Ayda Azlan merupakan seorang wanita yang berjiwa kental.

Perjalanan hidup setiap orang berbeza-beza. Ada yang mudah, serba serbi lancar tanpa banyak halangan. Namun, ada pula sebaliknya sehingga terpaksa menempuh bermacam dugaan yang adakalanya boleh mengakibatkan ‘jatuh terduduk’. Natijahnya, mudah ataupun sukar kedua-duanya adalah ujian kerana setiap yang berlaku menjadi asbab dan penentu masa depan.

IKLAN

Finalis Pencarian Nona Superwoman, Nur Aida Nazili Norazlan berkongsi jatuh bangun dalam bisnes yang menjadi sumber pendapatan utamanya. Mesra disapa sebagai Ayda, wanita berumur 30 tahun yang berasal dari Kelantan ini merupakan ibu anak 3.

“Jualan Tak Laku, Berniaga Dari Pagi Sampai Malam Untung RM15 Saja Sehari” AYDA
Finalis Pencarian Nona Superwoman, Nur Aida Nazili Norazlan yang berasal dari Kelantan.

Ayda kini mempunyai dua rangkaian bisnes iaitu Beautsahara (inai) dan Nutellabanana (makanan). Ayda cukup bertuah kerana turut dibantu oleh suami, Lut Bosni yang sanggup berhenti kerja kerana mahu bersama-sama menguruskan bisnes.

“Jualan Tak Laku, Berniaga Dari Pagi Sampai Malam Untung RM15 Saja Sehari” AYDA“Jualan Tak Laku, Berniaga Dari Pagi Sampai Malam Untung RM15 Saja Sehari” AYDA“Sebelum berbisnes saya pernah bekerja. Kemudian saya ambil keputusan untuk berhenti kerana nak beri tumpuan kepada keluarga. Tiba masanya untuk saya buat keputusan sendiri dan ‘bebas’ daripada tekanan kerja bawah orang. Bila menjadi surirumah sepenuh masa fokus saya hanyalah keluarga. Waktu itu suami seorang saja yang bekerja.

Tetapi lama kelamaan saya mula terfikir untuk bantu suami tambah pendapatan keluarga. Tambahan pula saya jenis yang tak boleh duduk diam. Saya mulakan langkah buat bisnes online dari rumah dengan menjadi stokis produk inai.

“Jualan Tak Laku, Berniaga Dari Pagi Sampai Malam Untung RM15 Saja Sehari” AYDA
Suami, Lut Bosni sebagai ‘tulang belakang’ utama di sebalik jatuh bangun Ayda dalam bisnes.
“Jualan Tak Laku, Berniaga Dari Pagi Sampai Malam Untung RM15 Saja Sehari” AYDA
Ayda seorang yang sangat menitikberatkan soal kecantikan.

Saya juga buat bisnes makanan. Buka gerai tepi jalan jual nasi lemak. Dari segi keuntungan tak seberapa. Sebulan berniaga tak laku lantas saya buat keputusan tutup gerai. Kemudian saya cuba jual sushi pun tak laku juga. Akhirnya saya kembali meniaga inai. Saya buat full time bersama suami bila dia ambil keputusan berhenti kerja untuk bantu saya.

Alhamdulillah dalam masa 3 bulan bisnes inai menjadi dan telah pun mempunyai 32 agen seluruh Malaysia. Permintaan juga tinggi bukan hanya untuk majlis perkahwinan malah sebagai salah satu perhiasan bagi wanita (aksesori). Inai Sahara ini adalah instant maka mudah digunakan serta boleh dibawa solat.

“Jualan Tak Laku, Berniaga Dari Pagi Sampai Malam Untung RM15 Saja Sehari” AYDADETIK STRUGGLE
Pengalaman paling tak dapat saya lupakan ketika buat bisnes sushi. Dengan modal yang ada saya laburkan semua untuk bisnes tersebut tapi tak laku. Berniaga dari pagi sampai malam untung RM15-RM20 saja. Memang tak balik modal dan tiada langsung simpanan.

Pernah satu hari terjadinya hujan lebat. Khemah tempat kami berniaga tu koyak disebabkan angin ribut yang kuat. Kami terpaksa bertahan walaupun barang-barang jualan basah dan rosak. Walau jualan tak laku, selama 2 minggu jugalah kami bertahan. Dengan saya lagi yang sedang sarat mengandung 7 bulan, Allah saja yang tahu betapa peritnya ujian kami ketika itu.

IKLAN
“Jualan Tak Laku, Berniaga Dari Pagi Sampai Malam Untung RM15 Saja Sehari” AYDA
Ayda merupakan seorang wanita yang berjiwa kental.

Kami tak mampu bayar sewa rumah dan terpaksa merayu pinjam duit Mama nak langsaikan hutang. Setelah berfikir mencari jalan penyelesaian akhirnya saya dan suami sepakat untuk kembali buat bisnes inai secara online. Alhamdulillah Allah mudahkan jalan dan bertahan sehingga kini. Kehidupan kembali tenang dan kami bahagia dengan apa yang ada. Rezeki Allah sentiasa cukup buat kami sekeluarga.

PENDORONG
Semestinya suami dan Mama. Suami adalah mastermind dalam bisnes yang kami lakukan. Suami jugalah yang akan menjaga anak-anak jika saya sibuk dengan urusan bisnes. Suami tulang belakang saya, tanpa beliau saya tak akan mampu lakukan semua.

“Jualan Tak Laku, Berniaga Dari Pagi Sampai Malam Untung RM15 Saja Sehari” AYDA
Pasangan bahagia. Saat suka dan duka ditempuhi bersama.

Manakala Mama, Shalieza Shafii, sejak kecil sampailah sekarang tak pernah lupa memberikan saya kata-kata semangat. Mama adalah satu-satunya wanita inspirasi saya. Sentiasa ada di belakang saya untuk support apa yang saya suka. Kalau tak boleh pun Mama tetap akan cakap saya boleh buat. Itulah istimewanya Mama, tak pernah memandang rendah kemampuan anaknya.

IKLAN
“Jualan Tak Laku, Berniaga Dari Pagi Sampai Malam Untung RM15 Saja Sehari” AYDA
Bersama ibu, Shalieza Shafii. Awet muda sungguh ibunya, macam adik beradik!
“Jualan Tak Laku, Berniaga Dari Pagi Sampai Malam Untung RM15 Saja Sehari” AYDA
Ayda ibu anak 3.

IMPIAN
Saya akan terus berkongsi rezeki dengan orang lain dan kembangkan bisnes inai serta makanan ke tahap yang lebih tinggi. Sebab itulah saya sertai Pencarian Nona Superwoman untuk bina keyakinan diri dalam bisnes. Satu lagi impian saya untuk memiliki pusat consultancy grooming suatu hari nanti untuk berkongsi ilmu serta motivasi tentang kecantikan seperti solekan dan imej. Doakan saya.”

Semoga Ayda terus sukses membina empayar perniagaanya serta tercapai segala impian yang diharapkan, Insha-Allah.

“Jualan Tak Laku, Berniaga Dari Pagi Sampai Malam Untung RM15 Saja Sehari” AYDA
Foto kenangan bersama pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim.

Rancangan Pencarian Nona Superwoman 2021 di ASTRO PRIMA bermula 22 September setiap Rabu jam 9.00 malam. Rancangan ini dibawakan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Nona, diperkasakan oleh Usanita.

Kredit Foto: Instagram @aydaazlan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI