Kehadiran bulan Ogos ini menyemarakkan rasa cinta terhadap negara dengan sambutan hari kemerdekaan ke-60. Buat jurulatih pesawat simulator, Fatin Nabilah Musa, 22, dia mendefinisikan kemerdekaan sebagai lambang sebuah kebebasan.
Gadis muda yang sedang menanti tawaran untuk berkhidmat dalam syarikat penerbangan ini begitu teruja bercerita tentang dunia awan biru yang dicintainya.
“Kepuasan terbang di awan biru adalah ketika saya dapat melihat bumi dari sisi yang berbeza. Tidak semua orang mampu memiliki pengalaman ini dan secara tidak langsung membuatkan saya rasa lebih bersyukur.
Menakluki dunia sambil membawa penumpang menuju destinasi impian dengan selamat merupakan tugas murni seorang juruterbang. Sebenarnya cita-cita ini tercetus selepas saya jatuh hati dengan watak sebuah filem yang ditonton ketika kecil.
Berkisarkan legenda juruterbang Amerika bernama Amelia Earhart, filem berjudul Amelia lakonan Hilary Swank itu benar-benar memberi kesan sejak dari saat dia duduk di tempat duduk juruterbang.
Ads
Saya kagum melihat keberaniannya… Amelia menjadi wanita pertama yang terbang secara solo merentasi Atlantik dan wanita pertama yang mengelilingi dunia dengan kapal terbang. Ia benar-benar menjentik hati kecil ini,” terangnya.
Walaupun belum bertugas sebagai juruterbang tetapi gadis manis ini pernah mengemudi kapal terbang sepanjang tempoh pembelajarannya. Berkongsi cabaran yang pernah ditempuhi, “Saya belum pernah mengutip cabaran yang hebat dalam dunia penerbangan ini. Namun, ada beberapa pengalaman mencemaskan ketika berada di sekolah penerbangan dahulu.
Ads
Seingat saya, pengalaman paling mencabar ialah ketika mengendalikan kapal terbang semasa dual flight bersama instruktor saya, Kapten Zulkifli Hassan dari Langkawi ke Pulau Pinang (Navigation, Cross Country Flight). Ketika itu kami berdepan dengan cuaca yang amat buruk sehingga menyebabkan kami masuk ke dalam awan hujan. Dalam dunia penerbangan, situasi ini adalah musuh yang paling cuba dielakkan.
Walaupun agak gugup ketika itu, merentasi suasana hujan lebat dan gegaran kuat, tapi cabaran itu menaikkan semangat saya untuk terus berkhidmat,” ungkap gadis yang pernah mengambil Foundation In Science di Mahsa University College untuk bidang Pergigian sebelum memasuki sekolah penerbangan.
Ads
Menurut Fatin, ahli keluarganya sentiasa memberi sokongan atas apa sahaja pilihan kerjaya yang dipilihnya. “Selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ibu mahu saya menjadi seorang doktor gigi.
Namun, saya tidak mampu untuk meneruskan pengajian kerana tidak minat bidang pergigian. Saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika belajar dan akhirnya atas pertolongan kakak saya dapat merealisasikan cita-cita untuk menceburi bidang penerbangan.
Saya meneruskan pengajian dalam bidang penerbangan di Halim Mazmin Aerospace Sdn. Bhd. di Langkawi dan memperoleh Lesen Pesawat Terbang PPL, CPL/IR with Frozen ATPL. Pendorong utama saya sudah tentu kakak dan ibu saya.
Kakak sangat berjasa kerana telah menyakinkan ibu untuk menceburi bidang penerbangan ini. Saya juga berterima kasih atas dorongan semangat dan tunjuk ajar ketua di Sky Simulator. Beliau telah melatih saya agar sentiasa bersedia untuk proses pengambilan juruterbang syarikat penerbangan nanti,” katanya. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertubuh genit dengan raut wajah yang manis, bergaya pula tu..sekali imbas macam usia 20-an. Namun siapa sangka itulah kelebihan yang dimiliki oleh ibu kepada empat orang anak yang berusia 34 tahun ini.
Nadia Abdul Halim atau Nard yang berketurunan Siam Pattani ini cukup bertuah kerana selain memiliki sebuah keluarga bahagia, dia juga bergelar usahawan sukses bagi jenamanya sendiri iaitu Odda KL.
Nard pernah bergelar sebagai Pengurus Projek di salah sebuah syarikat teknologi maklumat sebelum mengambil keputusan untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap bisnes dan keluarga.
Dapatlah Nard melihat anak-anaknya Aush Mikael (9), Audra Marissa (7), Aoman Maleq (5) dan Aofea Maryam (10 bulan) membesar di hadapan mata. Masanya kini lebih fleksibel untuk bersama keluarga.
DUGAAN
“Cabarannya ketika melahirkan mereka secara pembedahan. Jarak usia mereka pun rapat-rapat. Doktor terpaksa melakukan pembedahan secara mid-line.
Doktor juga mengesahkan dinding perut saya sudah nipis dan berisiko tinggi kalau mengandung lagi. Jika pembedahan dilakukan di tempat sama ia pasti akan memudaratkan saya.
Antara risikonya ialah kemungkinan berlakunya pelekatan organ dalaman yang sangat teruk seperti uri melekat dan dibuang rahim serta masalah-masalah kesihatan lain.
Walaupun berat akhirnya saya terpaksa mengambil keputusan setelah mendengar nasihat doktor untuk mengikat saluran peranakan atau saintifiknya Bilateral tubal ligation (BTL).
Cukuplah empat orang anak dalam kehidupan saya dan suami. Apa pun kami tetap bersyukur dengan anugerah terindah ini.”
DIDIK ANAK KENA KENTAL
“Anak-anak masih kecil dan jarak umur mereka pun rapat-rapat. Maka, saya perlu menjadi seorang yang kental dari segi emosi.
Saya pastikan anak-anak diberikan kasih sayang sama rata. Selalunya saya akan melayan anak-anak mengikut perangai masing-masing.
Saya dan suami juga sangat memandang berat tentang pembelajaran anak-anak. Kami menghantar mereka ke sekolah seawal usia dua tahun bagi memastikan anak-anak suka ke sekolah sekaligus dapat menyesuaikan diri.
Paling mustahak ialah didikan agama dan pandai berbahasa Inggeris. Di rumah kami akan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.”
GEMAR BERFESYEN
“Saya sukakan gaya ringkas dan minimalis. Paling penting ikut tempat dan majlis. Bertudung tak menghalang wanita untuk berfesyen asalkan tak keterlaluan. Pilihan warna juga penting bagi imej saya.”
Kredit Foto: @nadiahalim7
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lesti Kejora kini nama terkenal dalam industri muzik Indonesia. Mula mencipta nama selepas memenangi Dangdut Academy pada tahun 2014, Lesti waktu itu baru menginjak usia 14 tahun dan kelunakan suaranya memukau para penonton. Termasuklah selebriti ternama di sana.
Hasil kemenangan tersebut, dia menerima hadiah wang tunai 100 juta Rupiah dan sebuah kereta. Bertitik tolak daripada kemenangan tersebut, Lesti turut mendapat kontrak dengan Trinity Optima Production dan berjaya menerbitkan single pertama.
Selain berbakat dalam nyanyian, dia juga boleh berlakon dan pernah membintangi drama bersiri seperti Kejora, Merpati Tak Pernah Galau dan Kejora 2.
Seiring kejayaan yang diraih saban tahun, wanita ini juga terpilih menjadi salah seorang juri dalam Liga Dangdut Indonesia 2020.
Memetik laporan media Indonesia, sejak awal kariernya sampai kini, nama Lesti dikenali dalam kalangan penyanyi dangdut yang berjaya dan berbakat besar. Sekaligus mengubah nasib keluarganya.
Namun di sebalik populariti dan kemasyhurannya hari ini, Lesti atau nama penuhnya Lesti Andriani ayang berasal dari pedalaman Cianjur ini bukanlah berasal dari keluarga kaya.
Meniti usia 23 tahun, ayah Lesti iaitu Endang Mulyana pernah bekerja sebagai pemandu sementara ibunya, Sukartini pula menjual mi ayam di depan rumah mereka.
Media Indonesia sebelum ini pernah mendedahkan keadaan rumah lama yang dihuni Lesti sekeluarga di Cianjur hanya berdindingkan anyaman buluh.
Walau kini dia menjalani hidup mewah dan terkenal namun anak kedua daripada tiga beradik ini tidak lupa asal-usul dan berusaha membahagiakan kedua-dua ibu bapa.
Malah, jika mengenang kembali kehidupan silam Lesti pasti mengalirkan air mata kerana tidak menyangka pembabitannya dalam industri muzik diterima baik peminat seni.
19 Ogos 2021, Lesti sah bergelar isteri kepada selebriti Rizky Billar. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Namun kebelakangan ini, nama pasangan ini terpalit dengan kontroversi rumah tangga.
Semoga segala urusan Lesti dan Rizky Billar dipermudah dan berjalan lancar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Tanah Merah, Kelantan kini dilantik Akauntan Negara, Zainani Jusoh mula urus tugas dan wang amanah rakyat bermula hari ini.
Berasal dari Tanah Merah, Kelantan, Zainani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan merupakan akauntan bertauliah serta ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).
Beliau memiliki pengalaman sebagai penjawat awam lebih 30 tahun apabila mula menyertai sektor awam pada 1994 sebagai akauntan di Pasukan Petugas Sistem Perakaunan Mikro, JANM.
Sepanjang perkhidmatannya, wanita bijak ini telah berkhidmat di pelbagai jabatan dan kementerian antaranya Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Luar serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Zainani turut memainkan peranan penting dalam menukar landskap pengurusan perakaunan di kedutaan Malaysia luar negara dari manual kepada pendigitalan.
JANM memaklumkan, perubahan besar itu membolehkan pengurusan kewangan di semua kedutaan Malaysia diurus dengan lebih cekap, tepat dan cepat.
Sebelum menjawat jawatan Timbalan Akauntan Negara (Korporat) pada September 2023, beliau pernah mengetuai Bahagian Khidmat Perunding JANM serta Bahagian Akaun Kementerian Kewangan dari 2019 hingga 2023.
BERKUAT KUASA
Anak Tanah Merah, Kelantan kini dilantik Akauntan Negara, Zainani Jusoh mula urus tugas dan wang amanah rakyat bermula hari ini.
Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Zainani Jusoh dilantik sebagai Akauntan Negara yang baharu berkuat kuasa 3 Sept. Pelantikan Zainani itu diumumkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dalam kenyataan pada Selasa bagi menggantikan Datuk Nor Yati Ahmad yang bersara wajib pada 1 Sept.
Surat pelantikan Zainani sebagai Akauntan Negara telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Putrajaya pada 27 Ogos lepas.
Atas sumbangan dan kecemerlangan perkhidmatan, Zainani telah dianugerahkan darjah kebesaran Bentara Setia Mahkota sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada 2015.
Mudah-mudahan segala urusan kerjaya wanita hebat ini dipermudahkan dan terus jujur memikul tugas serta urusan menjaga wang amanah rakyat Malaysia dengan setulusnya. Syabas!
UiTM melantik Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai Profesor Adjung Keusahawanan UiTM bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan universiti dan menginspirasi generasi muda melalui pengalaman sebenar dunia perniagaan.