Dah lama tak dengar cerita tentang kakak kepada usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa ini. Noor Nabila Mohd Noor atau dikenali sebagai Nabila, dilihat mula memperlahankan kemunculannya terutama di media sosial setelah kembali mendirikan rumahtangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021 dalam satu majlis tertutup.

IKLAN
NOOR NABILA Akui Kini Lebih Tenang, Bahagia Bergelar Isteri Engku Emran
Noor Nabila.
NOOR NABILA Akui Kini Lebih Tenang, Bahagia Bergelar Isteri Engku Emran
Momen terindah antara Nabila dan Engku Emran.

Nabila yang juga Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd ketika ditemui dalam sebuah majlis baru-baru ini tampil sederhana dengan dress polos rona hijau. Setia menemani ialah suami tercinta, Engku Emran.

NOOR NABILA Akui Kini Lebih Tenang, Bahagia Bergelar Isteri Engku EmranBerkongsi serba sedikit mengenai perkembangan terkininya selepas berkahwin, Nabila memberitahu dia kini bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan juga ibu. Gagal dalam perkahwinan terdahulu bukan halangan untuk dirinya menjadi seorang yang lebih matang dalam perhubungan.

NOOR NABILA Akui Kini Lebih Tenang, Bahagia Bergelar Isteri Engku Emran“Saya dan Emran dah berkahwin setahun lebih. Kira baru lagilah tapi kami saling menjaga perhubungan. Saya pun dah 37 tahun jadi dah tahu asam garam rumahtangga. Kalau bercakap tentang sabar tu semua orang sabar, kan. Tapi suami isteri ni mereka harus sedar bahawa pasangan kita itu ialah seorang manusia yang lain dari yang lain, lain dari segala-galanya.

NOOR NABILA Akui Kini Lebih Tenang, Bahagia Bergelar Isteri Engku Emran“Itu tak mengapa sebab kalau kita dapat terima maka kita boleh terima kekurangannya dan cuba betul kekurangan itu bersama. Kami sendiri pun masih belajar. Kadang-kadang tu cakap saja tapi nak buat tu susah juga. Tapi setiap hari kena ingatkan diri sendirilah.”

KEGUGURAN 3 KALI
Bagi pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan untuk memiliki zuriat sebagai pewaris keluarga. Begitu juga Nabila dan Emran memandangkan Engku Aleesya dan Jebat Jayden pun masing-masing dah makin besar. Semestinya Nabila ingin memberikan adik buat Jayden dan Aleesya. Namun semuanya ketentuan Allah SWT.

NOOR NABILA Akui Kini Lebih Tenang, Bahagia Bergelar Isteri Engku EmranKata Nabila, dia dan suami tak pernah merancang namun sepanjang penantian zuriat itu ada kisah di sebaliknya.

IKLAN

“Sebenarnya saya dah pernah hamil 3 kali tapi belum ada rezeki disebabkan keguguran. Tapi insha-Allah kalau nak mencuba lagi saya kena jagalah. Bila dah tahu mengandung tu saya kena cepat-cepat pergi jumpa doktor, makan ubat dan sebagainya lah. Doakan saya dan suami diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.”

IKUT PETUA CANTIK MAMA
Seperti yang kita tahu, adik beradik perempuan Nabila semuanya mewarisi kecantikan ibu mereka. Kelebihan buat mereka kerana dilahirkan dalam keluarga berketurunan Pakistan-Arab. Maka tak lengkap perbualan kami kalau penulis tidak kongsikan tentang rahsia atau petua sihat cantik Nabila buat pembaca.

IKLAN
NOOR NABILA Akui Kini Lebih Tenang, Bahagia Bergelar Isteri Engku Emran
Nabila bersama ibunya yang cantik, Datin Noor Kartini.

NOOR NABILA Akui Kini Lebih Tenang, Bahagia Bergelar Isteri Engku EmranIni yang diamalkan Nabila termasuklah petua yang diamalkan Mama kesayangannya, Datin Noor Kartini atau Datin Tini. Berusia 50an, Datin Tini yang merupakan ibu 9 anak masih nampak awet muda sampai sekarang. Patutlah anak-anak perempuannya cantik manis semuanya!

NOOR NABILA Akui Kini Lebih Tenang, Bahagia Bergelar Isteri Engku Emran“Salah satu petua yang selalu diamalkan oleh Mama ialah suka makan madu. Kalau rutin kecantikan pula, Mama paling pantang kalau kami tak cuci muka bersih-bersih. Bagi Mama kulit kena jaga betul-betul terutamanya muka. Bersih luar dan dalam. Itulah antara petua yang dikongsi oleh Mama dengan kami adik beradik.”

Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada tahun 2017 namun bercerai pada Julai 2020. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Kredit Foto: Instagram Noor Nabila

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI