Banyaknya kerja rumah. Mencuci kain, menjemur, mengangkat kain jemuran dan melipat. Esok pula nak kerja, banyak baju perlu digosok. Ramai wanita baik suri rumah atau berkerjaya, cuba mengelak dari menggosok pakaian. Tapi ada tips yang boleh anda praktikkan!
Gunakan meja menggosok sepenuhnya
Ketika menggosok seluar, letakkan sebelah bahagian seluar di atas meja gosok. Untuk mengemaskan bahagian tepi seluar, guna cara lipatan yang betul dan gosok keseluruh di atas meja gosok. Sisi meja gosok pula boleh digunakan untuk menggosok bahagian lengan. Masukkan saja lubang lengan pada hujung meja.
Hilangkan tanda besi dengan cuka
Jangan stres jika terdapat tanda besi pada pakaian akibat kesalahan anda menggosok pakaian. Hanya celupkan kain bersih ke dalam cuka dan sapukan pada tanda kotoran. Pastikan anda menggunakan kain bersih setiap kali menyapu cuka agar kotoran tidak menjadi lebih teruk. Akhir sekali, lap dengan air sejuk.
Gunakan Teknik menggosok
Menggosok secara memanjang dan lurus. Elakkan gosok secara circular kerana boleh menyebabkan fabrik meregang atau stretch. Ia juga boleh menimbulkan tanda besi seterika pada pakaian.
Ads
Didih air semburan
Biasanya anda akan menggunakan semburan air untuk melancarkan ‘proses’ menggosok. Apa kata didihkan dahulu air semburan sebelum digunakan. Jika anda menggunakan seterika elektrik, tunggu sehingga airnya mendidih sebelum digunakan.
Gosok sekitar perhiasan
Biasanya kita akan mengelak bahagian zip dan butang ketika menggosok. Begitu juga terhadap sekuin, glitter dan renda kerana akan meninggalkan kesan pada perhiasan busana. Kalau masih perlu, terbalikkan baju dan gosok pada bahagian dalamnya.
Ads
Ikut turutan
Ada sesetengah pakaian mudah digosok tanpa perlukan langkah demi langkah. Tetapi jika menggosok kemeja, mulakan dari bahagian kolar, lengan depan dan belakang, bahagian belakang baju dan akhir sekali bahagian depan. Cepat dan mudah!
Gunakan bobby pin
Bila menggosok skirt pleated, gunakan bobby pin pada lipatan. Ia memudahkan anda untuk menggosok dengan lancar tanpa perlu menyusun satu per satu.
Posisi meja gosok perlu sesuai!
Ads
Ubah ketinggian meja gosok mengikut ketinggian dan kesesuaian anda sebelum mula menggosok. Jangan sampai anda terlalu membongkok atau terlalu jauh dari kedudukan menggosok. Takut nanti anda mula sakit pinggang.
Gosok satu sisi
Ini adalah teknik bijak. Sekiranya anda sudah menggosok satu bahagian, sebagai contoh bahagian belakang, mungkin anda tidak perlu lagi menggosok bahagian depan dan sebaliknya. Ikut pemerhatian mata anda agar dapat memudahkan proses menggosok dan menjimatkan masa.
Elak gosok baju kotor
Sebelum memasukkan baju ke dalam mesin basuh, pastikan kekotoran pada baju dibersihkan terlebih dahulu. Mula menggosok, pastikan pakaian anda bersih. Jika kehangatan seterika terkena pada bahagian yang kotor, ia akan meninggalkan kesan dan sukar ditanggalkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki Maya Karin! Siapa sangka, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 membuka ‘pintu rezeki’ baharu buat aktres jelita ini. Kreatif menjana pendapatan pada saat golongan artis berdepan detik sukar kerana tiada tawaran seni disebabkan penularan Covid-19, Maya meraih untung luar biasa apabila berniaga burger bakar keluarannya ketika itu.
Ditemui media baru-baru ini, Maya Karin berkata dia bakal menyambung semula perniagaan makanan burger bakar pada hujung tahun ini.
Ia merupakan bisnes yang diusahakan milik bintang filem Puntianak Harum Sundal Malam tersebut ketika pandemik Covid-19 melanda negara kira-kira dua tahun lalu.
Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke memberitahu hasrat untuk membuka kembali bisnes berkenaan kerana permintaan pembeli yang menggemari burger istimewanya itu.
Penjualan burger bakar dihentikan ketika ia semakin dikenali dan mendapat sambutan menggalakkan.
Malah, waktu itu Maya turut merancang membuka cawangan kedua namun tidak dapat direalisasikan atas sebab tertentu.
Ujarnya, “Ya, saya berharap dalam hujung tahun ini mungkin akan mulakan kembali perniagaan burger bakar. Sebelum ini saya berehat kejap sebab nak susun perancangan yang lebih rapi.
Pada mulanya sekadar main-main sahaja tetapi secara tiba-tiba mendapat sambutan meletup pula. Tak sangka sebab hanya buat sekadar hobi.
Ramai yang bertanya dan minta untuk teruskan perniagaan ini sampai ada yang nak tawarkan ruang meniaga percuma.”
Maya turut menjelaskan sepanjang mengusahakan bisnes tersebut dia meraih pulangan lumayan.
Dalam sehari, dia menerima 200 hingga 300 tempahan daripada seorang pelanggan. Untuk itu, dia perlu rancang bisnes ini sebaik-baiknya demi memastikan kualiti burger bakar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin menginjak usia, makin terserlah kejelitaan milik Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’. Beliau yang merupakan puteri bongsu Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu ini kian menarik perhatian khalayak dengan aura dan pesonanya.
YAM Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin menyambut ulang tahun keputeraan ke-21 pada 19 April lepas.
Ke mana saja pergi, penampilan anakanda KDYMM Sultan Mizan dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah ini pasti menjadi tumpuan lensa kamera.
Beliau menjadi bualan warga maya selepas video memaparkan dirinya ketika menghadiri Islamic Fashion Festival pada 20 November lalu.
Beliau kelihatan cukup anggun berbusana tradisi indah rona merah jambu dan sentiasa mengukir senyuman manis.
Sekaligus terserlah sisi penuh kelembutan dan sesiapa saja yang memandang pasti tertawan dengan pesona puteri diraja Terengganu Darul Iman berkenaan.
YAM Tengku Puteri Daulath Raja memiliki tiga orang kekanda iaitu YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Dato’ Seri Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az.
16 Ogos lalu, beliau bersama YAM Tengku Puteri Utama Raja yang juga Pengerusi Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) berkenan melawat bengkel songket dan bengkel batik di Penjara Marang.
Untuk info, Tengku Fatimatuz Zahra’ dikurniakan Darjah Kemuliaan dan gelaran Tengku Puteri Daulath Raja menurut Adat Istiadat Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 Julai 2019 bersamaan 19 Zulkaedah 1440 Hijrah.
Gelaran itu dikurniakan ayahandanya, KDYMM Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Tumpang bangga tengok kejayaan Dato’ Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau mesra di sapa Dato’ Alha Alfa. Bermula dengan minat terhadap seni solekan dan kemudian menjadi makeup artist, kini beliau bukan hanya mengusahakan lebih daripada satu outlet jenama Alha Alfa Cosmetics bahkan berstatus jutawan!
Sepanjang pernah bekerja dengan figura ini, penulis menyifatkan Dato’ Alha seorang yang cukup disiplin dan menepati masa. Biarpun semakin maju dalam berniaga dan berpangkat VIP namun peribadi Dato’ Alha tetap sama seperti dulu yang terkenal dengan sifat rendah diri.
Enggan mendabik dada dengan kurniaan rezeki yang diterimanya hari ini, Dato’ Alha dalam temu bual bersama Nona baru-baru ini terbuka berkongsi sisi hidupnya sebelum berjaya. “Saya mula terlibat dengan dunia mekap ini ketika belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak. Waktu itu roommate saya pelajar fotografi. Jadi mereka ada tugasan untuk shoot model dan memerlukan makeup artist.
First mekap yang saya iaitu ekor burung merak di bahagian mata untuk final project roommate saya tadi. Alhamdulillah, gambar yang diambil berjaya masuk galeri UiTM dan menarik minat pensyarah. Dari situ saya mula dapat networking dan mereka mula minta saya mekap. Memandangkan duit PTPTN yang saya dapat tak cukup untuk pengajian, saya terima kalau ada yang minta untuk mekap.
Waktu itu bapa kerja tukang kebun dan ibu pula cuma jaga anak orang. Bawah saya ada lagi dua adik dan kakak pun masih belajar di universiti. Sebagai anak kedua, saya rasa takut untuk susahkan ibu ayah dan minta duit daripada mereka. Bila ada yang minta khidmat saya untuk mekap, memang saya mengaku takut letak harga sebab belum pernah buat. Jadi saya cuba letak harga RM30 je.”
Tambah pengasas Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd ini lagi, “Sejak tu, tiap hujung minggu saya dah ada job. Saya akan siapkan assignment awal-awal. Sudahnya duit mekap yang saya kumpul sampai boleh bagi dekat ibu ayah. Dari situ saya nampak yang mekap ni boleh buat duit. Selain duit tu saya guna untuk tampung belajar, saya juga share dengan kawan-kawan yang susah.
Lama kelamaan, lecturer minta saya mekapkan penari UiTM Seri Iskandar untuk satu persembahan di UiTM Shah Alam. Bayangkan dari Perak saya perlu mekap berpuluh orang penari sebab bila mereka sampai je di Shah Alam, terus kena perform. Sampai Shah Alam saya terus muntah sebab mekap mereka sepanjang dalam bas.”
Tidak pernah mempelajari asas solekan mahupun mengikuti sebarang kelas mekap, Dato’ Alha bersyukur kerana dikurniakan Allah SWT bakat semula jadi. Selain berbakat dalam solekan, beliau juga ada bakat memasak, menghias dan buat kek. Pendek kata, macam-macam benda boleh buat.
Dedah Dato’ Alha yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Hiasan Dalaman atau interior design, ilmu yang dipelajari sedikit sebanyak membantu dirinya dalam bidang solekan terutama melibatkan kombinasi sesuatu warna. “Waktu belajar memang saya sukses. Setiap semester dapat Anugerah Dekan dan Best Student sampai berpeluang pergi ke Beijing.
Jenis saya, kalau dah minat memang akan buat betul-betul. Dulu tak terfikir langsung pun nak jadi usahawan kosmetik atau makeup artist. Dulu nak jadi landscaper sebab tengok ayah tukang kebun. Iyalah, masa tu masih muda dan saya cuma nampak macam mana nak bantu ayah cantikkan lagi landskap.”
Walau pada mulanya beliau cuba menyembunyikan kerjaya sebagai makeup artist daripada pengetahuan keluarga namun Dato’ Alha akur memaklumkan perkara tersebut kepada kedua-dua ibu bapa. “Lepas dah tahu, mereka tak marah sebaliknya supportive. Kadang ibu tolong sediakan keperluan mekap. Ayah pula tolong campurkan warna-warna untuk hasilkan efek yang lebih real. Ayah pun ada darah seni dan banyak membantu.
Sepanjang saya belajar UiTM Perak, ayah baru jadi tukang kebun. Sampai saya dah jadi makeup artist pun masih lagi kerja tukang kebun. Dari dulu sampai sekarang kalau ada job mekap, memang saya praktikkan ambil sejumlah duit yang saya dapat dan ‘letak tepi’ untuk bagi ibu ayah. Dalam fikiran saya, kalau ada job mekap mesti ada duit untuk parents aku. Kalau balik tak tinggalkan duit untuk mereka, baik tak payah balik. Sampai macam tu sekali.
Jadi mereka dah ada duit gaji tiap bulan. Saya juga pesan dekat kakak yang jaga company, tiap-tiap bulan mesti ada duit untuk ibu ayah. Yang buatkan saya lebih semangat pergi kerja, fikir kalau malas mak ayah aku tak ada duit. Memang saya lebihkan mereka sebab kami pernah hidup susah.”
Ditanya bagaimana terdetik idea untuk berniaga kosmetik, ini jawapan telus Dato’ Alha. “Dari dulu saya banyak promote produk orang. Sampai satu tahap dan sedar pengaruh yang saya ada, saya terfikir untuk keluarkan produk kosmetik sendiri. Jadi saya pun pergi ke kilang dengan ditemani kakak dan abang ipar. Dulu kilang cuma setuju keluarkan produk minimum 10,000 unit dan buat R&D sendiri yang kos dia cecah RM50 ribu.
Dengar je macam tu, saya terus ajak kakak balik. Saya pula takut nak pinjam duit sebab takut berhutang. Selama bertahun-tahun kakak yang urus duit saya. Iyalah kakak sendiri, memang kita percaya tak terfikir dia tipu adik sendiri. Tiap kali saya habis job mekap dan orang bank in duit ke kakak, dia akan terus bagi duit dekat saya. Memang saya tak persoal berapa saya dapat dan percaya dengan kakak selama bertahun.
Satu hari kami pergi ke kilang lagi dan pulang hampa sebab tak mampu keluarkan produk. Kakak tanya betul ke saya nak produk mekap ni. Sudahnya dia beritahu sepanjang bertahun jaga duit mekap saya, dia dah sorok dan simpan banyak duit yang saya ada sebenarnya sebab dia tak nak saya boros. Duit yang kakak simpan tu cukup untuk buat modal produk.
Kami jumpa balik dengan orang kilang dan terus buat. Seribu botol pertama yang keluar tu memang dah ada pembeli. Dari bungkus parcel sendiri dan kemudian keluarga kena tolong sampai beribu-ribu parcel kena urus, lama-lama kakak kata dah patut ada company. Alhamdulillah, kini saya dah ada 80 orang staf, stokis dan agen di seluruh Malaysia.”
Perancangan Allah SWT untuk Dato’ Alha nyata tersusun indah. Berkat kerja keras, sikap beliau yang sering mengutamakan ibu bapa dan adik-beradik pastinya menjadi salah satu ‘resipi’ kejayaan beliau hari ini. Tambahan pula, sikap dermawan Dato’ Alha yang suka membantu golongan susah tanpa mengira bangsa mahupun agama. Semoga perkongsian Dato’ Alha ini menjadi suntikan semangat dan inspirasi untuk berjaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, tahniah buat Afifah Nasir dan Syed Hariz atas kelahiran cahaya mata sulung mereka baru-baru ini. Sejak hari pertama disahkan hamil, pasangan ini cukup teruja menjadi ibu bapa dan amat menanti-nantikan kelahiran permata hati kesayangan ...