Siapa kata nak cantik itu mudah? Setiap apa yang ingin kita laksanakan, pastikan kata kuncinya adalah RAJIN! Kulit adalah perkara paling utama yang terlihat pada wajah seseorang. Jangalah kerana sifat malas tu, kita biarkan kulit ‘menderita’. Tak semestinya usia tua, kulit pun turut sama tua!
Membersihkan wajah dari kotoran, sel-sel kulit mati, solekan dan apa sahaja yang mungkin menyumbat liang-liang atau menyebabkan wajah kusam secara umum. Bergantung pada jenis pembersih yang anda gunakan, ia juga dapat membantu merawat keadaan kulit tertentu, seperti jerawat.
Kata pengasas produk kecantikan PIXI, PETRA STRAND:
“Tidak kira semudah mana pun, saya akan tetap dengan rutin harian saya iaitu memaksimakan kesihatan kulit. A great deep cleanser, a broad spectrum SPF for daytime, a mist like Hydrating Milky Mist for weightless hydration and a duo of Pixi Tonics for day, night and even multitoning works beautifully to maintain the skin.
Saya juga menggunakan Glow Tonic pada waktu malam untuk eksfoliasi serta Rose Tonic pada waktu pagi untuk kekalkan kelembapan. Hanya tambahkan sedikit pemerah pipi dengan warna-warna segar dan you are ready to go!”
Anda mungkin boleh masukkan senarai barangan ini untuk rutin penjagaan lebih hebat dan hanya dapatkan di hujung JARI:
BRIOGEO BE GENTLE, BE KIND AVOCADO+KIWI MOISTURE SUPERFOOD MASK Smoothies paling best untuk kesihatan rambut anda! Formulasi daripada bayam, chai seeds dan coca seed butter untuk membantu mengembalikan, menstabilkan dan mengunci kelembapan yang diperlukan kulit kepala.
Ads
HUDA BEAUTY GLOW COCO HYDRATING MIST Semburan milkyinfuse daripada minyak kelapa dan air kelapa ini dapat memberi hidrasi dengan mudah pada kulit. Anda dapat rasakan kesegarannya dan dengan sekelip mata tampak lebih berseri.
SATURDAY SKIN PORE CLARIFYING TONER
Penyegar yang membantu mengurangkan kehadiran cela dengan membiarkan kulit lebih halus. Malah, ia juga mampu membuatkan warna kulit lebih sekata.
SUPERGOOP SUPERSCREEN DAILY MOISTURIZER SPF 40
Buat pertama kalinya pelembap harian anda mempunyai SPF 40 dan mengandungi hidrasi intensif untuk melindungi kulit dari sinar UV, blue light dan kekeringan.
Ads
TATCHA THE RICE WASH CLEANSER
Pembersih krim pH-semula jadi dengan campuran beras dan hyaluronic acid. Pembersih wajah yang terbaik mempunyai kelebihan untuk mengunci kelembapan dan menghalang kulit dari bakteria jahat yang merosakkan.
DRUNK ELEPHANT E-RASE MILKI MICELLAR WATER
Pembersih wajah micellar diformulasi untuk membersihkan solekan dengan mendalam serta menghilangkan kotoran, pencemaran dan bakteria pada wajah dan persekitaran mata tanpa memberi iritasi.
Ads
SMASHBOX PHOTO FINISH VITAMIN GLOW FACE PRIMER
Jangan biarkan kulit ‘terbiar’. Vitamin B,C dan E yang terkandung di dalam face primer ini memberi seri semula jadi dan menjadi skin prep untuk solekan.
ALPHA-H HYALURONIC 8 SERUM
Serum ini memberi berita baik kepada para wanita yang ingin menyingkirkan garisan halus dan kedutan pada wajah. dengan kelembapan yang ditawarkan dalam produk ini, anda tidak perlu lagi bimbang untuk keluar rumah tanpa solekan!
SAND & SKY AUSTRALIAN EMU APPLE DREAMY GLOW DROPS SERUM
Bangkitkan kulit kusam dengan serum yang memberikan anda seri semula jadi. Jangan biarkan wajah lesu lebih menonjol. Hanya sapuan ringan pada wajah dalam kombinasi bahan lima Hyaluronic Acid yang sangat berkuasa!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebelakangan ini kita asyik dengar orang bercakap tentang Intermittent Fasting. Benarkan berpuasa dengan cara ini boleh buat kita kurus dengan cepat? Intermittent Fasting adalah cara mengatur pola makanan dengan cara berpuasa dalam tempoh tertentu. Namun, diet cara ini membenarkan pengamalnya untuk minum air. Diet cara ini bukan mengurangkan pengambilan jumlah makanan tetapi mengatur bila perlu makan dan bila boleh mengelak pengambilan makanan seperti berpuasa.
7499031 – food pyramid turn into pie chart against white background
Diet cara Intermittent Fasting lebih mudah kerana boleh makan apa sahaja termasuk makanan kegemaran cuma perlu mengikut waktu yang telah ditetapkan. Namun, keistimewaan intermittent fastingini adalah pelakunya boleh memilih waktu yang sesuai dengan gaya hidupnya untuk berpuasa. Antara kaedah yang popular dan sering diamalkan adalah;
The 16/8 Method
Kaedah ini dilakukan dengan membahagikan masa 16 jam berpuasa dan 8 jam masa untuk makan. Contohnya boleh memulakan hari dengan mengambil sarapan pada pukul 7.00 pagi dan boleh makan sehingga pukul 3.00 petang. Kemudian boleh mula berpuasa sehingga 16 jam lamanya. Ini bermakna anda boleh makan semula ketika sarapan esok harinya pada pukul 8.00 pagi.
Eat-Stop-Eat
Diet dengan cara ini Nampak lebih mudah tetapi pelaksanaannya mungkin sedikit mencabar. Kaedah ini dilakukan dengan berpuasa iaitu tidak mengambil sebarang makanan selama 24 jam tetapi boleh minum air. Sebagai contoh boleh menikmati makanan sehingga pukul 7.00 petang pada hari Sabtu. Kemudian berpuasa sehingga pukul 7.00 petang hari Ahad keesokannya. Selepas berpuasa boleh kembali makan seperti biasa dengan mengambil 2,000 kalori sehari untuk wanita dan 2,500 sehari untuk lelaki. Kaedah ini menggalakkan berpuasa sehari atau dua hari dalam seminggu dan tidak boleh lebih daripada dua kali seminggu. Tidak juga dibenarkan melakukan amalan berpuasa ini dua hari berturut-turut. Walaupun hanya mengamalkan amalan berpuasa sehari seminggu dapat mencipta defisit kalori sebanyak 10 peratus. Buat permulaan jika tidak mampu melakukan selama 24 jam boleh cuba dengan cara berperingkat mengikut kemampuan tubuh.
The 5:2 Diet
Diet mengikut kaedah ini pula tidak mengehadkan pengambilan makanan seharian sebaliknya mengurangi jumlah pengambilan makanan dengan hanya 25 peratus daripada jumlah pemakanan biasa. Sebagai contoh, dua hari dalam seminggu, anda makan 25 peratus daripada rutin makan harian. Secara teknikalnya wanita hanya boleh makan dalam 500 kalori manakala lelaki pula dalam 600 kalori. Baki lagi 5 hari boleh meneruskan pola pemakanan yang biasa anda amalkan.
Tip Berjaya Dalam Intermittent Fasting
Banyak minum air kosong untuk mencegah dehidrasi sepanjang masa Intermittent Fasting.
Dicadangkan untuk mula diet puasa ketika waktu malam yang memudahkan untuk berpuasa dalam waktu tidur.
Sentiasa berpesan berpuasa bukan bermakna menahan lapar tetapi memberi tubuh berehat daripada sebarang aktiviti pencernaan.
Digalakkan untuk mula diet puasa ketika anda sedang sibuk dengan tugasan agar dapat melupakan sebentar tentang pengambilan makanan.
Usaha lebih efektif apabila diiringi dengan senaman yang bersesuaian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelmarin Nona berkongsi video tentang rahsia awet muda pengasas Arzuscarf iaitu Arzu Daud yang mengamalkan jus sayuran dalam rutin sehariannya, selain melakukan aktiviti kecergasan. Dalam usia 50-an, Arzu bukan sahaja berjaya mengekalkan kulit yang anjal bahkan kekal langsing persis anak dara.
Arzu juga kelihatan cukup bertenaga dan sihat dengan senyuman yang sentiasa terpamer di bibir. Oleh itu, untuk kelihatan awet muda seperti Arzu, apa kata kita praktikkan amalan jus sayuran ini.
Usah bimbang jika anda tiada masa untuk ke pusat-pusat kecantikan. Masih belum terlambat untuk amalkannya kerana ia pilihan yang tepat serta menyihatkan. Sebaiknya, amalkan meminum jus Arzu ini setiap pagi sebelum sarapan.
Cara Membuat:
Cuci lobak merah kemudian dipotong kecil. Aprikot dibelah menjadi dua bahagian dan dibuang bijinya. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus dan sebati. Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan segera.
Info Jus
Beta karotena pada lobak merah dan tembikai susu akan diubah menjadi vitamin A dalam badan seterusnya bermanfaat bagi menghilangkan sel kulit mati yang boleh menyumbat pori-pori kulit dan menyebabkan noda hitam. Jerawat pun tidak akan tumbuh jika jus ini diamalkan secara rutin.
Cara Membuat:
Cuci semua bahan dan dipotong kecil-kecil agar mudah hancur semasa dikisar. Perah limau nipis dan ambil airnya. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus serta sebati. Agar lebih segar, tambahkan ais ke dalamnya.
Info Jus
Olahan jus sihat untuk kulit daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar ini mengandungi Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang berperanan penting dalam proses pembersihan sel kulit mati sehingga jerawat pun tidak ‘berani’ tumbuh pada wajah.
Jus Kobis Untuk Anti Penuaan
Bahan-bahan:
4 helai daun kobis saiz sederhana
6 biji lobak merah saiz sederhana
Cara Membuat:
Bersihkan semua bahan kemudian tambahkan sedikit air. Kisar sehingga halus, hidangkan segar.
Info Jus
Kobis mengandungi beta karoten, vitamin C dan selenium yang bermanfaat untuk memperlambatkan proses penuaan serta menjadikan kulit lebih sihat. Amy Mohd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tingginya dia! Temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 nyata melonjakkan nama dan popularity atlet bola tampar Turkiye, Zehra Gunes. Mana tidaknya, bukan sekadar dikurniakan rupa paras cantik persis seorang ratu bahkan aura atlet ini juga cukup mempersona.
Sewaktu berlangsungnya sukan terbesar dunia berkenaan, Zehra Gunes menjadi tumpuan peminat sukan dan hangat diperkatakan ramai. Berusia 23 tahun, dia dilahirkan di Kartal, Istanbul pada 7 Julai 1999 dan merupakan atlet wanita Turkiye dalam sukan bola tampar.
Mana tidaknya, dengan ketinggian 197 sentimeter dan wajah jelita yang tak jemu mata memandang membuatkan Gunes meraih perhatian luar biasa. Lebih-lebih lagi sejak pasukan bola tampar wanita Turkiye menang menentang pasukan China dalam Olimpik Tokyo 2020.
Sekaligus ramai peminat sukan bola tampar mahu mengenali ahli pasukan bola tampar wanita Turkiye ini.
Gunes yang sentiasa kelihatan ceria, komited dan mudah tersenyum menyandang posisi pemain tengah pasukan atau dikenali sebagai middle blocker. Menurut portal Vakifbank Spor Kulubu, Gunes mula menceburi sukan bola tampar sejak berusia 12 tahun.
Pada awal pembabitannya sebagai atlet, Gunes pernah bermain untuk Istanbul Buyuksehir Belediyesi bagi satu musim, menyertai pasukan Besiktas pada tahun 2016-2017, mewakili VakifBank Istanbul dan kini menjadi ahli pasukan kebangsaan negara kelahirannya.
Tidak bersandar kepada kecantikan semata-mata, Gunes menikmati kejuaraan seawal usia 18 tahun. Biarpun bermain secara berkumpulan, bakat dan potensi atlet cantik ini mendapat pengiktirafan apabila dia mencatat pencapaian peribadi membanggakan apabila meraih The Best Middle Blocker dalam 2015 European Championship bawah 18 tahun, The Best Middle Blocker 2017 World Championship bawah 20 tahun, Anugerah Khas 2018 Turkish League dan The Best Middle Blocker pada 2019 FIVB Club World Championship.
Sementara itu, memetik laporan Women Volleybox pula Gunes pernah menyertai Festival Olimpik Musim Panas Atlet Belia Eropah 2015 yang diadakan di Georgina. Pasukannya turut memenangi Kejohanan Dunia bawah 23 tahun di Slovenia pada tahun 2017.
Pada Januari 2017, dia ditawarkan menjadi anggota pasukan bola tampar wanita Turkiye dan diserap masuk pada Mac 2018. Di samping berjaya mendapat tempat dalam pasukan bola tampar wanita kebangsaan, Gunes dan pasukannya memenangi pingat perak di 2018 FIVB League of Nations dan 2018 Women’s European Championship.
Difahamkan pasukan bola tampar wanita Turkiye menjadi pasukan pertama yang layak masuk Olimpik Tokyo 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun Mira Filzah merupakan selebriti terkenal tanah air dan cukup sebati dengan dunia fesyen namun aktres jelita ini mengakui ibu mentua, Datuk Mastura Yazid lebih pandai bergaya dan berani mencuba pelbagai warna dalam fesyen harian berbanding dirinya.