Datin Fouziah Gous

Amboi, makin menjadi-jadi perniagaan produk kesihatan Datin Fouziah Gous! Bangga tengok wanita Malaysia yang juga selebriti dan pelakon berbakat besar ini mampu merencana bisnes sarang burung miliknya dengan begitu berjaya. Iyalah, siapa sangka bermula dengan hanya menjadi perunding pembinaan rumah sarang burung bagi pasaran Melayu… isteri Dato’ Zafran ini akhirnya bergelar pengasas minuman kesihatan sarang burung dan meraih pendapatan lumayan. Kalau dihitung permintaan dan sambutan yang diterima, penulis percaya jualan FG Walet mampu cecah sampai tujuh angka!

IKLAN

Berkongsi perkembangan terbaru empayar FG Walet pada 12 November lalu, ibu dua anak ini meluahkan rasa syukur atas kerjasama FG Walet dengan Circle K Vietnam iaitu rangkaian kedai serbaneka terkenal yang mempunyai ratusan outlet di seluruh dunia. Ujar Datin Fouziah, “Secara rasminya hari ini, FG Walet akan berangkat ke Vietnam. Alhamdulillah dengan izin Allah FG Walet terpilih oleh Circle K di Vietnam yang mempunyai lebih daripada 300 outlet. InshaAllah, kami akan berada di setiap outlet Circle K di Vietnam.

Syukur sangat tak terhingga kepada Allah yang memberikan rezeki yang tak putus-putus dan ini adalah botol FG Walet dalam bahasa Vietnam yang telah pun kami eksport ke sana dan saya rasa bertuah sangat. Semuanya bermula dengan sokongan anda. Thank you so much Malaysia and this is what i’m looking for untuk penetrate other country. InshaAllah kami akan pergi merantau dengan izin Allah doakan kami boleh penetrate all over the world.

Minuman Sarang Burung FG Walet Tembus Pasaran Vietnam, DATIN FOUZIAH GOUS Rancak Bina Legasi!Minuman Sarang Burung FG Walet Tembus Pasaran Vietnam, DATIN FOUZIAH GOUS Rancak Bina Legasi!Minuman Sarang Burung FG Walet Tembus Pasaran Vietnam, DATIN FOUZIAH GOUS Rancak Bina Legasi!Terima kasih atas doa dan sokongan anda yang tidak pernah putus dan saya berjanji saya akan berikan yang terbaik. Bukan semata-mata keuntungan tapi satu produk yang memberi manfaat kepada kita semua.”

April lalu, Datin Fouziah melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya melancarkan mesin minuman kesihatan nombor satu di Malaysia ketika menyertai Malaysia International Halal Showcase (MIHAS). Mesin inovasi pertama di Malaysia ini dilengkapi dengan LCD display yang unik selain mengetengahkan segala informasi mengenai FG Walet termasuk khasiat yang terkandung di dalam minuman kesihatan berkualiti tinggi ini.

Minuman Sarang Burung FG Walet Tembus Pasaran Vietnam, DATIN FOUZIAH GOUS Rancak Bina Legasi!Minuman Sarang Burung FG Walet Tembus Pasaran Vietnam, DATIN FOUZIAH GOUS Rancak Bina Legasi!

https://www.instagram.com/p/B4wgtw4Atmn/

Minuman Sarang Burung FG Walet Tembus Pasaran Vietnam, DATIN FOUZIAH GOUS Rancak Bina Legasi!
Di samping suami dan ibu mentua

Minuman Sarang Burung FG Walet Tembus Pasaran Vietnam, DATIN FOUZIAH GOUS Rancak Bina Legasi!

IKLAN

Tidak cukup dengan itu, ia juga dicipta dengan teknologi terkini yang memudahkan proses transaksi pembayaran sama ada menggunakan wang tunai mahupun pembelian ‘wave’
kad kredit atau debit daripada mana-mana bank.

Dengar khabar, mesin minuman kesihatan FG Walet ini turut diletakkan di lokasi-lokasi tumpuan pengunjung seperti di pusat membeli-belah, lapangan terbang, stesen keretapi dan bas serta kawasan rehat dan rawat bagi memudahkan orang ramai mendapatkan minuman berkhasiat FG Walet.

IKLAN

“Saya tahu, ramai orang melayu ingin buat bisnes ini tetapi tidak berjaya. Saya seorang yang sukakan bidang pertanian. Jadi, saya belajar mengenai sarang burung ini dan mula jatuh cinta. Kebetulan, saya ada masalah kulit dan memang makan sarang burung yang dijual di kedai-kedai. Saya perasan semua kedai yang saya pergi tidak menjual sarang burung yang sebenar tetapi hanyalah fungus.

Minuman Sarang Burung FG Walet Tembus Pasaran Vietnam, DATIN FOUZIAH GOUS Rancak Bina Legasi! Minuman Sarang Burung FG Walet Tembus Pasaran Vietnam, DATIN FOUZIAH GOUS Rancak Bina Legasi!

Dari situ saya nekad menjadi salah seorang perintis yang buat the real bird nest sebab saya tahu tiada satu pun yang jual sarang burung tulen. Untuk buat semua ini bukan mudah. Saya perlu belajar dengan lebih mendalam dan ia mengambil masa yang agak panjang memandangkan ketika itu saya masih aktif berlakon”.

Sedang sibuk menjalani penggambaran drama Sara Sajeeda dan menjadi hos rancangan, Datin Fouziah bagaimana pun masih punya masa untuk mengurus dan memantau perjalanan bisnes ini. Kagum dengan cara beliau membahagikan masa antara keluarga, kerjaya dan perniagaan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI