Siapa yang tak kenal dengan jenama skarf tersohor, Arzuscarf. Mewah, eksklusif serta elegan! Itulah ungkapan paling tepat bagi menggambarkan kelebihan Arzuscarf. Bermula daripada fabrik sehingga kepada stail penggayaan, Arzuscarf tidak sekadar fesyen. Ia turut mendidik golongan wanita untuk menghargai kecantikan serta gaya hidup yang dimiliki.
Selain aktif dengan aktiviti kecergasan, pengasas tudung premium Arzuscraf, Arzu Daud turut mengamalkan jus sayuran sebagai rahsia awet mudanya. Dalam usia 50-an, Arzu bukan sahaja berjaya mengekalkan kulit yang anjal bahkan kekal kurus persis anak dara.
Arzu juga kelihatan cukup bertenaga dan sihat dengan senyuman yang sentiasa terpamer di bibir. Oleh itu, untuk kelihatan awet muda seperti Arzu, apa kata kita praktikkan amalan jus sayuran ini.
Usah bimbang jika anda tidak berpeluang untuk ke pusat kecantikan atau spa buat masa ini. Masih belum terlambat untuk mencuba cara semula jadi ini. Lebih jimat, selamat dan menyihatkan. Amalkan meminum jus ini pada setiap pagi sebelum sarapan.
Info Jus
Beta karotena pada lobak merah dan tembikai susu akan diubah menjadi vitamin A dalam badan seterusnya bermanfaat bagi menghilangkan sel kulit mati yang boleh menyumbat pori-pori kulit dan menyebabkan noda hitam. Jerawat pun tidak akan tumbuh jika jus ini diamalkan secara rutin.
Ads
ARZUSCARF
Arzuscarf yang diperkenalkan pada tahun 1995 sering kali menjadi pilihan golongan profesional dan kenamaan. Tidak hairanlah tudung bertaraf antarabangsa ini dijual pada harga setanding dengan kualitinya.
Arzu Daud, satu nama penting yang berjaya menjadikan Arzuscarf salah satu jenama terkenal di Malaysia. Mesra disapa sebagai Arzu, wanita kelahiran Turki berusia awal 50-an ini menganggap semua pesaingnya dalam industri hijab sebagai pencetus semangat bagi melakukan yang terbaik.
Arzu sentiasa menampilkan kelainan agar Arzuscarf terus relevan dengan permintaan semasa. Berbekalkan pengalamannya menetap di Malaysia sejak 28 tahun lalu sudah cukup membuatkan Arzu mengenali identiti, budaya serta gaya hidup masyarakat di sini.
“Arzuscarf mementingkan nilai eksklusif dalam rekaan yang menggabungkan fabrik asli berkualiti tinggi. Rekaannya on-trend seiring permintaan semasa. Saya menganggap Arzuscarf berjaya menambat hati masyarakat Malaysia dengan identitinya yang tersendiri.
Ads
Saya juga menjaga kualiti fabrik dengan cara tidak menggunakan campuran bahan sintetik dan polyester yang keras kerana kedua-duanya tidak sesuai untuk kulit serta boleh merosakkan. Sebab itulah saya katakan Arzuscaf tidak sekadar fesyen, ia turut mendidik wanita agar menjadi lebih peka.
Setiap rekaan tudung Arzuscarf menggunakan fabrik cotton paling mewah, wool dan sutera. Keadaan iklim di Malaysia akan memberi kelainan saat anda menyarungkan tudung Arzuscarf,” kongsi ibu tunggal kepada seorang anak perempuan bernama Akida.
PERMULAAN
Segalanya bermula sebaik Arzu mengenali seorang lelaki bernama Haji Yusuf yang berasal dari Terengganu. Beliaulah yang mengajar Arzu selok-belok perniagaan. Ketika itu Arzu seorang pensyarah berkelulusan kejuruteraan komputer. Dia juga kerap bercuti ke Malaysia dan mempunyai ramai kenalan di sini di samping turut membantu perniagaan tudung Haji Yusuf.
Ads
“Tahun 1999 saya membuka kedai menjual tudung pertama di Masjid Jamek dan sambutannya sangat baik. Setiap hari saya perlu berhadapan dengan bermacam karenah pelanggan serta persaingan. Saya latih diri sendiri untuk belajar dan faham budaya masyarakat Malaysia. Saya banyak belajar daripada pelanggan untuk menjadi peniaga yang baik.
Saya gemar mendekati pelanggan dengan cara mendidik mereka tentang kualiti dan nilai eksklusif. Saya percaya jika sesebuah produk itu berkualiti dan punya nilai eksklusif, pelanggan pasti kembali dan berpotensi untuk menjadi pelanggan tetap. Setiap produk kami dihasilkan di Malaysia termasuklah rekaan coraknya,” jelas Arzu yang kagum dengan kecantikan asli wanita Malaysia.
KEKUATAN
“Saya sentiasa utamakan kehendak pelanggan. Interaksi saya bersama mereka amat penting. Selalunya saya juga akan menasihati mereka seperti pentingnya mempunyai tudung berwarna asas di dalam wardrobe. Selain itu, saya juga membantu para pelanggan untuk suai padan dengan menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi.
Banyak perkara yang saya belajar daripada pelanggan dan selalu turun padang untuk mendekati peminat setia Arzuscarf. Ada kalanya saya berkongsi masalah bersama mereka yang mampu menjadi pendengar yang baik.”
Kredit Foto: Instagram Arzu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Berkat didikan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan isteri, Dr Hamidah Mat, anak sulung mereka iaitu Nusaybah berjaya harumkan nama negara.
Nusaybah Maszlee menjadi pelajar Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang menggondol enam anugerah siswa cemerlang di Georgetown University Qatar.
Bukan sahaja mendapat CGPA 4.0, Alumni Sunway University, SMI al-Amin, dan AJK Mahasiswa Keadilan ini juga berjaya mendapat anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), anugerah pingat Dekan, Thesis terbaik cemerlang dan juga anugerah pelajar paling cemerlang di dalam pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa.
Nusaybah merupakan anak sulung dalam empat beradik. Anak-anak Dr Maszlee yang lain iaitu Sumayyah, Rufaydah dan Mujaddid masing-masing menurut jejak ibu bapa mereka termasuk berkongsi minat suka membaca.
Pencapaian beliau telah menjadi inspirasi kepada para pelajar lain dari seluruh dunia, samada di Kampus utama Georgetown University di Washington, mahupun di kampus
Qatar.
Tahniah dan syabas Nusaybah! Pasti kejayaan ini menjadi kebanggaan ibu bapa serta dorongan untuk lebih kuat berusaha buat adik-beradik Nusaybah yang lain.
Suka tengok potret keluarga Dr Maszlee ni antaranya sewaktu masih bergelar Menteri Pendidikan suatu masa dulu. Keluarga pintar Malaysia!
Sumber: Majalah KeluargaSumber: Majalah Keluarga
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki ijazah dalam bidang perundangan bukan suatu syarat untuk graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini terus berhujah di kandang tertuduh mahkamah. Minat dan bakat yang dipupuk sejak kecil membuat wanita yang mudah tersenyum ini terus mengorak langkah dalam bidang fesyen.
Setelah berjaya menjadi peguam dan mencipta nama sebagai Pengasas dan Pengarah Kreatif aere kini Raja Nadia Sabrina mengorak langkah menjadi Thermomix Advisor pula. Seronok melihat wanita yang lemah-lembut ini membuat demo masakan di saluran telegramnya.
Foto: Instagram @rnadiasabrina
Menggemari ikon fesyen yang elegan, ringkas dan tidak lapuk dek zaman seperti Angelina Jolie, Audrey Hepburn, Olsen Twins, Victoria Beckham (bukan semasa beliau menganggotai the Spice Girls dahulu) sudah dapat membayangkan imaginasinya terhadap fesyen. Namun, bergelar sebagai isteri, ibu dan juga majikan bukan mudah untuk mengatur masa untuk melunaskan tanggungjawab yang saksama.
“Memang benar jika mahu dihitung sukar untuk membahagikan masa lebih-lebih lagi apabila kini mempunyai dua orang anak kecil sedang membesar. Pembahagian masa antara kerjaya dan keluarga memang sentiasa dalam fikiran saya. Ini kerana saya sedar bahawa saya perlu memberikan lebih masa untuk keluarga dan tidak boleh lagi menjadi super workaholic seperti dulu apabila mengutamakan kerjaya above all else.
Foto: Instagram @rnadiasabrina
Sometimes memang sukar untuk switch off. Sikit demi sedikit memang saya cuba mendapatkan suatu keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Tetapi biasalah dalam zaman ini, dilema seorang ibu yang bekerja memang jarang akan dapat merasa puas dengan pembahagian masa di antara kerjaya dan keluarga. Tetapi kita cuba yang terbaik,” ungkap ibu kepada Putri Jibrael Zumirrah (arwah), Putra Elhan Isa dan Putra Evren Ilyasa’ ini.
Mengejar impian adalah suatu yang normal bagi setiap insan yang bergelar wanita. Bercerita tentang impian wanita nan satu ini, “I don’t have a particular dream but I want to know that I have made a mark in all of the things that I do, both career wise and personally. Personally, I hope to do more and give back more for the society and those in need,” jelas Raja Nadia.
Foto: Instagram @rnadiasabrina
Melihat kulit wajahnya yang putih bersih, teruja untuk mengorek rahsianya menjaga kecantikan dan kesihatan. Sambil tersenyum, jawabnya jujur, “Saya sebenarnya tak berapa jaga sangat kesihatan sebelum ini lagi-lagi kerana saya banyak prioritize work and now kids, but right now I’m trying to improve that.
Daripada segi rutin kecantikan pula, I try my best to make sure that I remove all my makeup dan cuba berdisiplin dengan rutin harian,” ujar Raja Nadia sambil tersenyum.
*Min biasa guna wet tissue je kalau nak buang solekan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bulan Ramadan ni berpusu-pusu orang mengerjakan ibadat sunat terutamanya solat sunat tarawih. Apa saja yang boleh menambahkan pahala, itulah yang akan kita kejar termasuklah bersedekah.
Meriah rumah anak-anak yatim menerima kunjungan dari para dermawan yang menghantar makanan, barangan keperluan dan tak lupa juga yang menghulurkan wang. Apabila kita bersedekah sebenarnya kita melipatgandakan lagi rezeki yang ada. Tak percaya? Dengar apa kata Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ini…
Antara yang paling murah rezeki adalah Sheikh Tahir al-Baghdadi. Apa yang dipesannya agar sentiasa murah rezeki ada tiga perkara iaitu:
Jangan tinggal membaca surah al-Waqiah setiap malam
Jangan tinggal solat sunat Dhuha
Jangan tinggal amalan bersedekah
Menurut Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim lagi, di dalam hadis Nabi mengatakan barangsiapa membaca surah al-Waqiah pada malam hari dijamin rezeki oleh Allah pada keesokkan harinya. Namun jika di antara ketiga-tiga amalan ini sukar dilakukan, jangan sesekali tinggalkan amalan bersedekah.
Pesan Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim, ada 3 perkara lagi yang sangat digalakkan untuk menambahkan rezeki iaitu:
1)Jangan tinggal sedekah. Allah menyebut di dalam al-Quran, kamu tidak akan masuk di dalam golongan orang yang membuat kebaikan sehingga kamu memberi benda yang kamu sayang.
2)Jangan tinggal membaca al-Quran. Jika terlalu susah untuk baca al-Quran atau tidak pandai, cukuplah sekadar mendengar, sekurang-kurangnya dapat mengambil keberkatan. Jangan tinggal satu hari pun tanpa membaca atau mendengat al-Quran.
3)Jangan berllau satu hari pun tanpa menambahkan ilmu yang mendekatkan kita dengan Allah.
Jadi pilihan di tangan anda. Jika mahu rezeki sentiasa mencurah-curah, boleh selitkan nasihat dari beliau di dalam rutin harian.
Tips murah rezeki
Perbanyakkan istighfar
Meninggalkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa
Memperbanyakkan ibadat
Sentiasa mengingati Allah
Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa
Membantu menunaikan hajat orang lain
Memberi bantuan kepada orang yang memerlukan
Membuat kebajikan
Banyak berselawat
Melakukan solat sunat Dhuha
Sentiasa mensyukuri nikmat Allah
Sumber video: FB Tazkirah Ustaz dan Ustazah
Sumber foto: FB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (official)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Sri Muhaini Zainal Abidin menyambut ulang tahun kelahiran ke-64 dalam suasana bahagia dikelilingi anak dan cucu. Isteri kepada Dato’ Sri Ismail Sabri ini kekal tenang, lembut dan penuh kasih dalam menyokong keluarga di balik tabir.