Bukan mudah mencipta nama dalam dunia landskap lebih-lebih lagi jika baru lepas keluar universiti. Pencapaian dalam bidang ini tidak datang dalam sekelip mata kerana mengambil masa yang agak lama untuk dinilai.
LAr. Wan Salamatul Juita Dato’ Dr. Wan Hashim, pernah dinobatkan sebagai Young Landscape Architect of the Year bagi tahun 2015 oleh Institusi Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) di Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA). Anugerah ini dinilai melalui pencapaian dan sumbangan yang cemerlang dalam industri sepanjang penglibatan 10 tahun di dalam kerjaya Arkitek Landskap di Malaysia.
Sebaik sahaja menggenggam Ijazah Sarjana Muda Arkitek Landskap dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada tahun 2005, wanita ini memulakan kerjaya sebagai Arkitek Landskap di Walrus Design Sdn. Bhd., atau yang dahulunya dikenali sebagai ICN Design International. “Kemudian saya mencabar diri menyertai salah sebuah firma Arkitek Landskap yang terbesar di Malaysia, Malik Lip & Associates.
Ketika berumur 26 tahun, saya telah menduduki peperiksaan Kursus Amalan Ikhtisas yang dianjurkan oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) untuk diiktiraf sebagai Ahli Korporat dan Arkitek Landskap Bertauliah.
Alhamdulillah, saya lulus ujian dengan sekali percubaan. Dengan pentauliahan ini, saya memberanikan diri meneruskan langkah dengan membuka syarikat saya sendiri, Verona Design Sdn. Bhd, pada usia 28 tahun,” ungkap wanita yang mengagumi arkitek Zaha Hadid itu.
Ads
Ramai yang kurang jelas tentang tanggungjawab seorang Arkitek Landskap. Sebenarnya kerjaya ini tertumpu kepada reka bentuk persekitaran luaran (external spaces). Ia merupakan bidang yang berkaitan antara sains dan seni dalam reka bentuk melalui perancangan atau pengurusan sesuatu kawasan.
“Untuk menjadi seorang Arkitek Landskap, seseorang itu hendaklah mempunyai daya kreativiti serta imaginasi yang tinggi, berkemampuan dalam analisa logik, pengurusan dan pengaturan, kebolehan menyelesaikan masalah serta mempunyai daya pemerhatian yang tajam,” ujar anak Kuala Lumpur itu.
Ads
Wanita yang berusia 34 tahun ini begitu optimis setiap kali diajak berbicara tentang landskap dan persekitaran. “Bagi saya, jika hendak berjaya, kita perlu bijak memilih kawan. Pilih rakan yang positif, yang meyakini kebolehan kita, selalu memberi semangat dan akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat masing-masing.
Sikap saling sokong-menyokong ini dapat mematangkan kita untuk menghadapi cabaran yang lebih besar dalam hidup ini. Saya hidup dengan prinsip Oprah Winfrey, iaitu surround yourself with only people who are going to lift you higher.
Salah satu projek high rise saya ialah Suria Residence di Bukit Jelutong yang telah memenangi kategori 5 stars Best Residential Landscape Architecture di peringkat Asia Pacifik di International Property Awards of London, United Kingdom.
Ads
Saya telah selesai menyiapkan satu projek di Help University Campus, di Subang Bestari yang berkonsepkan Tropical Rainforest Green Campus, apabila sebanyak 130 pokok-pokok hutan matang serta berbuah dibawa khas dari nurseri di Tanjung Malim bagi mencerminkan suasana hutan di dalam kampus.”
Persekitaran landskap juga berfungsi sebagai terapi, memberi ketenangan serta merehatkan minda manusia. Apabila mereka benar-benar tahu kepentingan bidang arkitek landskap, profesion ini akan lebih dihargai.
Akhiri beliau, “Tidak seperti pereka fesyen, bidang pembinaan mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan, baru hasil kerja dapat dilihat dan dinikmati oleh semua orang. Some people said a Landscape Architect will only recognised when they get older.
Jadi kena sentiasa bersabar dan tidak putus berusaha untuk terus berjaya,” ungkap ibu kepada Harris Danial Adlan, 7 tahun, dan Ireena Rania Adlan, 1 tahun. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cepat betul masa berlalu. Sekejap saja dah besar Aafiyah dan Afwa. Makin besar makin comel anak-anak Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid ni.
Merekalah penyeri dan pelengkap kebahagiaan rumahtangga pasangan serasi ini. Usia perkahwinan pun dah mencecah hampir 16 tahun.
DS Siti Nurhaliza turut berkongsi rasa syukur dan kegembiraan dengan para pengikutnya di akaun Instagram. Beliau memilih tema Water Park untuk majlis sambutan hari lahir buat kedua-dua permata hatinya itu.
“Buat birthday Aafiyah & Afwa memang teringat nak buat tema water park..”
Menurut DS Siti Nurhaliza, beliau menggabungkan sambutan hari lahir Aafiyah (4 tahun) dan Afwa (1 tahun) memandangkan kedua-duanya lahir pada tarikh yang sama, namun bulan dan tahunnya saja berbeza. Bagi DS Siti Nurhaliza gabungan itu cukup istimewa.
“Alhamdullillah, semalam saya gabungkan sambutan hari lahir buat permata hati saya Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Gabungan yang sangat istimewa kerana kedua-duanya lahir pada tarikh yang sama, cuma beza 1 bulan dan tahun saja.”
Walau sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat bersama anak-anak kecil mereka.
“Saya adakan majlis yang sederhana namun ada pihak yang turut bermurah hati dan menjadikan majlis semalam sangat meriah.
Anakanda Aafiyah memang suka bermain air (macam ayah dia, mungkin sebab bintang sama Pisces).. Afwa pula ikut sajalahhh..
Tema ibu pilih sesuai untuk anak anak semua enjoy dan syukur cuaca sangat mengizinkan.. (puas ibu berdoa.. sekali panas terik ye..) ”
Semoga Afwa dan Aafiyah membesar dengan sihat seterusnya menjadi anak yang soleh dan solehah buat ibu ayah.
Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza Tarudin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Genap usia 42 tahun pada 1 Julai lalu, Nana atau nama penuhnya Nurul Hana Che Mahazan meluahkan kesyukuran atas nikmat hidup yang masih dikecapinya hari ini dengan izin Allah SWT.
Memuat naik hantaran di Instagram peribadinya, Nana berkongsi detik manis sambutan ulang tahun kelahirannya bersama insan-insan tersayang termasuk suami dan anak-anak.
Menjengah ke ruangan komen, para pengikut dan rakan-rakan artis menitipkan ucapan serta doa buat Nana.
“Happiest birthday to you kakna!!! Semoga yang baik baik sahaja untuk kakna! Semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT!”
“Happy birthday kakak sayang. Moga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dipermudahkan urusan dunia akhirat @nanamahazan”
“Happy birthday dik nana.. May Allah SWT bless you with highest jannatul firdaus, berlimpah ruah rezeki seperti air zam zam yang tak putus-putus.”
Didoakan semoga rezeki Nana terus mengalir, serta sukses dalam karier dan bisnes.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tampil sederhana namun kecantikan asli YB Young Syefura tetap jadi perhatian, Ahli Parlimen jelita ni terbukti kesayangan warga Bentong, Pahang.
Nama Yang Berhormat Young Syefura Othman, tidak asing lagi dalam dunia politik tanah air. Berusia 35 tahun dan berasal dari Setiawan, Perak, wanita jelita yang mesra disapa YB Rara ini sekali lagi menarik perhatian ketika menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Parlimen Bentong hujung minggu lepas.
Sentiasa tersenyum dan ramah melayan tetamu, peribadi YB Rara yang memiliki kelulusan kejururawatan ini jelas menyenangkan banyak pihak. Daripada golongan kanak-kanak sehinggalah warga emas, ramai yang memuji keindahan budi bahasa beliau sebagai pemimpin.
“Alhamdulillah, Majlis Rumah Terbuka Parlimen Bentong mendapat sambutan meriah dengan kehadiran ribuan warga Bentong dan luar untuk kita sama-sama berkumpul merapatkan ukhwah serta menjamu selera dengan juadah yang disediakan.
Kehadiran tetamu dari pelbagai kaum menceriakan majlis dan menampakan keteguhan perpaduan kita khususnya di Bentong.
Kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dan saya juga ingin memohon kemaafan jika terdapat kekurangan dari pelbagai perkara ketika majlis berlangsung.
Terima kasih kepada team Pejabat Parlimen Bentong dan tidak lupa Pertubuhan Bentong Kita yang telah bertungkus lumus bagi memastikan Majlis berjalan lancer,” ucap YB Rara.
Menerusi carian, YB Rara pernah bekerja sebagai jururawat peribadi sebelum bergiat aktif dalam bidang politik. Beliau kemudiannya membuka sebuah klinik persendirian yang menumpukan perhatian kepada rawatan alternatif bekam dan akupuntur di Puncak Alam, Selangor.
Semasa Pilihan Raya Umum ke-14, wanita jelita ini memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Ketari, Pahang. Beliau merupakan ahli seumur hidup Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Tampil sederhana namun kecantikan asli YB Young Syefura tetap jadi perhatian, Ahli Parlimen jelita ni terbukti kesayangan warga Bentong, Pahang. Turut kelihatan dalam majlis ini adalah selebriti Farah Dhiya dan Tony Eusoff.
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.