Alhamdulillah, Ella dan Datuk Amy Search serta pasangan masing-masing selamat tunai ibadah haji tahun ini. Berangkat ke Tanah Suci beberapa hari sebelum menjelang 10 Zulhijjah, kedua-dua lagenda rock terkenal tanah air ini tidak mendedahkan pemergian mereka sebagai dhuyufurrahman tahun ini kepada umum.
Sebaliknya Ella dan Datuk Amy Search hanya berkongsi foto mereka dan pasangan di Instagram selepas selesai berwukuf.
Datuk Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menunaikan Rukun Islam kelima itu bersama isteri tercinta, Norhasniza Hassan.
Manakala Ella atau pemilik nama Norzila Aminuddin mengerjakan ibadah haji bersama suaminya iaitu Azhar Ghazali.
Menerusi perkongsian di media sosial, Ella memanjat kesyukuran menjadi salah seorang daripada jutaan jemaah haji bagi 1445 Hijrah.
Ads
“Alhamdulillah hari ini 10 Zulhijjah Ella dan Azhar telah selesai sempurnakan sebahagian dari Rukun Haji.
Ella juga sempat abadikan momen sewaktu wukuf di Arafah dengan curahan doa yang baik buat anda semua agar jadi sebahagian dari kenangan manis buat memori kita bersama.
Terbanglah ke sini mencari abadi, Terbanglah ke mari, mencari hakiki. Jagalah diri mu selalu. Selamat hari raya Aidiladha.”
Sementara itu, Datuk Amy turut tidak ketinggalan berkongsi perkembangan selepas selesai berwukuf di Arafah dan lebih bermakna hari istimewa tersebut jatuh pada ulang tahun kelahiran suri hati kesayangan.
“Demi cintaku padamu, ke mana pun akan kau ku bawa, ke hujung dunia ke Bintang Kejora. Wukuf hari teristimewa buat bidadariku. Ini hadiah terindah dari Allah SWT buatmu Hajah Nor, hari panggilan yang dinantikan, lebih istimewa kerna hari wukuf jatuh di hari lahir mu. “Barakallah fii Umrik.”
Begitulah aturan Allah SWT, begitulah kehendaknya. Kita wukuf bersama di hari terindah ini 9 Dzulhijjah 1445 bersamaan 15 Jun 2024. Semoga kite mendapat haji mabrur. Selamat Hari Lahir Hajah Nor Hasniza Hassan. Cinta ku padamu hingga ke Jannah.”
Moga Ella dan pasangan serta Datuk Amy dan isteri dikurniakan haji mabrur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali mantan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang kini sedang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang atas kesalahan bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International.
Baru-baru ini, suami kepada Rosmah Mansor itu dilaporkan bakal mengisi masa luangnya dengan menyambung pelajaran di peringkat pasca siswazah (PhD). Menurut sumber Malaysiakini, Najib telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang ekonomi. Sumber turut berkongsikan yang Najib telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah atau PhD dalam bidang ekonomi.
Sebelum ini, akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily memetik Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, bahawa mengikut prosedur operasi standard (SOP), Najib akan dibenarkan melanjutkan pelajaran.
Namun bekas perdana menteri yang juga pernah menjadi menteri kewangan itu tidak akan diberikan akses internet atau komputer riba. “Kami akan cuba sedaya upaya untuk memudahkan, seperti untuk dia mengikuti seorang pensyarah,” katanya.
Pada 23 Ogos tahun lalu, Najib mula menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengekalkan sabitan ke atasnya.
Walaupun berada dalam penjara, Najib masih giat berkongsi pandangannya mengenai hal ehwal negara. Apabila ditanya sama ada bekas Ahli Parlimen Pekan itu mempunyai akses kepada media sosial, Saifuddin berkata, tidak.
“Dia sedang dipenjara di Kajang, tetapi dia ada pasukan medianya sendiri. Saya dimaklumkan pasukannya yang merakamkan pandangannya di media sosial.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 di Istana Negara semalam.
Foto: Instagram @istana_negara
Keberangkatan tiba Seri Paduka, yang merupakan pengasas dan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, turut diiringi Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid serta Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Foto: Instagram @istana_negara
Kemunculan Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah ke majlis rasmi itu turut mendapat perhatian umum.
Turut hadir 400 tetamu terdiri daripada pereka fesyen tempatan dan delegasi penggiat tekstil dari 13 negara yang mengambil bahagian dalam simposium yang berlangsung sejak 25 Sept hingga Jumaat ini.
Foto: Instagram @istana_negara
Acara malam ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan serta pertunjukan busana tradisional termasuk songket dan tenun Pahang. Sekumpulan kanak-kanak cilik turut mempersembahkan tarian tradisional Ketipang Payung untuk para hadirin.
Foto: Instagram @istana_negara
Persembahan kebudayaan itu bagi memperkenal keunikan serta kepelbagaian kesenian, budaya dan etnik Malaysia kepada wakil-wakil negara luar.
Foto: Instagram @istana_negara
Simposium itu, yang diadakan secara dwitahunan, bertujuan menghimpunkan penggiat seni tekstil ASEAN dan rantau lain untuk berkongsi maklumat mengenai keunikan masing-masing.
Foto: Instagram @istana_negara
Simposium anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja itu mempamerkan keindahan tekstil Malaysia termasuk songket dan batik selain teknik pembuatan warisan Melayu seperti tekat, tenun, telepuk dan menggerus untuk dipelajari oleh masyarakat dunia.
Sempena simposium itu, 19 kertas kerja akan dibentang oleh wakil 13 negara termasuk Brunei, Indonesia, Kemboja, Kanada, India, Filipina dan Myanmar khususnya bagi membincangkan pemeliharaan seni serta kelestarian tekstil tenunan asli di rantau ASEAN.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerjaya seni pelakon baru jelita, Anna Jobling dilihat kian menyerlah. Tuah rupa serta bakat menjadikan dirinya antara pelapis industri yang makin menyinar. Bermula sebagai model kemudian menyertai pertandingan Dewi Remaja kini Anna menjadi rebutan produksi. Selepas wajahnya tersenarai antara 100 Wajah Tercantik oleh TC Chandler dan baru-baru ini, Anna Jobling tidak menyangka apabila namanya termasuk dalam senarai individu paling tinggi carian di sesawang enjin Google untuk 2022.
Menurut Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia percaya carian yang dilakukan rakyat Malaysia itu adalah perkara membabitkan karier seninya.
“Jujurnya saya terkejut tersenarai diantara 10 personaliti paling banyak carian Google di Malaysia untuk sepanjang tahun 2022. Saya yakin carian itu adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu melonjakkan nama saya, juga sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Asia Tenggara.
“Tersenarai dalam 10 individu paling banyak carian di Google membuatkan saya rasa lebih merendah diri kerana tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mempercayai bakat dimiliki selain pihak pengurusan yang bekerja keras menyusun jadualnya sebagai anak seni.
“Saya rasa semua orang menggunakan carian di Google apabila mahu mendapatkan info, jadi saya berterima kasih kerana ia membuatkan saya mahu terus memberikan yang terbaik dalam karier. Pihak pengurusan saya, Mask Team juga telah merangka banyak perancangan berkaitan karier saya dan alhamdulillah semuanya boleh dikatakan berjaya.
“InshaAllah untuk tahun 2023 ini saya dalam perancangan melebarkan sayap saya ke negara seberang, Indonesia,” ujar pelakon berusia 22 tahun itu.
Kredit foto: Instagram @annajobling | Sumber: Hype
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam era digital hari ini, kebanyakan jenama kecantikan terkenal dilahirkan daripada skrin telefon pintar mahupun content creator yang memahami keperluan pengguna lebih baik daripada...