Usahawan Kim Kardashian dan bekas suaminya juga penyanyi rap Ye atau dulunya dikenali Kanye West sepakat mencapai kata persetujuan perceraian mereka, termasuk berkongsi hak penjagaan terhadap empat anak dan berbahagi harta.

IKLAN

Kongsi Hak Penjagaan Anak, Bekas Suami Perlu Bayar Wang Nafkah RM890,000 Kepada Kim Kardashian.

Meskipun akan berkongsi menjaga anak-anak mereka yang berusia 3, 4, 6, dan 9 tahun, Kardashian akan menerima sejumlah RM890,000 sebulan sebagai wang nafkah kerana anak-anak paling banyak menghabiskan masa bersamanya.

Pasangan selebriti terbabit berkahwin pada 2014, sebelum Kardashian memfailkan permohonan cerai pada tahun lalu. Dia memberikan alasan sudah tidak sehaluan selain gagal berdamai sebagai alasan untuk membawa haluan masing-masing.

Kongsi Hak Penjagaan Anak, Bekas Suami Perlu Bayar Wang Nafkah RM890,000 Kepada Kim Kardashian.

Spekulasi keretakan rumah tangga Kardashian dan West mula diperkatakan apabila pasangan berkenaan didakwa tidak tinggal sebumbung, sejak awal tahun lagi.

Mengikut sumber, Kardashian dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan. West tinggal di ladang Wyoming, manakala Kardashian bersama anak-anaknya di Calabasas, California.

Beberapa bulan kebelakangan ini, Ye mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk memutuskan jalinan kerjasama dengan jenama besar dan korporat. Dia turut menghentam selebriti lain secara terbuka. Malah, akaun Instagram dan Twitter miliknya turut disekat. Tidak ketinggalan, platform media sosial itu menurunkan beberapa hantarannya yang dikategorikan “tidak berhemah”.

IKLAN

Kongsi Hak Penjagaan Anak, Bekas Suami Perlu Bayar Wang Nafkah RM890,000 Kepada Kim Kardashian.

Butiran mengenai perjanjian penyelesaian perceraian mereka turut didedahkan beberapa cawangan berita dengan menyebut Mahkamah Los Angeles sebagai sumber. Apapun, kesahihah dokumen terbabit belum dapat dipastikan.

Menurut laporan The Post, kedua-dua selebriti ini selaku ibu bapa perlu bersetuju sekolah mana harus dihadiri oleh anak-anak mereka. Ia turut membabitkan perihal terapi, kaunseling dan aktiviti keagamaan. Anak-anak juga tidak dibenarkan berada lebih 100 kilometer dari kediaman Kardashian di Hidden Hills, di sini sebelum mereka tamat belajar atau meniti usia 19 tahun.

IKLAN

Kongsi Hak Penjagaan Anak, Bekas Suami Perlu Bayar Wang Nafkah RM890,000 Kepada Kim Kardashian.
Kanye atau kini dikenali sebagai Ye bersetuju menyerahkan sebuah aset hartanah di Hidden Hills kepada Kardashian. Dia juga akan memegang hak milik kepada harta di Malibu dan Riverside, California, serta Harrison, Idaho. Jurucakap usahawan itu bagaimanapun menolak untuk memberi sebarang komen.

Kongsi Hak Penjagaan Anak, Bekas Suami Perlu Bayar Wang Nafkah RM890,000 Kepada Kim Kardashian.

Pasangan berprofil tinggi yang dikenali sebagai ‘Kimye’ itu mula berpacaran pada 2012 dan memiliki anak pertama setahun kemudian. Mereka berkahwin dalam upacara gilang gemilang di sebuah kubu abad ke-16 di Florence, Itali pada pada Mei 2014.

Ini adalah perkahwinan pertama West dan ketiga untuk Kardashian yang pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola keranjang, Kris Humphries dan penerbit muzik, Damon Thomas.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI