Nama anak gadis ini mula menjadi sebutan di kalangan netizen apabila ibunya memuat naik salinan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang mana Ayu Nazirah memperolehi keputusan cemerlang 9 A dalam peperiksaan tersebut. Bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah ini menjadi perhatian kerana kedua ibu bapanya merupakan selebriti terkenal dan mempunyai cahaya mata yang cemerlang dalam bidang akademik.

IKLAN

“Kekuatan Yang Ada Pada Mama, Ada Dalam Diri Saya”, – AYU NAZIRAH Warisi Sikap Ibu

Malah, kejayaan Ayu nazirah bukan sahaja pada peringkat Sijil Pelajaran malaysia, malah sejak di bangku sekolah rendah lagi puteri kepada komposer Mohd Faizal Maaz atau Ajai ini telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik.

Menemani ibu tersayang untuk digandingkan dalam sesi fotografi baru-baru ini, ternyata gadia berusia 20 tahun ini mempunyai visi dan misi yang positif dalam mengejar cita-citanya. Pasti ramai yang ingin tahu apakah rahsia disebalik kejayaan pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak atau UNIMAS ini.

“Kekuatan Yang Ada Pada Mama, Ada Dalam Diri Saya”, – AYU NAZIRAH Warisi Sikap Ibu

“Saya enjoy dengan apa yang saya lakukan terutamanya bidang pengajian yang saya pilih. Saya juga seorang yang adventure dan suka mencuba perkara-perkara baharu dalam hidup. Saya suka mencabar diri. Motto hidup work hard, play hard  menjadi pegangan saya dan ia menjadikan diri saya lebih berusaha untuk maju ke hadapan,” jelas gadis yang menjadikan Yuna dan Ellen Degeneres sebagai idolanya.

Ayu berkata sifat yang banyak diwarisi dari ibu tersayang menjadi pendorong utama untuk dirinya maju ke hadapan dalam apa jua yang dilakukannya. Pesanan mama serta kisah silam menjadi azimat untuk dirinya berjaya untuk melihat senyuman sentiasa di ukir di bibir si ibu tanda penuh kepuasan.

“Kata orang Ayu banyak mewarisi sikap integriti dan positif yang dimiliki oleh mama. Mama seorang yang sentiasa berfikiran positif dan tidak terlalu memikirkan masalah. Ayu banyak warisi sifat mama yang sayangkan haiwan dan gemar membantu golongan yang memerlukan bantuan. Mama galakkan ayu untuk menyertai kerja-kerja sukarelawan. Selain itu, Ayu banyak mewarisi sikap tidak mudah putus asa dan tidak mudah mengaku kalah. Itulah kekuatan yang ada pada mama, juga dalam diri Ayu,” ujar Ayu yang memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang zoologi di UNIMAS Sarawak.

IKLAN

“Kekuatan Yang Ada Pada Mama, Ada Dalam Diri Saya”, – AYU NAZIRAH Warisi Sikap Ibu

Jika si ibu berkata anak gadisnya sudah mula berjinak berkongsi alat solekan, pakaian dan sebagainya, sambil tersenyum manis Ayu Nazirah tidak menafikan gembira dapat berkongsi girl thing dengan mama tersayang.

“Sudah tentu sebagai gadis remaja saya sukakan sesuatu yang cantik. Bidang fesyen dan industri hiburan sudah menjadi sebahagian dari kehidupan yang saya lalui. Sudah tentu mama adalah idola Ayu dalam berfesyen selain saya suka melihat gaya yang ditampilkan  oleh Ning Baizura, Rihanna, Pink, Kelly Clarkson dan Zendaya,” ujar Ayu Nazirah lagi.

IKLAN

Tidak sah jika tidak mengajukan persoalan mengenai aktiviti kegemaran kedua beranak ini. Ayu sama seperti anak gadis lain yang gemar merakamkan gambar kenangan dan mama tersayang sering ‘sekepala’ mengikut kegemaran anak tersayang.

“Banyak perkara yang Ayu dan mama lakukan bersama. Kami beruda suka bergambar atau ‘wefie’ Lihat sahaja post di laman Instagram mama mahupun Ayu, pasti ada gambar kami lagak model,” ujar Ayu sambil diikuti gelak tawa bari ibu tersayang.

Sebelum mengakhiri perbualan, Ayu berkata sifat ibunya yang sering menasihati serta memberi motivasi terhadap dirinya menjadi pemacu dirinya untuk berjaya di masa hadapan.

“Mama selalu berpesan usah mudah putus asa dalam mengejar impian dan berfikiran positif dalam apa jua perkara walaupun terhadap halangan untuk mencapainya. Sokongan dan dorongan keluarga menjadikan diri Ayu hari ini dan Ayu amat bersyukur diberikan keluarga yang bermotivasi tinggi,” ujar Ayu menutup perbualan dengan penuh rasa sayang terhadap mama tersayang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI