Pasti kebanyakan pembaca-pembaca majalah NONA adalah mereka yang membesar menonton drama lipur lara atau telenovela yang mencipta fenomenanya sendiri sekitar awal tahun 20-an. Telenovela dari Sepanyol dan Mexico seperti Maria Mercedes, La Usurpadora, Mis Tres Hermanes, Rosalinda dan Rubi yang ditayangkan di TV3, RTM dan NTV7 suatu ketika antara telenovela popular yang cukup digemari.
Dilakonkan oleh barisan pelakon jelita lagi menawan seperti Gabriella Spanic, Scarlet Ortiz, Barbara Mori dan Thalia sudah pastinya wajah mereka kekal dirindui sehingga kini. Tidak lupa juga seorang lagi pelakon jelita terkenal yang pernah membintangi telenovela terkenal seperti Paloma, Cuando Seas Mia dan Catalina Y Sebastian, iaitu si cantik Silvia Navarro.
Lahir pada 14 September September 14, 1978 di Irapuato, Guanajuato; Silvia Navarro ialah pelakon Mexico yang memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1997 menerusi telenovela terkenal Perla. Sebelum itu, Silvia merupakan seorang model dan pernah membintangi beberapa buah iklan sejak dari usianya masih bayi.
Selepas Perla, Slivia mencipta kemasyuran membintangi telenovela terkenal di bawah rangkaian TV Mexico TV Azteca, dan kemudian untuk Televisa dan Telemundo seperti Quando Seas Mia, Catalina Y Sebastian dan lain-lain, sehingga pernah menggondol beberapa buah anugerah.
Selepas dari dua telenovela hit tersebut, populariti Silvia terus mencanak dan dia kemudiannya membintangi pelbagai projek, dan wajahnya juga terus menjadi perhatian jenama-jenama kosmetik terkenal. Kali terakhir Silvia berlakon adalah menerusi drama La Suerte De Loli pada tahun 2021.
View this post on Instagram
Memiliki seramai 3.6 juta pengikut di Instagram, sudah pasti wajah Silvia menjadi dambaan ramai peminat yang membesar menonton telenovela dibintanginya. Dek parasnya, malah dilihat masih kekal awet muda di usia 44 tahun, Silvia kelihatan masih lagi jelita walaupun sudah memiliki seorang anak yang diberi nama León Casanova hasil perkahwinan bersama pelakon Gerardo Casanova, namun perhubungan selama 8 tahun mereka tidak kekal lama.
View this post on Instagram
Jika dilihat di akaun Instagramnya, Silvia banyak menghabiskan masa bercuti dan menikmati kehidupan bersama anak dan teman rapatnya, malah Silvia juga masih lagi menjadi pilihan jurugambar untuk sesi pengambaran majalah serta jenama terkemuka seperti Garnier dan lain-lain.
BACA JUGA: Nenek ‘Hot’ Di Usia 44 Tahun, Bintang Telenovela Rubi BARBARA MORI Kekal Anggun & Bahagia Hidup Solo
Dan khabarnya juga Silvia dikatakan kini sedang dilamun cinta dengan buah hatinya, Flavio Medinal yang juga aktor terkenal di sana namun tidak dipastikan sejauh mana keseriusan perhubungan mereka. Semoga yang baik-baik saja buat Silvia!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***