Kulit kepala yang gatal-gatal sebenarnya adalah gejala yang berpunca daripada keadaan yang bukan saja disebabkan oleh kelemumur. Beberapa hal berikut juga boleh menjadi punca kepada kegatalan kulit kepala.
REAKSI ALERGI
Kebiasaan mewarna rambut boleh menjadi punca gatal kulit kepala. Bahan kimia daripada produk pewarna rambut yang menyebabkan alergi pada kulit kepala. Bukan saja pewarna bahkan produk-produk rambut lain pun boleh menjadi punca alergi seperti syampu, perapi dan minyak rambut.
Elak menggunakan banyak produk sekaligus, cuba satu produk dulu selama seminggu. Minggu berikutnya barulah boleh mencuba produk lain dan lihat hasilnya. Adakah ia mengakibatkan alergi pada kulit kepala anda.
JARANG CUCI RAMBUT
Sebaiknya lakukan 2-3 hari seminggu. Jika tidak, semua minyak semula jadi dan kotoran akan terkumpul di akar dan kulit kepala seterusnya menyebabkan kegatalan. Pastikan anda mencuci rambut mengikut rutin.
Ads
Air dan buih yang terhasil semasa mengurut kulit kepala mampu melarutkan minyak berlebihan dan kotoran yang terkumpul pada rambut dan kulit kepala.
KULIT KEPALA KERING
Bagi anda yang mempunyai rambut kering mungkin anda merasakan mencuci rambut boleh menyebabkan kulit kepala semakin kering. Anda silap kerana ia membantu melembapkan rambut kering. Gunakan rawatan khusus rambut kering dengan tambahan perapi bagi melembapkannya hingga ke akar rambut dan kulit kepala.
PSORIASIS
Ads
Kulit kepala yang gatal juga berpunca daripada keradangan akibat psoriasis yang sering muncul di kalangan orang dewasa. Ia ditandai dengan kulit kepala yang berkerak dan kemerahan. Keadaan ini muncul ketika sistem kekebalan badan sedang lemah. Namun stres, jangkitan dan cuaca kering serta kering boleh menjadi punca.
KUTU
Kutu kepala boleh muncul dalam bentuk haiwan atau telur. Kedua-duanya menyebabkan rasa gatal di kulit kepala. Jika anda mengalaminya gunakan syampu penghilang kutu atau potong pendek saja rambut.
JANGKITAN KULAT
Ads
Biasanya terjadi ketika produk perawatan penjagaan rambut seperti syampu dan perapi tidak dibilas dengan bersih ketika mencuci rambut. Sisa produk akan tertinggal di kulit kepala. Jika anda mengalami masalah ini segeralah bertemu doktor.
IKAT RAMBUT TERLALU KUAT
Selain menyebabkan keguguran rambut, mengikat rambut terlalu kuat apatah lagi dalam tempoh yang lama boleh mengakibatkan rasa gatal di kulit kepala. Membuat pelbagai gaya ikatan rambut dan memakai estension rambut akan menarik folikel rambut. Saraf dan otot di sekitar rambut akan tertarik sehingga membuatkan kulit kepala gatal dan sakit.
LIMFOMA
Rasa gatal kerana limfoma cenderung untuk menjadi lebih serius yang akan diiringi dengan pembengkakan kelenjar. Baik lelaki mahupun wanita berisiko mengalaminya terutama menginjak usia 50 tahun ke atas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kini, outlet terbaharu Bens’ Independent Grocer di bawah pengurusan Village Grocer Holdings Sdn Bhd mengekalkan konsep membeli-belah sambil menikmati pelbagai outlet makanan yang menampilkan konsep terbuka dan versatil!
Antara outlet makanan yang boleh dijadikan pilihan termasuklah Botanical, Malaya Kitchen, Barn Butchery, Bay Seafood and Chalk & Cheese. Selain itu, anda boleh menikmati hidangan istimewa F&B di bawah Ben’s Independent Grocer iaitu The Grocer’s Kitchen yang memberi tumpuan terhadap hidangan pizza dan rotisseries, Independent Coffee dan Crumbs yang menyediakan aneka pastri serta roti menyelerakan. Jika anda menggemari hidangan dari Vietnam, jangan lupa menikmati hidangan Vietnam di I LOVE PHO yang berasal dari Australia. Ia membuka pintu di pasaran Malaysia bersama dua lagi jenama iaitu Shucked dan Inside Scoop.
BELI-BELAH SERBA MUDAH
Menyentuh tentang pengalaman membeli-belah di Ben’s Independent Grocer IPC sememangnya suasana membeli barangan keperluan harian menjadi cukup mudah dengan kepelbagaian barangan tempatan dan antarabangsa yang mudah didapati di sini. Variasi barangan keperluan harian yang segar pastinya menjadi pilihan untuk ibu-ibu moden menyediakan hidangan untuk seisi keluarga. Faktor kesegaran dan produk makanan yang bermutu amat penting dalam aspek penjagaan makanan bagi memastikan hidangan yang disediakan berkhasiat dan terjamin dari segi kebersihannya!
Susun atur produk di Ben’s Independent Grocer juga amat sistematik dan teratur serta mudah untuk mendapatkan produk yang diingini. Malah, produk berjenama yang mungkin tidak dijual di pasaraya lain boleh didapati dengan mudah di sini. Sekali gus, menjadikan Ben’s Independent Grocer pilihan lokasi membeli-belah barangan keperluan harian untuk golongan expatriate yang tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur.
Sempena pembukaan Ben’s Independent Grocer IPC, setiap pembelian yang menelan belanja RM250 dalam satu resit pada hari biasa berpeluang memiliki B.I.G cooler bag. Selain itu, pelbagai tawaran menarik disediakan kepada setiap pelanggan bertuah. Selamat membeli belah!ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada perkara yang menyempurnakan sesebuah perkahwinan selain cinta, dan tiada yang boleh menghancurkannya selain wang. Cinta dan wang, sama-sama membahagiakan. Tetapi apabila anda mengahwini seseorang yang tidak pintar menguruskan wang, gemar berbelanja di luar kemampuan dan sering mengidamkan sesuatu yang sukar ditunaikan… percintaan anda mungkin dalam lingkaran bahaya!
Pasangan yang anda sayangi menyimpan tabiat buruk yang sukar ditinggalkan. Setiap kali ke pusat membeli-belah, dia menjadi ‘sukar dikawal’. Sentiasa keluar masuk butik dan beli sesuatu untuk menyenangkan hati. Malah pantang dipujuk penjual, pasti dia terpedaya untuk membeli sesuatu yang tidak perlu. Ah, bersedialah untuk menatap penyata bank dan kad kredit yang kritikal setiap bulan. Duit tabungan habis, malah hutang pula membukit tinggi!
Sesetengah individu, tidak sedar tentang had belanja yang boleh mereka gunakan. Ini sering terjadi kepada pasangan yang salah seorang daripadanya tidak bekerja. Kerana bosan, atau mungkin sekadar ingin mengisi kelapangan, mereka puas apabila dapat membeli sesuatu. Akibatnya, banyak barang yang tidak penting dibeli. Ruang di rumah seperti pusat pameran, penuh diisi dengan barangan itu namun ia tetap tidak membuat mereka mahu berhenti!
KESAN
Kegagalan mengurus wang adalah faktor utama yang meruntuhkan perkahwinan. Telah banyak kes perceraian yang disebabkan oleh kes seperti ini. Lebih memburukkan keadaan, isu wang menjadi satu subjek yang sensitif di antara anda dan si dia. Nah, bagi anda yang terikat dengan pasangan boros, tapi dalam waktu yang sama perlu mengimbangi kedudukan kewangan dan ingin bebas bebanan hutang, sesuatu yang wajar harus dilakukan.
Memaafkan pasangan kerana tabiat buruknya adalah perkara paling mulia dapat anda lakukan. Ingat, perkahwinan yang berjaya ialah penyatuan dua individu yang saling memaafkan. Jauhi sifat marah dan elakkan ‘melabel’ pasangan dengan kata-kata sinis seperti “you pemboros!” atau “you pentingkan diri!”. Pasti sukar mempengaruhi fikiran pasangan anda jika anda berdua tidak sefahaman. Remember that two wrongs can never make a right.
PANDUAN
Hadiri kelas mengurus kewangan bersama-sama. Jika pasangan tergolong masalah compulsive disorder, temuilah pakar terapi untuk mengawal situasi dan kenal pasti penyelesaian yang bijak.
Bincangkan impian masa depan anda berdua. Mungkin ingin memiliki rumah sendiri, menabung simpanan pendidikan anak-anak, bercuti di lokasi impian atau mengerjakan Haji dan Umrah. Kemudian buat pelan tabungan untuk mencapainya.
Lukis carta kemampuan wang anda. Tulis dengan jelas berapa hutang yang perlu dibayar, peruntukan belanja seisi rumah dan lebihan wang yang boleh digunakan.
Tegur pasangan secara lembut tetapi tegas. Gunakan kata-kata nasihat yang tidak akan menyakiti hatinya.
Ini mungkin serius, tapi sentiasalah awasi buku cek anda. Simpan juga semua kad debit dan kad ATM bersama anda.
Sentiasa pastikan pasangan anda mempunyai wang perbelanjaan yang cukup. Bertolak ansur jika dia ingin membeli sesuatu agar dia tidak terasa seperti kanak-kanak kecil.
Bersama-sama membeli-belah, atau sentiasa hadiahkan barangan yang diminatinya agar dia berhenti secara perlahan-lahan. Pastikan pembelian yang besar atau mahal perlu dilakukan bersama anda.
Ajak pasangan anda menikmati keseronokan dengan cara lain seperti menyertai kelas menari, bermain badminton atau kelab buku untuk mengalihkan perhatiannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Empat hari bertarung nyawa melawan kesakitan, akhirnya bayi comel Naufal Amsyar kembali bertemu PenciptaNya hari ini, kira-kira pukul 9 pagi tadi. Berita itu disahkan sendiri bapa bayi 10 bulan berkenaan, Nabil Fikri Anwar melalui aplikasi Whatsapp.
“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak saya Naufal Amsyar Bin Nabil Fikri yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9 pagi tadi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,” katanya.
Kisah Naufal Amsyar tular sejak Selasa lalu apabila dia yang dijaga pengasuh wanita dimasukkan ke hospital dipercayai diserang sawan. Pun begitu, selepas pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan mata dan retak tempurung kepala.
Rentetan itu, pihak polis menahan pengasuh wanita terbabit berusia 35 tahun pada Khamis lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ni. Satu persatu gejala penderaan bayi melibatkan pengasuh terbongkar dan semakin membimbangkan. Diharapkan agar pihak berwajib dan masyarakat sekeliling lebih peka dengan situasi ini agar tidak kembali berulang.
Buat ibu bapa Naufal Amsyar, Nabil Fikri Anwar dan Noraziqah Rohmat .. tenanglah menerima pemergian anakanda tersayang. Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.