Miliki Kasut Lebih 4 Pasang Di Rumah WAJIB Baca, Tak Sangka Beri Kesan Alam Sekitar

92

Siapa ada kasut lebih daripada 4 cepat mengaku! Tukang tulis ini pun terpaksa angkat tangan mengaku ada kasut lebih daripada 4. Itupun rasa macam tak cukup jer dan ada hati nak tambah koleksi kasut. Tak cukup simpan kat rumah, kereta menjadi mangsa tempat simpan kasut dan dalam diam simpan kasut bawah meja di opis.

Rupa-rupanya sikap mempunyai banyak kasut ini TIDAK SIHAT. Menurut Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, satu orang hanya perlu 4 pasang kasut sahaja.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian ini, Prof Madya Dr Ramzah Dambul, saranan ini disuarakan kerana proses pembuatan dan penghasilan sepasang kasut di kilang menyumbang kepada pencemaran dan mengurangkan sumber alam.

“4 pasang kasut ini, dua pasang untuk digunakan ke tempat kerja. Sepasang untuk tujuan santai dan sepasang lagi bagi bersukan.

Semakin banyak kita memiliki kasut, semakin banyak pencemaran dihasilkan. Sebenarnya kita adalah penyumbang kepada pencemaran alam, perubahan iklim dan kepupusan biodiversiti,” katanya di Wacana Sinar Harian ke-93 Perubahan Iklim dan Kehilangan Biodiversiti: Terjejaskan Rakyat beberapa hari lalu.

Menurut Dr Ramzah perubahan iklim juga tirut disumbang oleh tekanan udara yang meningkat hasil pelepasan gas asing dalam kadar tinggi. Tambahnya lagi perubahan iklim berlaku akibat perbuatan manusia dan kesan yang kita hadapi kini adalah tindakan tidak bermoral manusia terdahulu.

Mahukah kita pula menjadi manusia yang tidak bermoraluntuk generasi akan datang. Jadi bertindak secara rasional dan lindungan alam sekitar dengan tindakan sewajarnya.

Sumber: Sinar Harian

Jangan Lupa Komen