Jisoo dari kumpulan BLACKPINK telah dinobatkan sebagai Wanita Tercantik di Dunia 2022 oleh Majalah Nubia yang berpangkalan di UK. Jisoo yang lahir pada tahun 1995 itu menewaskan Chou Tzuyu dari kumpulan TWICE yang menduduki tempat kedua dan Lisa Manoban yang berada di tempat ketiga.
Kredit foto: Instagram (@sooyaaa__)
Memetik halaman Majalah Nubia, Jisoo mendapat 44.78 peratus daripada jumlah undian masuk dari 155 negara atau hampir 500 ribu undi. Manakala Tzuyu di tempat kedua memperoleh 39.23 peratus atau sekitar 420,830 undi dan diikuti Lisa dengan 95,312 undi atau sekitar 8.88 peratus.
Tzuyu dari Kumpulan TWICE menggunguli di tempat kedua.
Kedudukan keempat dimenangi pelakon Turki bernama Hande Ercel dengan 37,722 undian atau sekitar 3.52 peratus.
Ads
Sebagai pemenang, Jisoo berhak mendapat sijil sebagai Wanita Tercantik yang akan dihantar tidak lama lagi kepada YG Entertainment, agensi yang menempatkan Jisoo.
Majalah Nubia turut menjelas bagaimana mereka memilih. Sebelum pengundian, pihaknya mengadakan tinjauan terlebih dahulu bagi mendapatkan 20 nama artis wanita yang dianggap paling cantik oleh orang ramai menerusi laman web mereka.
Ads
Antara 20 nama itu ialah artis terkenal, seperti Bella Hadid, Zendaya, Ariana Grande dan Scarlett Johansson.
Jisoo memulakan kerjayanya sebagai ahli BLACKPINK pada 2016 sebagai vokalis utama. Keupayaannya untuk memiliki nada rendah dan sederhana yang stabil ketika melakukan persembahan secara langsung amat dikagumi. Malah Jisoo juga turun aktif dalam bidang lakonan di mana beliau pernah membintangi drama Korea bertajuk Snowdrop.
Nak hidup sihat dan ceria, kena rajin bersenam! Amalan gaya hidup sihat dan rutin senaman Julie Rhee yang juga isteri Jehan Miskin ini memang patut dijadikan panduan. Tidak hairanlah wanita kelahiran Korea Selatan ini sentiasa tampil sihat dan ramping.
Malah, dia juga tidak lekang dengan senyuman. Sekaligus membuatkan Julie atau nama sebenarnya Julie Camelia Rhee dilihat seorang wanita yang ceria, mudah didekati dan berfikiran positif.
Agak lama tak dengar khabar dan tonton lakonan pelakon kacak, Jehan Miskin di kaca televisyen.
Bagaimana pun di laman media sosial, Jehan kelihatan sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang. Apatah lagi sejak kehadiran cahaya mata lelaki mereka.
Menerusi perkongsian Jehan, dia sekeluarga dan ibu mentua menyambut 1 Syawal lalu di Thailand dan menikmati percutian di Pai, Thailand.
Terserlah wajah bahagia seisi keluarga ini melancong ke negara Gajah Putih berkenaan yang sarat dengan keindahan alam semula jadi. Meskipun sedang bercuti, Julie tetap aktif melakukan rutin yoga.
Difahamkan Julie merupakan guru yoga di Kuala Lumpur dan bertugas sebagai krew pakaian sukan Korea iaitu Xexymix Malaysia. Dia juga ‘Legacy Ambassador’ bagi jenama Lululemon.
Ibu kepada seorang anak ini berusia 39 tahun dan bergelar isteri Jehan Miskin pada Mei 2013. Tahun ini usia perkahwinan Julie dan Jehan bakal melangkau 11 tahun.
Pasangan ini dilaporkan menunggu hampir tujuh tahun untuk menimang zuriat dan menerima kehadiran anak sulung yang diberi nama Axel Nova Rhee pada 20 Februari 2021.
Suatu ketika dahulu, berita kematian pelakon legenda Bollywood Sridevi mengejutkan dunia. Manakan tidaknya, kematianya masih diselebungi misteri selepas beliau disahkan mati akibat lemas di dalam tab mandi biliknya hotelnya di Dubai sewaktu menghadiri perkahwinan anak saudaranya di sana.
Sridevi yang maut pada 24 Februari 2018 meninggalkan suaminya, Boney Kapoor dan dua anak perempuan yang sudah meningkat dewasa, iaitu Janhvi Kapoor dan adiknya Khushi Kapoor terus menjadi perhatian lensa media dek kejelitaan mereka yang dikatakan mewarisi paras jelita mendiang pelakon legenda tersebut.
Menjadi buruan paparazzi yang sentiasa mahu merakam gerak geri mereka, lebih-lebih lagi Janhvi yang wajahnya saling tak tumpah dengan ibu tercinta mereka yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan antara wanita paling cantik di dunia. Jadi tak hairanlah Janhvi mengikut jejak langkah ibunya menceburi bidang lakonan.
Mengikuti jejak langkah ibu dan bapanya, Janhvi yang kini berusia 26 tahun tampil menerusi debut pertama berjudul Dhadak bersama Ishaan Khattar pada Julai 2018. Namun kemunculan Jahnvi diragui dan dipersenda memandangkan dia adalah anak kepada pelakon legenda terkenal, seterusnya menyebabkan kehadiranya dalam bidang lakonan dikritik dan dipersoal, walaupun memperoleh Anugerah Zee Cine untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik.
Namun tidak bersandarkan rupa paras menawan semata-mata, Janhvi sememangnya memiliki darah seni yang mengalir dan giat membuktikan dirinya layak berada dalam industri, apatah lagi Janhvi terlebih dahulu mendapatkan kemahiran lakonan di Institut Lee Strasberg Theatre & Film, Los Angeles. Dan selepas itu, Janhvi mula meraih perhatian penerbit dan pengarah filem Bollywood dan ditawarkan beberapa buah naskah habat; antaranya Gunjan Saxena, Dostana 2, dan Mili.
Menurut sumber, Janhvi Kapoor juga sememangnya seorang yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri. Melihat pada kondisi kulit wajahnya yang mulus dan bersih, dia sentiasa mahu wajahnya segar dan bernafas, serta mengekalkan kulit yang sihat iaitu dengan mengamalkan diet buah-buahan. Apa sahaja sisa (buah-buahan) yang dimakan ketika sarapan, akan ditukarkan menjadi masker wajah.
Selain kulit, Jahnvi juga sangat ‘particular’ dengan rambutnya. Bagi mengekalkan alunan rambut yang lebat dan bersinar, Jahnvi mengamalkan petua membuat minyak di rumah dengan bahan-bahan seperti bunga kering dan amla. Betullah kata orang, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bukan!
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik sudah sebulan kita berouasa dan akhirnya tiba pula hari raya. Pada bulan puasa, minda sudah dididik untuk tidak menerima makanan dan minuman selama 14 jam. Ada di antara kita yang memilih untuk meneruskan displin pemakanan ketika berpuasa pada hari raya ini. Jika tidak secara keseluruhan pun, apakata anda mulakan dengan diet gluten. Sekurang-kurangnya boleh maintain berat badan walaupun pada musim raya!
Selain mengawal paras kalori, makanan-makanan enak seperti pasta, biskut, kek, oat, pastri, bijirin dan banyak lagi pilihan bergluten sering kali dihindari oleh individu yang amat menitikberatkan aspek kesihatan. Bagi yang lebih ekstrem, amalan diet bebas gluten turut menjadi sebahagian gaya hidup sihat, terutamanya buat penderita celiac disease serta pelbagai lagi penyakit moden pada masa kini.
Gluten bersifat kenyal dan elastik kerana komponen protein yang dikenali sebagai peptida. Ia juga turut ditemui dalam beberapa jenis makanan ruji anda seperti serbuk roti, stok atau air rebusan, gula-gula, makanan gorengan, daging proses dan sosej, malt, kanji makanan yang dimodifikasi, sos soya serta sebagainya. Selain itu, gluten juga terdapat dalam ramuan makanan yang siap diproses, seperti yang banyak terjual di pasar raya.
Selain itu, individu yang memiliki intoleransi terhadap gluten juga disarankan agar menghindari makanan yang mengandungi bahan ini. Menurut ahli alergi dari Australia, Dr. Rodney Ford, tanda-tanda awal atau gejala alahan gluten yang paling kerap dilaporkan adalah sering pening kepala, gelisah berlebihan dan sentiasa penat. Tambahnya, diet bebas gluten amat baik dijalani oleh golongan sebegini, malah untuk sesiapa jua demi kesihatan.
Secara amnya, ramai yang beranggapan bahawa diet bebas gluten hanya baik untuk menjaga kesihatan semata-mata. Namun ia penting untuk penderita celiac disease atau mereka yang alah terhadap protein gluten sehingga menyebabkan gangguan kekebalan.
Jika pantang dilanggar, sistem pertahanan tubuhnya akan bertindak seolah-olah gluten adalah musuh yang harus dihancurkan. Ini boleh mengganggu proses penyerapan nutrisi seterusnya andai dibiarkan, membawa kepada gejala malnutrisi.
Selain itu, gluten juga perlu dijauhi oleh penderita reumatoid artritis, multiple sclerosis, Parkinson, neuromyelitis, down syndrome, autisme, ataksia (kehilangan berat badan tanpa sebab), osteoporosis, diabetes jenis 1 dan 2 serta anemia.
Menurut penulis buku Living Gluten Free for Dummies, Donna Karn dan Alessio Fasano, MD, memaparkan beberapa alasan kukuh mengapa anda sebaik-baiknya harus menjauhi makanan yang mengandungi gluten.
MEMPERLAHANKAN GEJALA MENOPAUS
Beberapa ahli kesihatan percaya bahawa gluten boleh menyebabkan gejala menopaus tambah melarat seperti demam, sakit kepala dan masalah mood tidak menentu. Hindari gluten dapat meringankan gejala-gejala tersebut.
NUTRISI TERKAWAL
Kebiasaan membaca label makanan membuat anda menjadi lebih akrab dengan pelbagai istilah nutrisi. Anda dapat mengetahui pelbagai nama, contohnya oat, malt dan wheat hanyalah istilah dari gandum.
KESAN AWET MUDA
Gandum akan meningkatkan kadar gula dalam darah. Di dalam darah, gula akan bergaul dengan protein. Kedua-dua bahan ini akan meningkatkan kadar enzim yang merosakkan jaringan kolagen kulit. Justeru, amalan diet bebas gluten dapat menjadikan anda lebih muda berbanding mereka yang mengambil gluten.
MENJAGA BERAT BADAN
Pengamal diet bebas gluten terpaksa melupakan pelbagai kudapan yang tinggi gluten seperti pizza, pasta, kuih-muih dan roti. Ini mendorong mereka untuk beralih kepada makanan yang lebih sihat seperti salad atau jus.
GULA DARAH LEBIH STABIL
Bebas gluten bererti dapat membantu tubuh menghindari karbohidrat jahat. Hasilnya, gula darah anda menjadi lebih stabil. Selain itu, anda juga akan lebih bertenaga kerana karbohidrat berlebihan akan mendorong tubuh menjadi lesu dan mengantuk.
TIP BIJAK
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.