Lelaki terkaya di dunia, Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammed telah mematahkan hati semua gadis apabila pihak media kerajaan Dubai mengumumkan majlis pernikahannya baru-baru ini.

Lelaki Terkaya Di Dunia Ini Patahkah Hati Ramai Gadis Bila Berkahwin Pada 10 Ramadan lalu
Sumber gambar: The National

Gadis bertuah yang telah disunting oleh Putera Mahkota Dubai ini ialah Sheikha Sheikha bint Saeed bin Thani Al Maktoum. Majlis pernikahan yang berlangsung pada 10 Ramadan 1440 atau 15 Mei lalu turut menyaksikan Putera Mahkota Dubai ini bersama-sama dua orang adik lelakinya turut mengikat tali perkahwinan.

IKLAN

Lelaki Terkaya Di Dunia Ini Patahkah Hati Ramai Gadis Bila Berkahwin Pada 10 Ramadan lalu

Ayahandanya, Sheikh Mohammed bin Rashid turut menzahirkan kegembiraan melalui sajak yang dibacakan di majlis perkahwinan ketiga-tiga anak lelakinya. Antara hasil karya sajaknya adalah tentang didikan yang diterapkan oleh beliau berjaya mendidik anak-anak lelakinya menjadi lelaki yang budiman;

“The nation looked radiant in green garment
A garden bloomed with their flares.
The blowing wind and the bare desert
Are with the beauty of roses adorned.
Why not? It is celebrating the wedding
Of Ahmad, Maktoum and Hamdan.”
Today, my effort continues in your marriage.
For marriage completes faith and regard.
I congratulate you from all my heart,”.

Lelaki Terkaya Di Dunia Ini Patahkah Hati Ramai Gadis Bila Berkahwin Pada 10 Ramadan lalu

Mengenali Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed Al Maktoum memiliki semua yang diimpikan oleh lelaki. Pada usia 35 tahun, Sheikh Hamdan Mohammed Al Maktoum bukan sahaja memiliki wajah tampan yang digilai oleh wanita namun Putera Mahkota Dubai ini antara yang terkaya di dunia.

Lelaki Terkaya Di Dunia Ini Patahkah Hati Ramai Gadis Bila Berkahwin Pada 10 Ramadan lalu

Pasti kita menjangkakan kehidupan Putera Mahkota Dubai ini hidup dilimpahi dengan kemewahan yang melampau dengan kereta mewah, istana besar, berparti dan sebagainya. Namun, Putera Mahkota Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum ini yang lebih mesra disapa Fazza memilih untuk memaparkan kehidupan yang sederhana di laman Instagramnya.

Lelaki Terkaya Di Dunia Ini Patahkah Hati Ramai Gadis Bila Berkahwin Pada 10 Ramadan lalu

Ramai yang mengikuti perkembangan beliau di laman Instragram sehingga pengikut naik mendadak daripada 5.7 juta orang pengikut pada Oktober 2017 dan menjadi 8 juta orang pada tahun ini dan pastinya akan terus bertambah.

IKLAN

Putera diraja Dubai ini lebih gembira berkongsi dengan rakyat tentang kebajikan yang dilakukannya termasuk minatnya terhadap haiwan, sukan dan travel. Beliau juga meminati fotografi dan boleh dilihat melalui paparannya di laman Instagram sehingga boleh digelar sebagai ‘Raja Instagram”.

Lelaki Terkaya Di Dunia Ini Patahkah Hati Ramai Gadis Bila Berkahwin Pada 10 Ramadan lalu

Putera kedua kepada Emir Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum ini dikagumi dan disayangi kerana bersikap sederhana, merendah diri, bijak, berbudi bahasa dan suka membantu rakyat jelata.

Beliau juga dikenali sebagai seorang yang dermawan dan prihatin akan nasib rakyatnya yang kurang bernasib baik. Sejak ditabalkan sebagai Putera Mahkota Dubai pada 1 Februari 2008, Sheikh Hamdan masih memainkan peranan aktif dalam Pusat Autisme Dubai selaku penaung kehormat.

IKLAN

Lelaki Terkaya Di Dunia Ini Patahkah Hati Ramai Gadis Bila Berkahwin Pada 10 Ramadan lalu

Nilai-nilai murni pada diri Sheikh Hamdan juga dapat terlihat apabila video viralnya beliau membantu sebuah treler 12 tayar yang terperangkap di padang pasir tular selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram dua tahun lalu.

Putera Mahkota Dubai ini menyertai kolej yang sama dengan keluarga diraja British. Beliau belajar di Rashid School for Boys dan Dubai School of Government. Kemudian telah melanjutkan pelajaran di Sandhurst Military Academy United Kingdoa (alumni Putera William dan Putera Harry).

Lelaki Terkaya Di Dunia Ini Patahkah Hati Ramai Gadis Bila Berkahwin Pada 10 Ramadan lalu

Sheikh Hamdan seterusnya melanjutkan pelajaran di  London School of Economics. Pada tahun 18 Jun 2011, beliau melawat Malaysia, dan mendapat gelaran ‘Tun’ dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sumber: The National

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI