Tahukah anda terdapat lebih daripada 10 jenis berus solekan yang anda perlu tahu kegunaannya untuk mendapatkan solekan yang mampan. Ramai yang menolak fakta ini namun anda sendiri boleh menilai bagaimana berus solekan mampu capai piawaian wow! kepada anda, lebih-lebih lagi sempena sambutan Hari Deepavali nanti.
Perasan tak setiap berus solekan tidak di datangkan dengan manual penggunaan. Sebagai pengguna, kita perlu tahu setiap fungsi berus tersebut. Ada yang digunakan untuk mata, pipi, bibir dan keseluruhan wajah. Jom baca ni.
Berus berbentuk kipas
Berus ini digunakan untuk meratakan bedak highlighter sekitar tulang pipi atau meratakan setting powder di bawah mata sebelum mengenakan solekan tebal pada bahagian mata. Apabila serbuk pewarna jatuh, hanya gunakan berus ini untuk membersihkannya.
Berus bedak
Berus bedak ini digunakan untuk meratakan bedak debu yang digunakan. Semakin gebu berus, semakin bagus untuk meratakan bedak di wajah. Ia juga sangat sesuai untuk meletakkan bronzer bagi aplikasi yang lebih teliti.
Sedikit kilauan atau shimmer pada bahagian bahu pastinya membuatkan kulit anda tampak cantik berkilau. (Untuk wanita yang gemar menggayakan baju off shoulder atau baju bertali halus).
Ads
Berus pemerah pipi (debu)
Bentuk bulunya lebih kurang sama dengan berus bedak tetapi material yang digunakan membezakan kegunaannya. Penggunaan berus pemerah pipi jenis debu sesuai jika ia diperbuat daripada fiber semula jadi. Ia memberi perincian warna dan blending yang kemas terutamanya sekitar tulang pipi.
Berus kontur
Lapisan kontur yang wajib ada supaya wajah tampak runcing. Paling penting berus kontur ini memberi dimensi pada wajah. Jangan terkejut apabila wajah bulat pun boleh nampak cengkung dengan teknik solekan yang betul.
Berus penyamar noda
Sebelum selesai sapuan pelbagai bedak pada wajah, samarkan dahulu noda yang ada. berus berbentuk panjang dan leper ini memudahkan anda menghilangkan cela dengan penggunaan concealer. Baik untuk sapuan bawah mata atau cela jerawat dan sebagainya, berus ini memainkan peranan penting.
Ads
Berus blending pembayang mata
Manjakan kelopak mata dengan menggunakan berus yang gebu dan lembut. Cuba hilangkan garisan kasar lirikan pembayang mata dan cuba tone down warnanya dengan menggunakan berus pembayang mata.
Berus penggaris mata
Berus yang digunakan untuk membuat garisan di sekeliling mata. Anda juga boleh menggunakan berus ini pada bibir.
Ads
Berus pembayang mata bersudut
Berus ini digunakan untuk pembayang mata. Ia digunakan untuk membentuk smokey eyes. Dengan menggunakan warna pembayang mata,berus ini juga berfungsi untuk menggariskan bahagian bawah garis mata.
Berus kening condong
Ada yang menggunakan pensel penggaris kening untuk memudahkan lukisan kening tetapi ada juga yang memilih untuk menggunakan berus kening agar dapat mengawal ketebalan garisan mata. Kedua-dua teknik ini memberi hasil yang berbeza.
Berus bibir
Tentunya ia adalah berus yang berfungsi untuk olesan gincu pada bibir. Bulu pendek dan padat membolehkan berus ini mencecah bahagian tepi bibir.
Berus solekan ini sungguh mudah untuk di dapati. Anda boleh pilih dari pelbagai jenis, harga, warna dan bentuk. Pilih saja di SINI dan enjoy your makeup moment!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aura juara Ratu Cantik Malaysia 1993 ini masih memukau walaupun beliau kini sudah pun bergelar ibu kepada empat anak! Baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Pengantin 1 Malam, kecantikan Datin Paduka Susan Manen Ibrahim dalam drama tersebut ternyata menjadi bualan ramai. Apatah lagi dalam usia lewat 40an namun Datin Paduka Susan masih kelihatan anggun dan awet muda. Pendek kata, kalau orang kata anak dara pun mesti ramai yang percaya. Beliau sememangnya seorang wanita cantik!
Hakikatnya selain rajin menjaga kesihatan dan kecantikan diri, isteri Datuk Paduka Mustapha Kamal ini juga difahamkan mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese. Selepas berjaya menjuarai pertandingan Ratu Cantik Malaysia, populariti Datin Paduka Susan terus melonjak dalam industri seni apabila beliau menerima tawaran berlakon dalam filem Penyu arahan Z.Lokman.
Ketika penggambaran Pengantin Satu Malam
https://www.instagram.com/p/CFe6R6alpnH/
Pada tahun 1998, Datin Paduka Susan membuat keputusan memeluk agama Islam dan berkahwin dengan aktor berbakat besar, Datuk Paduka Mustapha Kamal. Sebaik mendirikan rumah tangga, beliau memperlahankan kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.
Hasil perkongsian hidup selama lebih dua dekad, pasangan selebriti ini dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Sabella Qawiema, 21 tahun; Aulia Qayyiem, 19 tahun; Salsabil Qurani, 17 tahun dan Naqli Qaddiem berusia 9 tahun.
Kemunculan Datin Paduka Susan dalam drama Pengantin Satu Malam bermula 18 Ogos lalu mencuri tumpuan ramai kerana selain berlakon di samping suami tercinta kecantikan beliau yang kini meniti usia 46 tahun turut dikagumi penonton. Dengan sepasang mata cantik, hidung mancung dan bibir mungil… tidak hairanlah beliau tetap menjadi buruan pengarah dan agensi pengiklanan.
Di samping anak-anak tersayang
Melalui perkongsian di media sosial miliknya juga membuktikan Datin Paduka Susan seorang yang aktif bersukan dan gemar menyertai jungle trekking. Tidak hairanlah beliau mampu kekalkan bentuk tubuh seperti zaman anak dara dulu.
November tahun lalu, Datuk Paduka Mustapha Kamal dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan yang membawa gelaran Datuk Paduka pada Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-50, di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Bersyukur dengan pengurniaan darjah yang diterima, aktor ini melahirkan penghargaan buat isteri tercinta.
“Kejayaan seorang suami adalah kerana sokongan, dorongan dan dokongan seorang isteri. Tiga suku kekuatan yang ada dalam diri dan di jiwa suami adalah kerana isteri. Peranan isteri paling penting untuk kejayaan suami dan keluarga, berkat kesabaran dan kesungguhan usaha. Insya-Allah, Dia Maha Penyayang.”
Kredit: Instagram Susan Manen & Mustapha Kamal
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hujung-hujung minggu ni apa kata sesekali anda cuba buat sendiri resepi minuman sihat ni. Bukan saja mudah didapati, murah dan selamat ia juga bagus untuk kesihatan luaran dan dalaman. Serai tu sendiri kita dah tahu memang banyak kebaikannya untuk kesihatan.
Sesekali jadikanlah teh serai sebagai rutin minuman kesihatan anda setiap hari. Sebelum tu, jom semak apa kebaikan teh serai yang membantu:
MENGURANGKAN GEJALA HAID
Setiap kali haid pasti akan mengalami sindrom seperti senggugut dan kembung perut. Amalkan minum teh serai setiap hari bagi menenangkan perut dan bertindak sebagai antiradang.
MENJAGA SISTEM PENCERNAAN
Kajian oleh National Institutes of Health membuktikan serai efektif sebagai ubat semula jadi untuk mengatasi sakit perut dan masalah pencernaan.
RAWAT JANGKITAN MULUT & GIGI
Serai bersifat antimikroba. Serai mampu melawan bakteria Streptococcus mutans salah satu penyebab utama gigi rosak. Dengan kandungan antimikroba di dalamnya teh serai membantu mengatasi jangkitan mulut dan gigi berlubang.
MELAWAN RADIKEL BEBAS
Berdasarkan informasi diterbitkan oleh Journal of Adriculture and Food Chemistry, serai mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikel bebas dalam badan. Radikel bebas salah satu punca penyakit seperti kanser.
RESEPI TEH SERAI
Amalkan sekali sehari sahaja.
Bahan-bahan:
2 batang serai
1 batang kulit kayu manis
Madu
Air panas
1 uncang teh100 ml perahan jus lemon/limau purut
Cara Membuat:
Potong akar serai dan buang semua daun/kulit di bahagian luarnya. Ketuk serai lalu masukkan ke dalam cawan bersama kulit kayu manis. Tuang air panas diikuti uncang teh. Keluarkan uncang apabila air berubah warna. Tambahkan madu dan perahan lemon, kacau rata. Minum ketika panas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak perlu diragukan roti ban memang praktikal sebagai hidangan sarapan dan bekalan anda ke pejabat. Roti ban mudah didapati dan ada berbagai variasi. Nilai gizi roti ditentukan oleh ramuan yang diadun di dalam jenis ban sama ada bahan dasarnya seperti roti isi pisang, nenas, kelapa, daging, daging ayam, sosej, coklat, keju dan lain-lain. Sekarang semakin ramai orang yang menjadikan roti sebagai sumber karbohidrat.
Berikut pilihan roti ban untuk dinikmati sebagai pengganti nasi.
KANDUNGAN DALAM ROTI BAN
1.Diperbuat daripada tepung gandum, roti ban mengandungi serat yang diperlukan untuk melancarkan sistem pencernaan.
2. Roti ban mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi. Sesuai diambil bagi menggantikan nasi.
3. Protein dalam gandum dinamakan gluten. Kadar protein dalam bijirin boleh diukur daripada sifat keras dan lembutnya roti. Semakin keras, maka roti gandum mengandungi lebih banyak protein.
MANFAAT ROTI BAN
1.Membantu program diet kerana kandungan serat tingginya yang baik untuk pencernaan.
2.Menurunkan kolesterol kerana mampu mengikat asid hempedu yang boleh menyebabkan kolesterol.
3.Mengandungi serat yang diperlukan oleh tubuh.
4.Mengandung banyak vitamin dan mineral seperti vitamin E, B2, Niasin dan lain-lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, beruntungnya Elisya Sandha dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan sanggup menjaganya selepas melahirkan anak. Tak dinafikan, masih ada dalam kalangan ibu mentua yang berbuat perkara sama terhadap menantu seperti Sheila Rusly ...