Ramai di antara kita yang kurang faham tentang perbezaan di antara kulit wajah kering dan kulit ternyahhidrat. Walaupun kulit kering dikaitkan dengan penyahhidratan, sebenarnya ia lebih dari itu.  

Kulit ternyahhidrat adalah salah satu masalah kulit yang paling biasa berlaku dan menjejaskan sehingga 98% populasi dewasa pada tahap yang berlainan. Ia dikaitkan dengan masalah-masalah seperti kulit bersisik, tegang, garis-garis di permukaan serta penuaan awal. 

IKLAN

Fahami Fungsi Kulit

Secara asasnya, kulit adalah organ terbesar badan dan merangkumi kira-kira 16% berat badan kita. Kulit manusia mempunyai pelbagai fungsi, ia adalah perantara yang besar antara alam sekitar dan organ-organ manusia jadi ia menjalankan pelbagai fungsi khas untuk membantu kita meneruskan kehidupan.

Ia mengawal suhu badan untuk melindungi kita daripada hipertermia dan hipotermia. Kulit melindungi daripada kemasukan bahan-bahan yang berbahaya, sinaran UV, haba dan mikroorganisma.

Kulit juga merupakan organ deria terbesar badan untuk mengesan rangsangan sentuhan, haba dan kesakitan untuk memulakan penghasilan vitamin D. 

Bagaimana Fungsinya Terjejas?

Sekiranya kulit mengalami kekeringan, ini adalah kerana ia telah hilang kebolehannya untuk menyimpan air yang boleh tersejat.

Lipid permukaan yang dihasilkan dalam kuantiti yang kecil tidak lagi membentuk penghalang yang homogen. Disebabkan penghalang kulit tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik, ia mula membenarkan gangguan-gangguan luaran untuk tembus jauh ke dalam kulit.

Kulit menjadi lebih lemah dan reaktif serta merengsa dengan lebih cepat dan teruk. 

IKLAN

Punca Kekeringan

  • Penuaan
  • Pemakaian produk berkimia
  • Kerosakan fizikal
  • Faktor-faktor alam sekitar

Simptom-Simptom

Kulit kering dikenal pasti dengan kekurangan air dan lipidnya. Akibatnya, kulit mempamerkan tanda-tanda yang boleh memberi kesan yang besar kepada kualiti hidup. 

IKLAN

(a) Kulit ternyahhidrat

  • Kasar apabila disentuh
  • Kurang anjal
  • Terasa tegang

 (b) Kulit sensitif

  • Kegatalan
  • Ruam-ruam

 (c) Kulit merengsa

  • Kerengsaan
  • Tidak selesa

(d) Dermatitis atopik

  • Bersisik
  • Ruam-ruam yang gatal

Oleh itu, anda disarankan memilih produk yang mampu meningkatkan penghidratan dan merawat kekeringan kulit ternyahhidrat seperti produk Bio Oil, Krim Pelembap Malam dan Siang Safi Rania atau suplemen tambahan seperti Radianze untuk memelihara kecantikan wajah agar lebih menawan. KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI