Nak Ruang Dapur Nampak Cantik, TEKNIK PENCAHAYAAN Salah Satu Rahsia Yang Perlu Anda Ketahui!

353

Ruang dapur serta ruang makan umumnya menjadi sebuah tempat kita berkumpul dengan ahli keluarga. Selain itu, adakalanya banyak aktiviti yang dilakukan di kedua-dua ruang tersebut. Dalam dapur moden masa kini, kebanyakan wanita menghabiskan banyak masa di dapur dengan melakukan pelbagai aktiviti antaranya memasak, membuat kek atau mengajar anak-anak ketika sibuk menyediakan makanan untuk seisi keluarga.

Tidak dinafikan dapur memerlukan kaedah pencahayaan yang baik supaya suasana menjadi lebih selesa dan menyenangkan. Berikut adalah beberapa tips agar pencahayaan dapur kediaman anda menjadi lebih menarik dan bertepatan.


CHANDELIER

Lampu jenis moden ini semestinya masih sesuai digunakan di beberapa ruang dapur. Semakin banyak lampu chandelier yang ingin digunakan, sebaiknya anda memilih rekaan chandelier yang ringkas supaya persekitaran ruang dapur tidak kelihatan terlalu berlebihan.

LAMPU GANTUNG

Lampu gantung umumnya sesuai digunakan untuk ruang dapur yang berkonsepkan minimalis. Ini adalah kerana lampu gantung mempunyai karakter yang sangat ringkas seterusnya mampu menyerlahkan gaya yang elegan pada ruang dapur. Pastikan, sekiranya anda menggunakan lampu gantung pilihlah rekaan yang serupa agar selaras dengan keseluruhan dapur anda.

TRACK LIGHT

Lampu sorot  yang menjalar bukan hanya berfungsi pada bahagian taman mahupun garaj sahaja. Kini, lampu tersebut boleh digunakan serta dikombinasikan dengan reka bentuk dapur moden anda. Bahkan, dengan menggunakan lampu tersebut ruang dapur anda akan terasa lebih luas serta lebar.

PLAFOND GANTUNG

Lampu jenis ini boleh menjadi pilihan terbaik untuk dekorasi pencahayaan ruang dapur anda. Kesan daripada penggunaan lampu jenis ini akan menyerlahkan suasana yang elegan serta ringkas. Plafond gantung tentunya boleh digabungkan dengan berbagai reka bentuk dapur yang anda miliki. Supaya kelihatan lebih menarik, anda bolehlah menambahkan lampu LED di setiap sisi plafond dengan warna-warni tertentu sehingga ruang dapur tampak lebih menarik dan moden.

INFO

TIPS MEMILIH PERALATAN LAMPU

  1. Sekiranya anda sedang mengubahsuai rumah serta mempunyai bajet yang terhad untuk peralatan lampu, mulakan pemilihan anda dengan peralatan lampu di ruang makan ataupun ruang tamu. Lampu yang paling menarik dan menyerikan rumah bermula di ruang utama ini. Dari situ, lebih senang untuk anda mula mencari lampu-lampu yang lain dan membahagikan bajet pada peralatan lampu untuk bilik-bilik yang lain.
  2. Sertakan bersama dalam bajet pengubahsuaian anda beberapa jenis lampu meja dan lampu berdiri. Sekurang-kurangnya dua hingga empat jenis lampu sudah memadai. Lampu-lampu ini amat berguna apabila anda ingin melakukan quick makeover di ruang rumah anda. Mudah juga untuk anda mengalihkannya mengikut citarasa dekorasi anda, lebih-lebih lagi lampu meja dan lampu berdiri kerana ia boleh menjadikan ruang bilik lebih mesra suasana.
  3. Jika inginkan daya tarikan pada dinding, anda boleh menggunakan sebuah lampu dinding yang menarik dan yang boleh memberikan sinaran cahaya lampu yang kreatif pada dinding. Pilihan anda tidak terhad pada kertas dinding, lukisan, panel papan kayu dan seterusnya. Anda boleh menggunakan lampu dinding untuk mencipta kesan pencahayaan dan membuat dinding lebih menarik.
  4. Di kedai hardware terdapat banyak corak bal LED sentuh atau tap-on yang boleh dipasang siap dan menggunakan bateri. Jika kabinet besar ataupun almari baju anda malap dan gelap, lekatkan sahaja bal LED tap-on ini di dalam kabinet supaya anda senang melihat barang di dalamnya. Ia juga mudah dipasang dengan menggunakan pelekat sahaja tanpa memasang aliran elektrik kepada kabinet dan almari. Anda boleh menjimatkan kos memasang lampu di almari kerana menggunakannya sebentar sahaja. Kosnya amat minimal kerana menggunakan bateri biasa.
  5. Perhatikan cara anda menggunakan lampu dalam kehidupan harian. Elakkan pembaziran kos pada peralatan lampu.

 

 

 

Jangan Lupa Komen