Wah, hujung minggu ni punyalah banyak open house! Bukan sikit, tapi dua tiga rumah juga nak pergi. Masa-masa genting inilah jerawat muncul. Bermaharajalela pula tu di atas muka.
Jangan risau. Cuba penyelesaian paling cepat untuk menghilangkan jerawat iaitu menyapu masker semula jadi buatan sendiri. Masker istimewa ini mampu merawat wajah sekali gus mengubati jerawat tanpa kesan sampingan. Malam ni, jom amalkan petua masker DIY di bawah.
Masker Pisang
Buah pisang kaya dengan antioksidan dan mempunyai peranan penting dalam memelihara kesihatan kulit wajah. Keajaiban buah pisang menjadikan jerawat hilang perlahan-lahan. Memakai masker daripada buah pisang juga memberikan rasa sejuk kepada kulit dan sesuai diaplikasi kepada semua jenis kulit.
Caranya, ambil sebiji pisang dan lumatkan. Tambah sesudu madu dan gaul sebati. Sapu rata pada wajah sebagai masker dan biarkan selama 30 minit. Bilas sehingga bersih dengan air.
Masker Anggur
Gugusan buah anggur bukan sahaja enak dimakan malah berkuasa untuk menyingkirkan jerawat. Anggur sesuai dijadikan masker kerana nutrisi vitamin A dan Emampu merawat wajah agar bebas daripada masalah kulit. Ia kaya dengan antioksidan dan berupaya melindungi wajah secara menyeluruh.
Ads
Caranya, ambil 5 biji buah anggur dan kisar sampai halus. Tambah satu sudu madu dan gaul hingga sebati. Sapu ke seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air suam sehingga bersih. Mudah bukan?
Masker Nanas
Buah nanas kaya dengan enzim Bromelain yang membantu proses pembaharuan kulit. Enzim ini juga membantu menyingkir jerawat sehingga ke bahagian akar. Jadi, jerawat tidak akan mudah timbul pada kulit yang telah disapu dengan nanas.
Langkah penyediaannya juga sangat mudah iaitu dengan mengisar hirisan nanas. Tambah sedikit madu agar komposisinya mudah melekat di kulit. Sapu masker pada bahagian yang berjerawat dan biarkan seketika. Bilas bersih dan kulit akan bebas daripada sebarang jerawat.
Ads
Masker Manggis
Buah manggis semakin menjadi pilihan rawatan kecantikan. Ekstrak kulit manggis sangat berkesan untuk menyingkir jerawat yang timbul di permukaan kulit.
Caranya, anda boleh mengoles terus ke bahagian kulit wajah atau merebus kulit manggis terlebih dahulu. Air rebusan kulit manggis boleh digunakan sebagai masker atau mencuci wajah.
Masker Strawberi
Ads
Buah strawberi yang ranum memang manis jika dimakan.Ia juga berupaya menyingkirkan jerawat namun tidak boleh bertindak sendirian. Gabungan buah strawberi, madu dan lemon sangat berkuasa untuk menghapuskan jerawat. Selain kaya dengan sumber antioksidan, buah strawberi juga mengandungi asid salicylic yang merupakan bahan utama dalam produk menghapuskan jerawat.
Untuk membuatnya, ambil 3 biji buah strawberi sederhana besar dan kisar hingga lumat. Masukkan satu sudu madu dan perah sedikit lemon. Sapu ke bahagian berjerawat dan biarkan seketika. Bilas sehingga bersih dengan air suam.
Masker Lemon
Buah lemon memang terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Ia kaya dengan vitamin dan sumber antioksidan, sekali gus membuatkan lemon sebagai antara ramuan penting dalam produk kecantikan.
Anda juga boleh membuat masker dengan memerah sebiji buah lemon dan ambil jusnya. Campur dengan satu sudu madu dan gaul sebati. Sebelum menyapu masker ini, bersihkan wajah dengan air suam terlebih dahulu. Bilas dengan air sejuk dan lap dengan tuala lembut.
Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika seseorang itu memiliki rambut yang kuat dan sihat, penampilannya bukan saja terlihat segar bahkan menarik. Tahap keyakinan juga tinggi contohnya ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.
Jika anda seorang yang tidak gemar ke salun rambut serta memilih cara semula jadi untuk merawatnya, anda boleh memilih salah satu daripada tiga cara yang dikongsikan ini. Mulakan usaha dengan menghasilkan masker rambut semula jadi anda sendiri hari ini.
(1) MASKER TELUR
Sediakan sebiji telur kemudian pukul bersama minyak kelapa dan minyak zaitun. Seterusnya campurkan 1 sudu besar madu asli. Lenyek sebiji pisang hingga halus kemudian masukkan ke dalam bahan telur tadi. Kacau sebati hingga ia kelihatan seperti susu pekat. Setelah itu sapu rata pada rambut dan biarkan 20 minit. Bilas dengan syampu dan air bersih.
Lakukan secara rutin 3 kali seminggu bagi hasil maksimum. Setelah melakukannya selama beberapa minggu, vitamin semula jadi ini akan bekerja pada rambut hingga ia menjadi lebih sihat, berkilau, tidak mudah rapuh dan tidak berkelemumur.
(2) MASKER PISANG
Sediakan pisang bersama 200ml air bersih, 3 sudu besar mayonis dan 2 sudu besar madu. Sediakan juga minyak zaitun, minyak kelapa dan minyak jojoba. Masing-masing 1 sudu besar. Campur semua bahan dan kisar halus.
Kemudian sapu rata pada rambut. Biarkan selama 20 minit lalu lalu dibilas disertai syampu hingga bersih. Lakukan 3 kali seminggu secara teratur. Masker ini bagus untuk mengatasi rambut kering dan kusam.
(3) MASKER AVOKADO
Masker ini sangat bagus sebagai vitamin rambut semula jadi kerana avokado sangat kaya dengan vitamin E yang penting untuk rambut agar menjadi lebih kuat dan halus.
Ambil isinya setengah daripada sebiji avokado kemudian haluskan. Campur dengan 1 sudu besar minyak kelapa, 1 sudu besar minyak zaitun dan 100ml air. Gaul sebati lalu sapu ke seluruh rambut. Biarkan selama 25 minit. Cuci rambut serta syampu hingga bersih. Amy Mohd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
26 Mac lepas usahawan muda yang juga Instafamous, Asyalliee telah selamat melahirkan anak keduanya di sebuah hospital swasta. Memang comel sangat bayi perempuan Asya dan suami, Eboy Arbaain…. mewarisi wajah bapanya dan kulit gebu kemerahan ibu tersayang. Difahamkan bayi comel yang diberi nama Siti Helena Adrianna dilahirkan pada pukul 11.31 pagi dengan berat 3.31 kg.
Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi yang dikagumi ramai kerana rupa paras cantik dan kejayaan yang dikecapinya sebagai usahawan, sekali lagi menarik perhatian terutamanya dalam kalangan peminat dan para ibu selepas pendedahan Asya mengenai berat badan terkini beliau. Tak sampai dua minggu bersalin tapi penurunan berat badan ibu dua anak ini memang mengejutkan.
Puteri kesayangan Asya & suami, Siti Helena Adrianna
Kongsi Asya, “Hari ni dah masuk ke 10 hari berpantang tapi saya sudah berjaya turun 9 kg. Mana tidaknya, setiap hari saya berurut, bertungku, bersauna, mandi herba, makan makanan yang sihat-sihat sahaja dan pakai bengkung. Ada 34 hari lagi untuk berpantang, maknanya boleh la dapat berat 50 kg balik ni.”
Mengamalkan menu pantang seimbang kombinasi nasi, sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan… Asya yang mempunyai anak sulung lelaki iaitu Haider Mikhael, seorang wanita yang sangat mementingkan penjagaan semasa berpantang termasuk soal makanan. Apa saja yang dikatakan baik dan bermanfaat untuk tubuh, dia akan ambil walaupun tidak pernah makan sebelum ini.
Bersama anak sulung, Haider Mikhael
Menceritakan detik kelahiran puteri kesayangan, Pengasas Loveliee ini bersyukur melahirkan anak keduanya tepat pada usia kandungan 39 minggu. “26 Mac 2019 dah masuk labour room pukul 7 am. Doktor check bukaan dah 8 cm dan bermula la contraction kuat datang melanda diriku ini.
Memula boleh kawal lagi sambil berzikir ‘La illahailla anta subhanaka inni kutum minaz zolimin’. Pastu contraction makin kuat dah jadi macam orang gila dah masa tu tahan dia punya sakit.
Then sister check bukaan dah 9 cm. So nak kawal diri tak dapat dah, sister bacakan surah sambil usap belakang badan. Duk tahan punya tahan mommy nak meneran dah, sister check 10 cm. Meneran la mommy selama lima minit then keluarlah cinta hati mommy pada pukul 11.31am.”
Baru dua hari upload video sebelum dan semasa kelahiran Siti Helena Adrianna di YouTube Channel miliknya Asyalliee Ahmad… sehingga ke hari ini video tersebut sudah hampir mencecah 200 ribu tontonan. Luar biasa aura Asyalliee. Teringat lagi waktu dia mula terkenal dengan jolokan nama Syasya Solero.
Di kala usianya baru mencecah 21 tahun, Asyalliee sudah memiliki segala-galanya. Suami yang penyayang, anak comel, perniagaan, populariti dan kesenangan hidup. Jadi tidak hairanlah mengapa dia sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda hari ini.
Kredit: Instagram Asyalliee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam usia perkahwinan Aidil Zafuan Abdul Razak dan isteri tercinta iaitu Zarema Zainal sudah pun menjangkau usia sembilan tahun. Pastinya pasangan ini telah melalui bermacam-macam dugaan sepanjang bergelar suami isteri namun kedua-duanya dilihat tampil ‘low profile’ dan bahagia dengan cara tersendiri.
Walau hampir sedekad berkongsi kisah suka dan duka bersama-sama, bintang bola sepak popular dan Zarema tetap romantis seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.
Apatah lagi dengan kehadiran tiga cahaya mata comel yang menyerikan lagi rumah tangga mereka. Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan kegembiraan seisi keluarga ini
melainkan dengan memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi atas segala kurniaan yang telah diberikan.
14 Mac lepas genap sembilan tahun perkahwinan Zarema dan Aidil. Masih segar lagi majlis perkahwinan pasangan tersebut yang serba mewah dan eksklusif!
Ternyata, Aidil cukup bertuah kerana dikurniakan seorang isteri yang bukan saja penyayang. Bahkan memiliki raut wajah cantik dan lembut yang membuatkan sesiapa saja tertawan dengan personaliti Zarema.
Lebih istimewa, Zarema menjadi tulang belakang dan setia menyokong kerjaya sukan suami tercinta. Suri hati Aidil juga bukan calang-calang wanita kerana dia merupakan seorang anak kenamaan di Klang, Selangor.
Sebelum ini Zarema Zainal pernah mendedahkan di media sosial mengenai perkenalan dia dan suami selepas diajukan pertanyaan daripada peminat.
Kata ibu anggun ini, mereka bertemu di rumah kakak iparnya ketika majlis cukur jambul anak saudara. Zarema terharu dengan kesungguhan Aidil yang berani berjumpa abang-abangnya yang disifatkan garang.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang zuriat iaitu Ayres Zachary, Ayden Zeeyad dan Ayzeza Zelyca. Semoga rumah tangga Zarema dan Aidil berkekalan hingga ke syurga.
Terdahulu Aidil pernah berkahwin dengan aktres Rita Rudaini dan dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.