Ungkapan sayang tidak cukup hanya di bibir saja. Ini kerana perbuatan juga perlu seiring untuk menzahirkan ungkapan itu. Salah satunya ialah dengan menghormati pasangan. Tak susah pun kerana kita sendiri pun mahu orang lain menghormati diri kita. Ikut 10 tip berikut bagaimana untuk menghormati pasangan.

Nak Rumah Tangga Aman Harmoni, Belajar HORMATI Pasangan Dengan 10 Cara Terbaik Ini!

  1. Sentiasa berada di belakang pasangan ketika dia sedang gembira mahupun sedih. Jangan sesekali tinggalkan pasangan keseorangan. Sentiasa berikan bantuan ketika dia perlukan anda berada di sisi.

 

  1. Jangan menceritakan hal keluarga anda kepada orang lain. Semua masalah keluarga hanya diceritakan kepada pasangan. Hanya anda dan pasangan yang perlu selesaikan masalah itu tanpa melibatkan pihak ketiga.

 

  1. Janganbiarkan adik beradik atau ibu bapa anda menyakiti pasangan. Sentiasa pertahankan pasangan anda dalam perkara-perkara yang benar. Jangan benarkan orang luar membuat keputusan untuk perkahwinan anda.

 

  1. Sentiasa luangkan masa bersama pasangan. Jangan tunggu dia yang meminta daripada anda. Ini salah satu cara untuk anda menghormati pasangan dengan menunaikan hak–haknya sebagai pasangan.

 

  1. Seringlah berbual dengan pasangan tanpa mengira topik. Apabila selalu berbual dengan pasangan, anda sebenarnya menganggap dia sebagai teman hidup dan itu adalah penghormatan buat pasangan anda.

 

  1. Sentiasa berkongsi apa jua perkara yang berlaku dalam hidup anda dengan pasangan. Apabila anda berkongsi kisah peribadi pada pasangan, dia akan merasa dirinya sangat penting buat anda.

 

  1. Tidak mengutuk pasangan di hadapannya dengan kata–kata yang tidak elok. Paling penting, jangan mengumpat perangai pasangan anda pada pihak ketiga.

 

  1. Segera meminta maaf jika anda melakukan kesalahan dan sentiasalah juga memaafkan pasanga jika dia berbuat kesalahan. Selain itu, sentiasa ucapkan perkataan terima kasih pada pasangan anda.

 

  1. Manjakan pasangan dengan sesuatu yang ikhlas dari hati anda. Jangan kedekut untuk keluarkan wang. Beri apa yang pasangan anda mahu.

 

  1. Mencintai pasangan seadanya. Jangan paksa pasangan anda untuk ubah peribadi dirinya.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI