Jangan stres. Tak perlu malu untuk meminta bantuan. Kibarkan saja bendera putih. Biarkan orang lain membantumu… Impak pandemik sejak awal tahun lalu hingga kini telah banyak melumpuhkan kehidupan masyarakat di Malaysia, terutama bagi mereka yang terjejas pendapatan dan kehilangan pekerjaan.

IKLAN

Justeru itu, USANITA Sdn Bhd turut mengambil inisiatif menghulur tangan dalam kempen Program Bantuan Lockdown Bersama Usanita terutama dalam krisis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 yang semakin ketara menyaksikan ekonomi rumah tangga yang lumpuh.

USANITA TAK MAMPU MELIHAT PENDERITAAN BERTERUSAN – Datin Adzliana

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Adzliana Dato Sri Hasan, Program Bantuan Lockdown Bersama Usanita memberi fokus kepada golongan sasaran yang terdiri daripada ibu tunggal, asnaf dan wanita-wanita yang terkesan oleh pandemik ini. “Kami tak mampu untuk melihat penderitaan berterusan mereka yang terjejas dek pandemik Covid-19 dan kami cuba semampu mungkin membantu menerusi ini terutama sepanjang PKPD. Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan bebanan mereka.

Setakat ini kami fokus di Kuala Lumpur dengan kerjasama bahagian tertentu seperti Pandan dan Setapak yang menyenaraikan nama-nama mereka yang memerlukan bantuan. Bantuan berupa barangan dapur dan sedikit tunai,” kata Datin Adzliana ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada asnaf dan ibu tunggal di Pandan Indah.
Usahawan dan aktivis sosial itu juga memberitahu, USANITA turut merancang untuk meluaskan kawasan bantuan dari masa ke semasa bergantung kepada peruntukan dan keperluan golongan sasaran.

USANITA TAK MAMPU MELIHAT PENDERITAAN BERTERUSAN – Datin Adzliana

IKLAN

Jelas Datin Adzliana lagi, “Banyak NGO yang turut menghulurkan bantuan ketika negara sedang ditimpa musibah ini dan kami di USANITA tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama mengurangkan beban mereka yang terkesan dan terjejas ekonomi sehingga dapur tidak berasap. Pandemik ini mengajar kita tentang perikemanusiaan, saling membantu dan mengangkat amalan sedekah ke tahap yang lebih tinggi. Semoga apa yang kami lakukan ini bukan sahaja menolong golongan sasaran, malah sebagai tugas kewajipan sesama manusia. Saya percaya, walaupun sesebuah sumbangan itu kecil tetapi ia besar maknanya kepada mereka yang menerima dan memerlukan. Lagipun bersedekah tidak akan menjadikan kita miskin,” katanya.

USANITA TAK MAMPU MELIHAT PENDERITAAN BERTERUSAN – Datin AdzlianaUSANITA TAK MAMPU MELIHAT PENDERITAAN BERTERUSAN – Datin Adzliana

IKLAN

Selain Program Bantuan Lockdown Bersama Usanita, syarikat ini juga bekerjasama dengan majalah Nona dalam Pencarian Nona Superwoman bagi melahirkan usahawan-usahawan wanita berkaliber. Pencarian ini sedang berlangsung sejak Jun lalu dan bakal disiarkan di Astro Prima tidak lama lagi.

Jelas, usaha pihak USANITA ini banyak membantu peniaga-peniaga di kalangan B40 dan M40. Melalui usaha yang dilaksanakan oleh USANITA, insyaAllah ianya dapat menggabungkan ilmu dan kepakaran ahli-ahlinya untuk menggalakkan pertumbuhan nilai jaringan ekonomi dan dapat menyumbangkan kepada keharmonian negara. Kepelbagaian program dan inisiatif diwujudkan kepada golongan sasar dengan menghubungkan cabang-cabang kepakaran ahli-ahli USANITA demi kebaikan bersama.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI