Berkesempatan bertemu pelakon Catriona Ross di majlis pelancaran koleksi tudung Sugarscarf baru-baru ini, dia sempat berkongsi cerita bakal menempuhi perjalanan jarak jauh bersama keluarga tersayang.

Memilih untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarganya di Scotland sejak 19 April lalu, Catriona Ross bersyukur Ramadan dan Aidilfitri tahun ini dia sekeluarga berkesempatan menyambutnya bersama bapa tersayang, Bahrin Ross Abdullah Ross.

Ads

“Keputusan Yang Tepat Pilih Berhari Raya di Scotland”.CATRIONA ROSS Kongsi Anak Autisme Atasi Ketakutan Tempuh Perjalanan Jauh

“Keputusan Yang Tepat Pilih Berhari Raya di Scotland”.CATRIONA ROSS Kongsi Anak Autisme Atasi Ketakutan Tempuh Perjalanan Jauh

Catriona atau Norhayati Ross Baharin Ross, 43, berkata, percutian itu turut disertai oleh anak lelakinya iaitu Jammal Al Raess, 11, yang juga penghidap autisme. Menurut Catriona, dia sememangnya teruja dengan percutian dan Aidilfitri tahun ini kerana ia  merupakan kali pertama Jammal mengharungi perjalanan panjang menggunakan pesawat dan berbangga dengan pencapaian anak kesayangannya itu.

“Keputusan Yang Tepat Pilih Berhari Raya di Scotland”.CATRIONA ROSS Kongsi Anak Autisme Atasi Ketakutan Tempuh Perjalanan Jauh

“Perjalanan kali ini terutamanya pulang kampung di Scotland dan London sambil membawa anak autisme adalah satu perjalanan paling bermakna buat kami. Selama bertahun-tahun saya membayangkan bagaimana agaknya anak istimewa saya sekiranya berada di luar negara bersama kami.

 

Menurut Catriona, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha mengambil masa selama 8 jam. Sepanjang perjalanan, dia sudah menyediakan segala keperluan buat anak lelakinya, Jammal Raess. Namun begitu, Catriona menzahirkan rasa syukur anaknya mampu melalui perjalanan yang jauh tanpa sebarang masalah. Malah penerbangan sambungan dari Doha ke Scotland selama enam jam juga berjalan dengan lancar.

“Keputusan Yang Tepat Pilih Berhari Raya di Scotland”.CATRIONA ROSS Kongsi Anak Autisme Atasi Ketakutan Tempuh Perjalanan Jauh

“Akhirnya, anak lelaki kami dapat menjejakkan kaki di London dan kami sempat merakamkan foto kenangan bersama di hadapan mercu tanda The Great Bell,” katanya.

Catriona berkongsi mengenai momen tersebut menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Selain meraikan Aidilfitri di Scotland, Catriona bersama keluarga turut mengambil kesempatan berkunjung ke beberapa tempat termasuk London.

“Keputusan Yang Tepat Pilih Berhari Raya di Scotland”.CATRIONA ROSS Kongsi Anak Autisme Atasi Ketakutan Tempuh Perjalanan Jauh

Ads

Menceritakan mengenai Jammal, Catriona berkata, percutian itu bukan sekadar melancong tetapi membuktikan anak istimewanya itu berjaya melawan ketakutannya sebelum ini.

Kongsinya, Jammal dahulunya seorang penakut dan akan menangis sekiranya mendengar bunyi-bunyian yang kuat. Momen tersebut merupakan sesuatu yang amat disyukuri oleh mereka sekeluarga di mana anak istimewa ini dapat mengatasi ketakutannya.

“Keputusan Yang Tepat Pilih Berhari Raya di Scotland”.CATRIONA ROSS Kongsi Anak Autisme Atasi Ketakutan Tempuh Perjalanan Jauh

“Kalau dulu dia akan menangis dan melarikan diri apabila mendengar bunyi pembersih vakum.Hari ini anda boleh lihat bagaimana dia gembira dalam gambar yang saya kongsikan ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Jammal disahkan menghidap autisme tanpa komunikasi iaitu ketidakupayaan bertutur dan hanya boleh bercakap beberapa patah perkataan.

Ads

Sebelum ini, Catriona pernah berkongsi hatinya remuk apabila mendapat tahu keadaan anaknya itu namun bersyukur Jammal kini boleh menguruskan diri sendiri meskipun tidak boleh berkomunikasi.

Catriona mendirikan rumah tangga dengan Shaharuddin Mokhtaruddin pada 26 Jun 2009 dan selain Jammal, pasangan itu turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Sephina Rania, 13 dan Edruce Riyadh, 8 tahun.

“Keputusan Yang Tepat Pilih Berhari Raya di Scotland”.CATRIONA ROSS Kongsi Anak Autisme Atasi Ketakutan Tempuh Perjalanan Jauh

Bercerita mengenai sambutan Raya di Leith, Edunburgh, Catriona tetap menyediakan persalinan baju raya buat keluarga tersayang sebagai simbolik meraikan kedatangan Aidilfitri meskipun berada di luar negara.

“Saya sempat menyediakan hidangan istimewa seperti masak lodeh dan nasi impit jam 6 pagi waktu Scotland untuk dinikmati seisi keluarga. Pendek kata, raya kali ini sememangnya istimewa dapat meraikan bersama bapa dan keluarga yang lain,” ujar Catriona seraya mengakhiri perbualan.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI