Memasuki 19 Minggu Kehamilan, Chryseis Tan Teruja Hamil Anak Ke 2

Anak jutawan dan usahawan terkemuka, Chryseis Tan berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia dan suami, SM Faliq Nasimuddin bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Di dalam perkongsian tersebut, pewaris Kumpulan Berjaya ini mengenakan sehelai dres hitam dalam memegang ‘baby bump’. Difahamkan, Chryseis Tan berada di trimester kedua kehamilannya dan kandungan memasuki minggu ke 19.


Baik Chryseis mahupun suami tersayang amat teruja dengan berita kehamilan kedua ini namun meletakkan sepenuh perhatian terhadap perkembangan puteri mereka, Arianna.

Dalam satu sesi temuramah kira-kira dua tahun yang lalu, Chryseis pernah mendedahkan bahawa Faliq ingin memiliki 5 orang cahaya mata. Tetapi setelah berbincang, pasangan ini sepakat meletakkan angka tiga sebagai noktah untuk memiliki cahaya mata sebagai penyeri perkahwinan mereka.


CEO Berjaya Times Square dan pengasas LUMI ini pernah berkongsi mengenai perjalanan kehamilan sulungnya dimana dia terpaksa melalui proses C-section semasa melahirkan Arianna.


“Syukur kerana Faliq sentiasa berada di samping saya ketika melalui proses kelahiran Arianna. Malah, dia juga banyak membantu saya melalui proses berpantang dan menjaga Arianna setiap masa dan ia merupakan sesuatu yang istimewa buat diri saya,” ujar Chryseis.

Untuk rekod, Chyrseis mendirikan rumah tangga dengan pewaris Naza Group, Faliq Nasimuddin pada 4 Februari 2018. Majlis perkahwinan pasangan ini telah diadakan secara gilang gemilang di The Chataeau, Bukit Tinggi, Pahang. Pasangan ini juga telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel, Arianna Kyla Tan pada 16 Julai 2020.

IKLAN
Share