Nampaknya pengasas Huda Beauty sudah mula ‘detoks’ media sosial sejak ketibaan 1 Ramadan pada 24 April lalu. Mengintai laman Instagram usahawan kosmetik berjaya dunia itu, sehingga ke hari ini tiada satu posting pun yang dimuatnaik Huda Kattan di media sosial miliknya sendiri. Walhal, platform seperti Instagram, Youtube, Twitter dan Facebook inilah tempat Huda mempromosikan rangkaian kosmetik hingga berjaya meraih jutaan dollar walau tanpa butik fizikal. Kagum, luar biasa cara Huda meraikan kedatangan Ramadan dan sanggup tolak tepi urusan bisnes semata-mata untuk menghargai golongan tidak bernasib baik ketika ini.
Tanpa berselindung tentang kepercayaan agama yang dianuti dan bulan Ramadan yang disambut seisi keluarganya saban tahun, pada 23 April lepas Huda memberitahu sudah tiba waktunya untuk dia memanfaatkan masa terluang di samping insan tersayang. “Keluarga ialah perkara paling penting dalam hidup saya. Kami melakukan segalanya bersama-sama, namun sempena Ramadan kami mengambil kesempatan ini untuk ‘berehat’ dan meluangkan lebih banyak masa untuk menghargai mereka yang kurang bernasib baik.
Ads
Salah satu perkara penting yang saya dan keluarga lakukan pada #MonthOfGood ini ialah dengan memberikan bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan. Ini adalah
perkara utama yang kami sekeluarga ketengahkan setiap kali Ramadan dan ia nyata ‘membuka mata’ ramai pihak. Kadang-kala kita tidak ambil kisah dengan keperluan
asas dalam hidup seperti makanan. Tapi bagi sesetengah orang, ia cukup berharga,” ujar Huda selaku Ketua Pegawai Eksekutif Huda Beauty yang kini menetap di Dubai.
Menelusuri kejayaan Huda Beauty dalam industri kosmetik dunia, Huda Kattan mengakui dia tidak melaburkan duit untuk tujuan pemasaran melalui iklan komersial di media cetak mahupun elektronik, billboard dan sebagainya. Sudah tertulis rezeki usahawan ini, walau tanpa strategi pemasaran pun bisnes mereka mampu ‘berdiri’ sendiri.
Mendekati wanita berjiwa besar di sebalik jenama bernilai jutaan dollar ini, Huda Kattan yang memiliki darah keturunan Iraq kini meniti usia 36 tahun. Keluarganya telah berpindah ke Boston ketika dia baru berumur dua tahun. Memetik laporan Vogue Arabia, Huda dilahirkan pada 2 Oktober 1983 di Oklahoma dan berketurunan Iraq daripada kedua
ibu bapanya yang berhijrah ke United Kingdom untuk mengajar subjek Biologi serta mendalami bidang kejuruteraan mekanikal.
Huda merupakan anak kedua daripada empat beradik. Kakaknya, Alya ialah 10 tahun berusia darinya dan Huda dikurniakan seorang adik perempuan dan lelaki masing-masing
bernama Mona dan Khalid. Semasa tinggal di kejiranan Boston, Huda dikenali dengan nama panggilan ‘Heidi’.
Merujuk kenyataan Huda bersama Vogue pada tahun 2015, “Saya suka dengan nama Huda tapi masyarakat di sana menganggap nama tersebut pelik. Bagaimanapun setelah berpindah ke Massachusetts, rakan-rakan menyambut baik nama Huda. Begitu juga bila mereka tahu saya berketurunan Iraq.”
Ads
Ketika melanjutkan pengajian dalam bidang kewangan di University of Michigan-Dearbon, Huda berkenalan dengan Chris Goncalo iaitu suaminya hari ini. Pasangan ini
dikatakan berhijrah ke Dubai pada tahun 2006 dan menyambut cahaya mata perempuan diberi nama Nour Gisele tidak lama kemudian.
Sebelum bergelar usahawan kosmetik berjaya, Huda pernah menjadi make up artist di Hollywood dan mula didedahkan dengan produk kecantikan melalui kakaknya sendiri, Alya.
Figura yang memiliki raut wajah cantik dan bibir mungil ini sudah menjadi blogger sejak tahun 2010 yang seterusnya mencipta populariti di alam maya selepas tip dan petua kecantikannya menjadi viral.
Ads
Berdasarkan laporan Vogue, ibu seorang anak ini pernah menjadi jurusolek di Revlon dan bekerja di beberapa syarikat jenama mewah seperti Cartier dan Mercedes. Mengikut laporan Forbes pula, Huda menceburi bidang solekan dan blog selepas dia rasa tidak puas bekerja dalam bidang kewangan.
Tiga tahun bergelar blogger, Huda mendapat inspirasi menghasilkan bulu mata palsu selepas dia sukar mendapatkan produk berkenaan di pasaran. Bermula dari situlah, empayar Huda Beauty yang diterajui tiga beradik ini wujud dan terus berkembang hingga ke peringkat antarabangsa.
Hari ini, rangkaian kosmetik Huda Beauty mempunyai 140 produk yang terdiri daripada set pembayang mata, bedak asas, variasi gincu bibir, kuku palsu dan sebagainya yang dianggarkan mencecah jualan tahunan tidak kurang USD 250 juta. Melihat kejayaan itu, tidak hairanlah Forbes menyenaraikan Huda Kattan antara 2019 America’s Richest Self-Made Women berjumlah USD 610 juta.
Sumber: Forbes & Vogue Arabia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meskipun sudah bersara dari arena sukan tenpin boling namun nama Shalin Zulkifli terpahat segar dalam sejarah negara dan peminat sukan tanah air. Sepanjang hampir tiga dekad bergelar atlet, Datuk Shalin Zulkifli berjaya merangkul lima kali kejuaraan dunia, empat kali juara Sukan Asia, tiga kali juara Asia dan 20 kali juara Sukan SEA. Hebat!
Atas pencapaian membanggakan tersebut, Datuk Shalin atau nama sebenarnya Datuk Shalin Nazirah Zulkifli dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2023.
Bekas jaguh tenpin boling yang kini berusia 46 tahun ini nekad bersara dari dunia sukan tersebut pada 9 Januari 2021.
Datuk Shalin aktif mendalami sukan boling sejak usia 16 tahun dan bergelar juara Kejohanan Kent-Malaysian All Star 1994 dan menjadi rakyat Malaysia pertama merekodkan kejayaan itu.
Menjengah media sosial Datuk Shalin, rutin hariannya kini lebih menjurus kepada puteri kesayangan iaitu Aleya Azidi yang berusia 13 tahun.
Datuk Shalin mendirikan rumah tangga bersama bekas pemain tenpin boling iaitu Azidi Ameran pada tahun 2008.
16 tahun hidup sebagai suami isteri, pasangan ini kian bahagia dengan kehadiran anak tunggal mereka yang turut aktif dalam sukan.
Difahamkan Aleya lebih berminat dalam sukan hoki. Sebagai ibu bapa, mereka menyokong penuh minat anak tersayang dan akur Aleya tidak mengikut jejak langkah mereka dalam sukan tenpin boling.
Datuk Shalin juga pernah mendedahkan dia dan suami tidak menggunakan khidmat pembantu rumah untuk menjaga anak mereka, sebaliknya bergilir-gilir menjaga Aleya.
Kagum semangat dan peribadi Datuk Shalin Zulkifli terhadap sukan negara serta keluarga tercinta. Inspirasi!
Setiap pasangan suami isteri mempunyai cara yang tersendiri untuk meraikan hari istimewa bersama. Seronok dengar cerita Che Puan Syamim Farid apabila menjadikan hari istimewa bersama suami dengan bercuti. Siapa yang tak suka bercuti, kan?
Perissa Beach
Menurut isteri kepada Y.M Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj ini, “Saya memang suka bercuti da suami pula berkongsi hobi yang sama. Jadi kami berdua menjadikan percutian sebagai acara wajib setiap tahun. Basically dalam setahun tu hari jadi saya, hari jadi suami, anniversary dan end of the year kami akan pergi bercuti.
Sebab kalau shooting saya kerja every day. Kadang-kadang lima bulan saya shooting langsung tak ada masa kat rumah. Even dengan family pun kurang sebab dari pagi sampai malam dekat set penggambaran. Jadi ketika bercuti itu saja masa untuk saya bersama dengan suami. Biasanya kami berdua akan ambil masa tu selama tiga minggu untuk pergi bercuti.
Titlis Mountain, Switzerland
Mengapa saya suka bercuti? Saya suka tengok budaya orang dan negara orang. Daripada situ saya belajar bahawa melancong ini banyak ‘membuka mata’ dan membuatkan kita lebih bersyukur.
Oia Santorini, Greece
Saya suka berkongsi foto percutian kerana dapat berkongsi momen cantik di negara orang dengan orang lain. Ramai yang beri feedback suka tengok foto percutian tersebut sebab walaupun belum sampai tempat tapi dapat merasai jugak panorama yang dikongsi melalui gambar dan video,” kongsi Pemenang tempat kedua Pencarian Dewi Remaja 2015 ini.
Sri Lanka
Bercerita tentang perkembangan terkini, “Saya baru saja habis penggambaran Drama Dua Takdir Cinta, 65 episod yang dipancarkan di Astro Prima dan drama ini sedang ditayangkan kini.
Sri Lanka
Kali ini saya membawa watak agak menarik sebab pertama kali melakonkan watak antagonis. Saya sendiri masa mula-mula dapat skrip pun tak tahu boleh buat ke tak. Sebab selalunya dapat watak sebagai kawan baik.
London, United Kingdom
Watak saya dalam drama ini sebagai anak yang kurang ajar, melawan cakap ayah dan anak yang derhaka macam tu lah. Paling menarik watak bapa saya ialah Faizal Hussein, seronok dapat berlakon bersamanya.
Masjidil Haram, Mekah
Tapi dalam masa yang sama watak saya tu sebenarnya baik cuma banyak terpengaruh dengan hasutan abangnya. Karektor saya kali ini jauh berbeza daripada sebelum ini yang saya pernah bawa,” bicara Che Puan Syamim yang rindu nak buat hosting tapi rezeki lebih banyak kepada lakonan.
Langkawi Sky Bridge, Malaysia
Foto: Instagram @syamimfarid
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Sejuk Mata Memandang..
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu wanita contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan.
Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada para wanita yang sedar cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk anda.