Ramai berpendapat, bersalin secara pembedahan atau Caesarean mudah dan kurang rasa sakit. Namun hakikatnya, kesakitan itu pasti dirasai SELEPAS habis ubat bius. Lain orang, lain penerimaannya. Yang penting, anda perlu tahu prosedur sebelum pembedahan dilakukan. Baca ni!

Kelahiran ‘IKUT TINGKAP’ Tidak Semudah ABC, Baca FAKTA Ini Sebelum Anda Pilih Untuk Bersalin CAESAREAN

Sama seperti ibu hamil lain, wanita yang terpaksa memilih kaedah Caesarean juga melalui tempoh kehamilan selama sembilan bulan. Ada juga terpaksa berhadapan dengan alahan teruk sehingga sepanjang kehamilan.

Kelahiran ‘IKUT TINGKAP’ Tidak Semudah ABC, Baca FAKTA Ini Sebelum Anda Pilih Untuk Bersalin CAESAREAN

Jom kita baca fakta mengenai pembedahan Caesarean.

 

Pembedahan caesarean yang dirancang (elektif) dijadualkan sebelum anda sakit hendak bersalin.

Pembedahan caesarean kecemasan pula tidak dirancang, dan boleh berlaku jika:

  1. Anda sedang merancang pembedahan caesarean, tetapi air ketuban anda pecah, atau anda tiba-tiba sakit hendak bersalin sebelum tarikh pembedahan.
  2. Atau, jika anda merancang untuk bersalin secara normal, tetapi proses kelahiran terhenti, atau berlangsung sangat lambat. Dalam kes ini, pembedahan akan dijalankan dalam masa beberapa jam, jika anda dan bayi anda berada dalam keadaan selamat.
  3. Berlakunya komplikasi serius terhadap anda ataupun bayi ketika dalam kehamilan atau ketika proses pelahiran sudah bermula, namun ianya tidaklah mengancam nyawa anda ataupun bayi anda.
  4. Anda atau bayi anda menghadapi komplikasi ketika dalam kehamilan atau semasa proses pelahiran yang mengancam nyawa.

 

APAKAH YANG ANDA AKAN LALUI SEBELUM PEMBEDAHAN?

  1. Sampel darah akan diambil untuk memeriksa kalau-kalau anda menghidap anaemia, kerana jika ini berlaku, badan anda tidak akan dapat menangani kehilangan darah.
  2. Satu tititsan (drip) akan dimasukkan ke dalam pembuluh darah di lengan anda. Ini akan memudahkan pemberian ubat-ubatan nanti jika anda memerlukannya.
  3. Anda akan diberi ubat bius. Biasanya bius diberikan pada tempat-tempat tertentu bila perlu, bagi prosedur ini, ia disalurkan melalui suntikan anesthesia epidural atau sekatan spina.
  4. Tiub nipis atau kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra. Ini akan memastikan pundi kencing anda dikosongkan.
  5. Kawasan di mana pemotongan akan dilakukan, akan dicukur rapi dan dibersihkan dengan antiseptik.
  6. Anda mungkin diberi stoking putih, cecair tambahan atau suntikan penipisan darah untuk mengurangkan risiko terbentuknya darah beku di dalam saluran darah kaki anda (deep vein thrombosis).
  7. Peralatan untuk memantau tekanan darah akan diletakkan pada lengan dan elektrod akan diletakkan pada dada anda untuk mengawasi degupan jantung anda. Alat pengesan nadi juga akan diletakkan pada jari anda.
  8. Plat plastik berpelekat akan diletakkan pada kaki. Ia digunakan oleh pakar bedah untuk aliran elektrik yang digunakan ketika pembedahan caesarean tersebut. Ini tidak membahayakan.
  9. Suntikan antibiotik untuk menghalang jangkitan.
  10. Ubat tahan muntah untuk menghalang muntah.
  11. Ubat, contohnya antacid, kalau-kalau anda perlukan bius umum, untuk mengurangkan risiko pnenumonia.
  12. Ubat penahan kesakitan yang kuat semasa dan sejurus selepas pembedahan, serta sebarang kesakitan pada minggu-minggu yang akan datang.
  13. Oksigen melalui topeng, jika bayi anda mengalami tekanan.

Kelahiran ‘IKUT TINGKAP’ Tidak Semudah ABC, Baca FAKTA Ini Sebelum Anda Pilih Untuk Bersalin CAESAREAN

Itu baru sebelum pembedahan, kesakitan dilalui selepas pembedahan lain pula ceritanya. Paling penting, ibu yang melalui pembedahan Caesarean perlu menjaga diri lebih baik. Untuk anda yang bersalin secara normal, janganlah terlalu membangga diri. Baik bersalin normal atau pembedahan, kedua-duanya adalah seorang IBU!

 

Sumber dari Baby Center.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI