Bahang Piala Dunia Qatar 2022 sememangnya sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia.  Bukan sahaja bercerita soal perlawanan yang rancak berlangsung, kelibat isteri para pemain terkemuka dunia turut menjadi sorotan di Qatar.

IKLAN

Kebiasaannya, wanita sering dikaitkan sebagai pendorong utama kejayaan seorang lelaki. Bagi bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, susuk isteri tersayang Antonela Roccuzzo merupakan individu yang menjadi pendorong buat dirinya dalam karier dan kehidupan peribadi.

Kenali Personaliti ANTONELA ROCCUZZO Wanita Hebat Di Sebalik Kejayaan Lionel Messi
Biarpun bukan wanita berkerjaya seperti kebanyakan isteri pemain bola sepak terkenal dunia, Roccuzzo dianggap sebagai tulang belakang kejayaan Messi. Antonela Roccuzzo merupakan teman sepermainan Messi sejak kecil. Wanita ini sentiasa berada di sisi suaminya, tidak kira dalam apa juga situasi.

Kenali Personaliti ANTONELA ROCCUZZO Wanita Hebat Di Sebalik Kejayaan Lionel Messi
Biarpun Messi merupakan antara pemain bola sepak paling terkenal di dunia, namun Roccuzzo lebih selesa memilih gaya hidup low profile bersama tiga anak mereka, Thiago, Mateo dan Ciro.

Kenali Personaliti ANTONELA ROCCUZZO Wanita Hebat Di Sebalik Kejayaan Lionel Messi
Messi dan kekasihnya sejak zaman kanak-kanak itu telah berkahwin dalam satu majlis di bandar kelahirannya, Rosario, Argentina, dengan kehadiran selebriti dan beberapa nama besar dalam bola sepak. Mereka memilih 30 Jun 1997 untuk disatukan sebagai suami isteri.

Kenali Personaliti ANTONELA ROCCUZZO Wanita Hebat Di Sebalik Kejayaan Lionel Messi
Kira-kira 250 tetamu menghadiri perkahwinan Messi dan Antonella Roccuzzo di sebuah hotel mewah. Antara yang hadir termasuklah rakan sepasukan Messi di Barcelona, Neymar, Luis Suarez dan Gerard Pique.Kenali Personaliti ANTONELA ROCCUZZO Wanita Hebat Di Sebalik Kejayaan Lionel Messi
Seluruh rakyat Argentina sangat gembira dengan perkahwinan di Rosario ketika itu, yang merupakan hab pertanian dan bandar ketiga terbesar di negara tersebut, kira-kira 300 kilometer di utara-barat Buenos Aires.
Kira-kira 150 wartawan dibenarkan membuat liputan majlis ini yang disebut akhbar paling terkenal di Argentina, Clarin, sebagai ‘wedding of the year’ dan ‘wedding of the century’ tetapi mereka tidak mempunyai akses terus untuk ke majlis atau parti itu selepas itu.

IKLAN

Kenali Personaliti ANTONELA ROCCUZZO Wanita Hebat Di Sebalik Kejayaan Lionel Messi
Orang ramai berkumpul berhampiran lokasi perkahwinan yang dikawal ketat dengan harapan dapat merakamkan foto pasangan pengantin dan bintang-bintang bola sepak dunia.
Menyingkap latar belakang isteri pemain bola sepak terkenal ini, menurut sumber bapa Roccuzzo, Jose, merupakan pemilik rangkaian pasar raya, Unico dan bekas presiden persatuan rangkaian pemilik pasar raya serantau. Dia juga dikenali sebagai peminat kelab Newell’s Old Boys – kelab yang disertai Messi ketika zaman kanak-kanak di Rosario. Roccuzzo membesar di daerah kawasan kelas menentang atasan, Bella Vista dan belajar di sekolah swasta.

IKLAN

Kenali Personaliti ANTONELA ROCCUZZO Wanita Hebat Di Sebalik Kejayaan Lionel Messi
Menyingkap kisah percintaan pasangan ini, keduanya bertemu ketika berusia sembilan tahun dan Messi ‘jatuh cinta pandang pertama’ dengan Roccuzzo. Messi berhijrah ke Sepanyol pada usia 13 tahun untuk menyertai Barcelona namun sentiasa menghubungi Roccuzzo menerusi telefon dan menulis surat kepadanya. Sumber rapat keluarga Roccuzzo berkata, dia menyambung pengajiannya dalam bidang komunikasi dan pergigian namun tidak menghabiskannya.
Messi dan Roccuzzo tetap berhubung selepas dia berhijrah ke Sepanyol pada usia 13 tahun dan akhirnya mereka memulakan hubungan romantis pada akhir tahun 2000. Mereka mula bercinta sejak 2008 dan memiliki dua cahaya mata iaitu Thiago dan Mateo. Antonella merupakan rakan karib isteri Luis Suarez, Sofia Balbi dan pernah melancarkan pengeluaran jenama kasut.

Kenali Personaliti ANTONELA ROCCUZZO Wanita Hebat Di Sebalik Kejayaan Lionel Messi
Menjalani gaya hidup sebagai isteri pemain bola sepak terkemuka, Roccuzzo amat meminati sukan tinju dan aktiviti senaman lain. Tidak hairanlah mengapa Antonela Roccuzzo memiliki bentuk badan menawan! Malah wanita berusia 32 tahun itu membabitkan diri dalam sukan mempertahankan diri adalah untuk memastikan dirinya sentiasa cergas.

Kenali Personaliti ANTONELA ROCCUZZO Wanita Hebat Di Sebalik Kejayaan Lionel MessiKenali Personaliti ANTONELA ROCCUZZO Wanita Hebat Di Sebalik Kejayaan Lionel Messi
Walaupun bagaimanapun ibu kepada tiga cahaya mata itu yang berkongsi video latihan di media sosial menyatakan ia hanya permulaan. Katanya di Instagram yang mempunyai 13.2 juta pengikut disamping gambar latihan: “Saya hanya bermula sebulan yang lalu dan saya masih belajar. Saya menyukainya.”

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI