Natural beauty! Gebu dan mulusnya kulit. Manis sungguh anak dara kepada aktres dan penyanyi terkenal dari seberang, Mulan Jameela yang dikenali sebagai Tiarani Savitri.
Berusia 22 tahun, Tiarani merupakan anak hasil perkahwinan Mulan Jameela yang terdahulu (sebelum bersama Ahmad Dhani).
Patutlah Tiarani jarang terlihat di media sosial kerana dia lebih bersifat privasi.
Namun apabila sesekali berkongsi wajahnya yang cantik manis itu di Instagram peribadi, dia sering menerima pujian daripada para pengikutnya.
CANTIK NATURAL
Sering tampil dengan wajah yang polos tanpa solekan di akaun peribadinya, Tiarani dilihat sebagai seorang gadis yang pandai menjaga kecantikan kulit.
Malah, raut wajah juga mewarisi kecantikan ibunya yang kini kekal jelita di usia 40an.
Meilhat kepada personalitinya pula, Tiarani seorang yang sederhana dalam soal penampilan, mungkin faktor usianya yang baru menginjak ke fasa remaja.
Kesimpulannya, Tiarani punya daya tarikannya yang tersendiri.
Kredit Foto: Instagram @tiaransvtr
Media Seberang Puji Kecantikan Atlet Badminton GOH LIU YING, Dikatakan Mirip Pelakon Korea!
Bagi peminat sukan badminton tempatan, pasti sudah tidak asing dengan Goh Liu Yin, pemain badminton Malaysian dalam acara beregu yang berganding dengan Chan Peng Soon di mana mereka menduduki Kedudukan Dunia BWF No. 3 di acara beregu campuran. Selain dari bakat dan kemahiran yang ditonjolkan oleh atlet berumur 33 tahun dari Alor Gajah Melaka itu, kecantikan serta keayuannya turut mendapat perhatian ramai.
Ini terbukti menerusi setiap hantaran di Instagramnya di mana Goh Liu Yin banyak berkongsikan gambar-gambar aktiviti sehariannya dan sering kali mendapat pujian dari netizen dan warga maya.
Dan baru-baru ini, meninjau artikel yang ditulis oleh sebuah portal di Indonesia, Intepseleb dan sports.okezone.com mereka turut mengulas dan mengakui kecantikkan Goh Liu Ying yang dikatakan persis selebriti atau pelakon Korea.
Malah artikel itu turut memuji pencapaian Goh Liu Ying dalam sukan badminton yang ternyata boleh dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia.
Untuk rekod, Goh Liu Ying memulakan kerjayanya sebagai pemain badminton sejak 10 tahun dan kini dia tersenarai antara 10 pemain beregu campuran terbaik dunia. Goh Liu Ying juga turut meminati sukan lain seperti golf dan juga renang.
Pada Sukan Olimpik Musim Panas 2016, Goh Liu Ying bersama Chan Peng Soon berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul pingat perak buat pertama kali untuk acara Badminton Beregu Campuran.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Siapa Sangka Hanya Dengan Kopi, Regim Kecantikan Anda Menjadi Murah Dan Mudah!
Kopi bukan sahaja minuman wajib untuk sesetengah orang tetapi ia juga boleh menjadi bahan kecantikan paling murah dan berkesan untuk anda!
Kopi telah lama menjadi salah satu kandungan dalam produk regim penjagaan kulit wajah. Ia sangat efektif untuk membantu mengurangkan selulit. Kandungan pada biji kopi terdiri daripada kafein, trigonelline, protein dan asid amino, karbohidrat, mineral dan banyak lagi.
Kesegaran kulit
Kopi mengandungi anti-oksidan untuk pengelupasan kulit dan eksfoliasi yang disebabkan oleh radikal bebas. Ini menjadikan kulit wajah lebih cerah.
Bagaimana?
Sediakan secawan kopi dan isi di dalam bekas ais untuk dibekukan. Setelah beku, pecahkan ketulan ais kopi dan sapu pada wajah seperti anda menyapu losen atau pelembap. Akhir sekali, bersihkan dengan air bersih. Anda boleh rasa kesegarannya!
Menghilangkan mata sembab
Kesibukan di tempat kerja, tanggungjawab kepada keluarga dan pelbagai lagi urusan yang perlu diselesaikan sesungguhnya memberikan stres sehingga menyebabkan anda kurang tidur. Mulalah mata menjadi sembam dan lingkaran gelap bawah mata jelas kelihatan.
Setiap pagi, ambil sebuk kopi yang telah digunakan dan sapu pada bahagian bawah mata. Biarkan seketika selama 20 minit dan bilas.
Skrub wajah
Jangan bazirkan serbuk kopi yang telah digunakan. Campurkan serbuk kopi bersama minyak kelapa, buah pala, serbuk kayu manis dan gula. Jadikan campuran ini sebagai skrub untuk rutin harian baru anda.
Di samping itu, anda juga boleh mencuba satu sudu besar kopi di campur yogurt perisa asli. Sapukan pada wajah dan bilas dengan air suam. Skrub ini sangat sesuai untuk kulit berminyak.
Menyingkirkan noda hitam dan cela
Ambil beberapa titisan minyak bayi dan campurkan bersama serbuk kopi. Kacau sehingga adunan menjadi pes likat. Sapu pada permukaan wajah dan lakukan urutan lembut. Bairkan beberapa minit dan bilas. Anda boleh lakukan dua minggu sekali.
Tegangkan kulit wajah
Bersihkan wajah terlebih dahulu. Kemudian, gosok dengan lembut permukaan wajah dengan serbuk kopi yang telah digunakan. Anda juga boleh menggunakan kapas yang dicelup air kopi. Cara ini membantu kulit menjadi tegang dan menjadi losyen untuk menyingkirkan kulit mati.
Topeng muka
Kopi juga boleh digunakan sebagai face mask. Tambahan bahan lain seperti coklat cair, susu dan madu boleh menanggalkan kulit mati dan menegangkan kulit yang kendur. Wajah anda juga akan kelihatan bersih kerana kopi mengandungi anti-microbial.
Jika anda berkulit kering, campurkan sedikit minyak zaitun dan serbuk kopi agar kulit mendapat kelembapan yang seimbang.
Eksfoliasi
Tidak dinafikan lagi kopi sangat sempurna sebagai agen pengelupasan terbaik. Biji kopi memgandungi asid caffeic yang boleh menggalakkan pengeluaran kolagen.
Meningkatkan peredaran darah
Ketulan kopi ais bukan sahaja menyejukkan malah ia juga memberi kesegaran baru saat di sapu pada wajah. ia meningkatkan peredaran darah untuk menghasilkan wajah yang lebih cerah dan sihat.
Hanya sapuan satu kiub setiap hari pada keliling mata boleh membantu menghilangkan kesembapan mata.
Menyingkirkan bintik hitam
Minyak berlebihan pada bahagian hidung khusunya adalah punca timbulnya bintik hitam. Gunakan mask serbuk kopi selalu agar minyak berlebihan ini berkurangan dan meninggalkan kulit wajah yang lebih bersih dan cerah.
Perut Buncit, Menggeleber & Berlemak Jadi KETAKUTAN. Jom Semak Gaya Pemakanan & Cara KEMPISKANNYA
Walau pun berbadan kurus namun perut yang buncit membuatkan seseorang itu berasa kurang selesa serta kurang keyakinan diri.
Lebih melucukan apabila ada segelintirnya yang sengaja menggunakan taktik dengan menarik nafas sewaktu bergambar supaya perut terlihat kempis. Namun sampai bila anda mampu bertahan dengan cara demikian?
Bahagian perut dan pinggang paling mudah ditimbuni lemak lebih-lebih lagi selepas bersalin. Berikut adalah cara bagaimana untuk membantu anda mendapatkan perut yang kempis.
(a) Masak Makanan Ringkas
Memasak hidangan sendiri tentunya lebih sihat kerana anda boleh mencuba berbagai kaedah seperti bakar, gril, kukus atau panggang berbanding bergoreng.
Gunakan minyak yang sihat contohnya minyak zaitun atau minyak jagung berbanding minyak kelapa sawit atau marjerin. Bagi menambah perisa, elak mengambil garam sebaliknya gantikan dengan herba.
(b) Makan Sayur & Buah
Kedua-duanya dapat membantu mengekalkan berat badan ideal anda. Contohnya, dengan amalan meratah lobak merah mentah atau batang seleri yang dicicah bersama mentega kacang yang pasti membuatkan anda berselera.
Jika makan sandwic jangan lupa lupa masukkan hirisan tomato. Buah-buahan campuran yang dihiris dan digaul bersama yogurt boleh dijadikan snek kesihatan setiap hari.
(c) Variasikan Senaman
Lakukan pelbagai jenis senaman mudah mengikut kemampuan kerana ia sangat baik untuk minda dan tubuh. Menurut pakar diabetes, jurulatih kecergasan serta pemilik studio kecergasan dan nutrisi, Jim White tubuh akan terbiasa dengan senaman jika dilakukan berulang kali. Bagi meningkatkan stamina, gabungkan latihan kardio seperti berlari, yoga dan seni pertahanan diri.
(d) Senaman Kardio
Ramai beranggapan senaman kardio memerlukan treadmill dan perlu ke gimnasium. Tahukah anda, senaman kardio boleh berlaku ketika menaiki tangga mahupun berjalan kaki. Walaupun senaman kardio kelihatan santai namun ia mampu membakar banyak kalori dan menjadikan kadar denyutan jantung lebih sihat.
(e) Saiz Hidangan
Kira saiz hidangan yang diambil dengan merujuk kepada maklumat di bahagian label nutrisi. Di internet juga terdapat banyak laman web yang boleh anda rujuk untuk mengira saiz hidangan makanan.
(f) Baca Label Makanan
Membantu anda untuk menikmati makanan seimbang dan mengelakkan pengambilan makanan yang tidak sihat. Hindari membeli makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak.
Pilih makanan tinggi serat lebih daripada tiga gram untuk setiap hidangan. Ingat, lebih banyak makanan segar yang diambil, lebih mudah untuk anda mendapatkan nutrisi yang cukup dan seimbang. Amy Mohd