Bila tiba hujung tahun, pasti ramai yang mula berkira-kira untuk mengambil cuti dan menghabiskan cuti yang masih berbaki. Inilah masa terbaik untuk diluangkan bersama keluarga tersayang di samping merehatkan diri seketika dari segala tekanan pekerjaan.

Nak Kembali BERSEMANGAT BEKERJA Selepas Bercuti? 5 Tip Ini Boleh Anda Lakukan!

Namun begitu, dalam situasi masa kini, dapatkah cuti dihabiskan tanpa memikirkan perkara berkaitan pekerjaan? Malah ramai yang terpaksa ‘mengusung’ komputer riba serta menjawab panggilan serta WhatsApp ketika bercuti. Apakah itu realiti sebenar sektor makan gaji di Malaysia?

Tahukah anda, setelah penat bekerja, bercuti  dapat meredakan tekanan  dan pada masa sama mencipta memori indah serta belajar sesuatu yang baharu.

Nak Kembali BERSEMANGAT BEKERJA Selepas Bercuti? 5 Tip Ini Boleh Anda Lakukan!

Sewaktu bercuti inilah kita dapat meluangkan masa sepenuh kepada insan tersayang kerana sebelum ini “dihambat” dengan kesibukan kerja dan masing-masing mempunyai komitmen.

Percutian juga merupakan terapi untuk meredakan tekanan, melupakan seketika bebanan kerja dan berseronok sepuasnya! Setelah bercuti untuk beberapa hari, pastinya hati terasa berat untuk kembali bekerja dan minda juga belum bersedia memikul tanggungjawab di pejabat.

Nak Kembali BERSEMANGAT BEKERJA Selepas Bercuti? 5 Tip Ini Boleh Anda Lakukan!

Usah risau, lima tip penting ini boleh dijadikan panduan untuk anda kembali bersemangat bekerja selepas pulang bercuti seperti berikut:

1. Jangan Terus Bekerja Sebaik Sahaja Cuti Tamat

Setiap orang memerlukan sedikit masa untuk kembali bekerja. Jika boleh, luangkan masa satu atau dua hari untuk berehat dan pulih badan sebelum kembali ke pejabat. Menguruskan jet lag (mabuk altitud) adalah salah satu cabaran untuk anda memulakan hari pertama bekerja.
Jet lag membuatkan anda berasa keliru dan lesu sepanjang hari. Akibatnya, anda akan kurang selesa dan tidak bersemangat menjalankan tugasan. Walaupun perlu mengemas rumah dan melakukan perkara-perkara lain, berikan masa kepada diri anda untuk berehat. Fokuskan fikiran anda untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Jika tidak, anda akan mengalami keletihan dan tertekan ketika kembali bekerja.

2. Sediakan Senarai Tugasan

Urusan anda di tempat kerja menjadi lebih mudah dan tersusun sekiranya mempunyai senarai tugasan. Apatah lagi meninggalkan kerja untuk beberapa hari ketika bercuti.

Banyak perkara yang tertunggak semasa anda bercuti dan perlu diselesaikan dengan secepat mungkin.
Oleh itu, senarai tugasan tersebut boleh menjadi panduan dan membantu anda lebih fokus serta memastikan semua tugasan tersebut tidak tercicir.

Di samping itu, anda juga perlu bekerjasama dengan pasukan anda untuk menyelaraskan dan mengutamakan tugas penting.

Nak Kembali BERSEMANGAT BEKERJA Selepas Bercuti? 5 Tip Ini Boleh Anda Lakukan!

3. Pergi Bekerja Dengan Fikiran Baharu

Percutian membuatkan fikiran lebih tenang dan kita juga banyak belajar perkara baharu sepanjang bercuti.
Perkara tersebut sedikit sebanyak mengubah cara kita berfikir dan melihat dunia dengan cara berbeza berbanding sebelum ini.

Disebabkan itu, ada yang lebih selesa untuk menyelesaikan tugasan sukar selepas bercuti kerana fikiran dalam keadaan tenang.

Bawa semangat dan perspektif baharu tersebut ketika kembali bekerja untuk menyelesaian tugasan dengan lebih baik.
Ambil sedikit masa untuk bersembang bersama rakan sekerja anda bagi mengeratkan lagi hubungan dengan mereka selepas tidak berjumpa beberapa hari.

Pastinya banyak yang boleh anda kongsikan dengan rakan sekerja tentang perjalanan percutiaan tersebut. Mereka juga sudah tertentu menantikan cerita pengembaraan anda yang menakjubkan itu.

Nak Kembali BERSEMANGAT BEKERJA Selepas Bercuti? 5 Tip Ini Boleh Anda Lakukan!

Komunikasi di tempat kerja adalah penting dan berinteraksi dengan rakan sekerja boleh membantu anda kembali ke landasan yang betul.
Selain itu, anda juga boleh mendapat maklumat terkini tentang perkara yang berlaku di tempat kerja semasa anda bercuti.

5. Ambil Masa Untuk Diri Anda

Jangan cuba untuk menyelesaikan semuanya sekali gus, sebaiknya lakukan satu persatu mengikut kemampuan diri anda dan set kembali diri dalam mood bekerja.

Walaupun hari pertama bekerja selepas kembali bercuti adalah masa paling sibuk, tetapi jangan abaikan aspek penjagaan diri seperti senaman pagi atau menikmati secawan teh kegemaran anda semasa bertugas.
Sebagai manusia kita perlu bijak menyeimbangkan pekerjaan dan kehidupan peribadi dengan baik bagi mengelakkan tekanan serta perasaan kurang senang.

SUMBER:RELEVAN

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI