telah dibelanja?

IKLAN

Wah, hebat! Tetapi keperibadian Maria masih kekal seperti yang saya kenali dulu. Jauh sekali menjadi sombong dan bongkak, hidung tinggi bukan dirinya. Membeli branded item baginya bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi satu kepuasan setelah penat bekerja keras. Tambahan fesyen menjadi kegilaannya sejak dari muda. Dahulu tidak mampu tetapi sekarang Alhamdulillah rezeki bertambah, baru kenal erti senang.

Ya! Maria sememangnya seorang yang bekerja keras. Dia bukannya dilahirkan di dalam dulang emas tetapi usahanya membuahkan hasil, kurniaan rezeki menyebelahinya. Terasa aman saya dengannya biarpun kadang-kadang saya rasa janggal seperti langit dan bumi. Namun, Maria sentiasa menyenangkan diri untuk bersama saya. Tidak sekali beliau berkawan dengan wajah ‘superficial’. Sentiasa merendah diri walaupun terdedah dengan sebuah kehidupan yang indah, tidak lalai dan riak jadinya. Saya bangga mempunyai kawan yang kaya dan cukup disenangi!

Jangan Mudah Melatah Lihat Kekayaan Orang Lain, Anda Juga Boleh Jadi JUTAWAN! Tiru 4 Amalan Ni

Ramai yang kaya raya dan terkenal sebenarnya. Persoalannya,  adakah mereka disenangi? Tidak bermegah-megah? Humble dan tak grumble? Emmm… Mudah sahaja, belum kenal belum tahu. Don’t judge a book by its cover! Mungkin ada segelintir yang berpewatakkan begitu dan selainnya yang berjaya dan ternama masih lagi hidup sederhana dan merendah diri. Kita yang berada di golongan sederhana ini juga perlu memahami, senario suasana mereka. Sentiasa dikelilingi dengan aura glam, korporat dan sebagainya. Bermakna tuntutan hidup di kelas atasan adalah tinggi. Dan mereka mampu untuk menikmatinya.

Jangan mudah melatah melihat kekayaan orang lain, lantas membuat kesimpulan orang-orang kaya dan terkenal ini mesti sombong, boros dan hidung tinggi. Kita sendiri perlu bersyukur dengan segala apa yang ada. Jika ingin menjadi seperti mereka, jawapannya mudah… Perlu berusaha dan bekerja keras. Bermakna anda perlu bekerja 100 kali ganda dari biasa. Lainlah kiranya jika kita dilahirkan sebagai anak jutawan! Kalau anak jutawan sekalipun, jika tidak bekerja, lama-kelamaan bukit yang tinggi pun akan menjadi tanah rata.

Dan apabila menjadi kaya dan ternama, biarlah keperibadian diri disenangi oleh semua masyarakat. Barulah aman damai dan tenang dalam menikmati kehidupan. Kaya atau ternama, semuanya terletak kepada niat dan keikhlasan di hati. Keperibadian diri adalah berlian paling berharga, bukan sahaja di mata masyarakat tetapi kepada yang Esa. Selesakan diri anda dalam setiap ruang kehidupan dan tampilkan sisi terbaik anda. Seperti yang dikatakan penulis Amerika, Ralph Waldo Emerson (1803-1882). “Make the most of yourself, for that is all there is of you”.

Sebenarnya untuk menjadi jutawan, anda tidak perlu mewarisi atau berkahwin dengan si tua kaya. Tahukah anda, kebanyakan wanita terkaya di dunia memperoleh kekayaan mereka menerusi pelaburan? Sentiasa ingat petua ini iaitu ‘Wang Membeli Wang’. Prinsipnya mudah sahaja, mereka melabur lebih wang untuk mendapat lebih pulangan.

Tujuan pelaburan tidak semestinya untuk mendapatkan wang kembali secepat mungkin. Sebaliknya, anda perlu meningkatkan nilai aset yang dimiliki untuk hidup seperti yang diimpikan. Jika anda punya wang ekstra untuk disisihkan setiap bulan, apa agaknya yang akan berlaku? Menyimpan atau berbelanja? Mungkin ada yang merancang untuk bercuti atau bergembira di taman tema. Tapi bagi bakal jutawan, anda perlu sanggup menyimpan dan melabur wang tersebut demi impian yang satu.

Anda mungkin hanya seorang wanita eksekutif kelas pertengahan, atau usahawan kecil-kecilan. Nah, siapa kata anda tidak bisa menyulam mimpi untuk bergelar jutawan? Apabila anda sudah tahu apa yang diinginkan dalam hidup, mulakan dengan mengenal pasti jenis pelaburan seperti stok, bon, mutual funds, pelaburan hartanah dan sebagainya. Jika sudah memilih pelaburan yang sesuai, fokus pula pada harga yang dibayar.

IKLAN

Jangan Mudah Melatah Lihat Kekayaan Orang Lain, Anda Juga Boleh Jadi JUTAWAN! Tiru 4 Amalan Ni

MULAKAN DARI AWAL

Dalam setiap jurnal kewangan ada menyatakan bahawa kejayaan pelaburan terletak pada tempoh masa yang anda letakkan. Contohnya di Amerika Syarikat, bayangkan pelaburan sebanyak $10000 dengan faedah 11% dalam tempoh 10 tahun hanya menyemaikan keuntungan sebanyak $167,220. Tapi jika dilabur dalam tempoh 40 tahun, anda mampu menggandakannya sebanyak $5,818,261, iaitu empat kali ganda lebih lama tapi dengan keuntungan 35 kali ganda lebih banyak dalam akaun anda! Itulah sebabnya anda perlu memulakan pelaburan seawal yang boleh.

IKLAN

KEMBANGKAN PUNCA PENDAPATAN

Gerak rasa pertama bagi anda yang berhajat untuk kaya pastilah dengan menyekat perbelanjaan. Nah, usah membuat hidup anda tambah membosankan. Kekalkan rentak belanja seperti biasa, tapi dalam waktu yang sama, lakukan kerja sampingan untuk menjana lebih pendapatan. Ingat, pastikan kerja itu tidak mengganggu waktu kerja biasa anda! Contoh pekerjaan sampingan ialah seperti broker hartanah, penulis buku, jurujual kosmetik atau usahawan kecil-kecilan. Sumber pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan sampingan ini bukan sahaja menambah satu kelebihan dalam portfolio anda, malah anda boleh terus hidup selesa dengan pendapatan tetap.

KUASAI ILMU PELABURAN

Lelaki atau wanita, sama-sama berkelayakan untuk melabur. Sebelum memulakan pelaburan, kuasai dahulu segala ilmunya. Mungkin daripada rujukan bahan bacaan atau Internet, bahkan daripada pakar pelaburan untuk berkongsi pandangannya. Paling penting, kaji dahulu risiko pelaburan serta elakkan terjebak skim pelaburan cepat kaya yang semakin menjadi-jadi.

BERNIAGA

Selain melabur, anda mampu menikmati kesenangan dengan cara berniaga. Dapatkan segala ilmu sebelum bermula, temui perunding atau berguru dahulu dengan usahawan yang telah berjaya. Ini dapat mengelakkan diri anda daripada terjebak kesilapan yang merugikan, selain menjimatkan masa, modal dan tenaga. Menurut penulis buku ‘Easy Business for Women with Little or No Money’, Dr. Mary E. Waters, seorang peniaga yang bijak mesti menguasai segala ilmu tentang undang-undang perniagaan, kewangan, pengurusan, perolehan, pemasaran, perakaunan, harga pasaran, penyediaan pelan perniagaan dan sebagainya sebelum berniaga. Tanpa ilmu-ilmu tersebut, anda mungkin kerugian apabila tersalah meletak kepercayaan kepada kakitangan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI