Di awal penglibatan Mira Filzah dalam industri seni, dia pernah mengeluarkan jenama tudungnya sendiri sekitar tahun 2016. Namun, bisnes tersebut hanya bertahan selama dua tahun dek beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Kembali Jual Tudung, MIRA FILZAH Mahu Bina Empayar Sendiri.  Lakonan Tetap Jadi Keutamaan.
Mira Filzah

Kini pelakon popular, Mira Filzah kembali mengorak langkah dengan bisnes yang sama.  Menurut Mira,  dia terpaksa berundur seketika dalam bidang perniagaan tudung pada tahun 2018 lalu kerana tidak menang tangan dengan tawaran yang diterima dalam bidang seni.

IKLAN

“Sebenarnya minat saya dalam bidang perniagaan ini bermula sejak saya masih menuntut di UiTM. Ketika itu saya jual tudung menerusi blog. Pada tahun 2016, saya menghasilkan jenama tudung MF Shawls. Saya gayakan koleksi tersebut dalam drama Cinta Si Wedding Planner. Alhamdulillah, perniagaan itu berjalan dengan sangat baik pada ketika itu.

Kembali Jual Tudung, MIRA FILZAH Mahu Bina Empayar Sendiri.  Lakonan Tetap Jadi Keutamaan.

“Tetapi kemudian, saya terpaksa menghentikan operasi bisnes tudung kerana tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan,” ujar Mira ketika ditemui di majlis pelancaran jenama tudung, Mira Filzah.

Menyingkap perjalanan bisnes sepanjang 2 tahun, Mira mengakui kurang pengalaman dalam dunia perniagaan menjadi cabaran buat dirinya untuk bergelar ahli perniagaan.

Kembali Jual Tudung, MIRA FILZAH Mahu Bina Empayar Sendiri.  Lakonan Tetap Jadi Keutamaan.

“Cabaran saya lebih kepada produksi dan operasi kerana saya tiada pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan, ‘Team’ saya pun masih lagi kecil. Tetapi banyak yang saya belajar tentang produksi dan operasi daripada peringkat asas lagi. Ia bukan seperti kolaborasi dengan jenama lain di mana proses itu lebih mudah,” ujarnya yang banyak belajar selok belok mengenai bisnes.

Kembali Jual Tudung, MIRA FILZAH Mahu Bina Empayar Sendiri.  Lakonan Tetap Jadi Keutamaan.

Ketika diajukan pertanyaan mengenai  rakan selebriti yang mempunyai jenama tudung sendiri, Mira meletakkan  kejayaan rakan selebriti lain sebagai sumber inspirasi.

Kembali Jual Tudung, MIRA FILZAH Mahu Bina Empayar Sendiri.  Lakonan Tetap Jadi Keutamaan.

IKLAN

“Saya tidak tertekan melihat keadaan ini tetapi menganggap mereka sebagai panduan. Jika mereka boleh berjaya, saya juga boleh berjaya.

“Untuk koleksi pertama saya ini, saya tak pernah letakkan sasaran untuk memastikan ia ‘sold out’ dalam masa yang singkat. Saya pun tidak keluarkan dalam kuantiti yang banyak kerana risau juga dengan penerimaan pelanggan.

“Sekarang ini pula musim perayaan, masing-masing juga sudah punya jenama kegemaran masing-masing. Saya pula baru nak kenalkan jenama baru. Tetapi kita telah pun mempunyai koleksi rekaan baru untuk setiap bulan sehinggalah ke akhir tahun ini,” kongsinya.

Kembali Jual Tudung, MIRA FILZAH Mahu Bina Empayar Sendiri.  Lakonan Tetap Jadi Keutamaan.

IKLAN

Untuk rekod, Mira pernah menjadi duta jenama tudung Ariani selama beberapa tahun. Namun  Mira mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya bersama jenama terkenal tersebut kerana ingin menghasilkan jenamanya sendiri.

“Kontrak saya sudah tamat pada tahun lepas. Mereka minta untuk sambung, tetapi saya cakap dengan Datin Farah Phillip,  saya ingin keluarkan tudung jenama sendiri. Dia juga menyokong usaha saya dan ada memberikan nasihat,” katanya yang berterima kasih dengan peluang yang diberikan.

Kembali Jual Tudung, MIRA FILZAH Mahu Bina Empayar Sendiri.  Lakonan Tetap Jadi Keutamaan.

Tambah  Mira lagi,  harga untuk setiap koleksi tudungnya adalah di bawah RM100  dan mampu milik. Setiap koleksi pula di ambil sempena karya-karya yang pernah dibintangi olehnya antaranya termasuklah  Sweet Dreams dan Rise.

Kembali Jual Tudung, MIRA FILZAH Mahu Bina Empayar Sendiri.  Lakonan Tetap Jadi Keutamaan.

Beralih ke soal kerjaya seni, ketika ini drama lakonan Mira iaitu Imam Instant, Ustazah Scammer sedang rancak ditayangkan di Astro Ria. Drama ini merupakan drama ‘comeback’ Mira selepas dia melahirkan anak sulungnya, Wan Khair Amir Bin  Wan Emir Astar.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI