Selain sukses dalam dunia perniagaan, jutawan terkenal yang juga pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri juga pandai memasak. Haliza sering berkongsi resipi di akaun Instagram miliknya dengan meletakkan tanda pagar #airtanganhalizamaysuri
Haliza Maysuri, pengasas Bawal Exclusive.Bahagia bersama suami tersayang.
Walaupun sekadar menatap gambarnya sahaja tetap membuka selera. Siapa yang tak kecur bila tengok menu Sambal Tempoyak Udang dan Petai, Sotong Masak Hitam Ala Mamak, Bawal Emas Kukus, Perut Muda Goreng Rangup, Daging Rebus Dengan Serai, dan banyak lagi. Semuanya hasil daripada air tangan Haliza Maysuri.
Sambal Tempoyak Udang dan Petai.Ayam Goreng Pedas Sos Manis ABC.
Menariknya, setiap resipi yang dikongsikan itu cukup mudah dan kena dengan selera rakyat Malaysia. Menurut Haliza, minat memasak sememangnya sudah tertanam sejak dahulu. Apatah lagi, pernah mengharungi fasa sukar sebelum berjaya dan ternama seperti sekarang antara faktor Haliza pandai mengolah bahan masakan menjadi satu menu yang enak.
Sotong Masak Hitam Ala Mamak.
Dengan minatnya yang rajin ke dapur maka tercetuslah idea-idea menu baharu yang dicipta sendiri oleh Haliza. Walaupun ringkas namun tetap menyelerakan! Apa yang penting air tangannya itu sentiasa menjadi kegemaran keluarganya.
INSPIRASI RESIPI SUGU PAVITHRA
Siapa yang tak kenal dengan YouTuber, Sugu Pavithra yang kini sedang meningkat naik namanya melalui perkongsian masakan di saluran YouTube. Sugu Pavithra menjadi inspirasi ramai khususnya rakyat Malaysia kerana kefasihannya berbahasa Melayu serta video masakan bersifat santai dan realistik.
Setiap resipi masakan yang dikongsi sentiasa menjadi perhatian ramai termasuk Haliza sendiri. Salah satunya ialah resipi Kari Ayam Pencen yang telah mendapat lebih daripada 2 juta tontonan di saluran YouTube Sugu Pavithra.
Ads
Justeru ia turut mencetuskan inspirasi buat Haliza untuk mencuba resipi Kari Ayam Pencen Sugu Pavithra ini. Haliza mengolahnya mengikut citarasa tersendiri dan berkongsi video memasak Kari Ayam Pencen di Insta Story.
“Kari ayam pencen, resipi dan cara-cara memasaknya rujuk di YouTube Sugu Pavithra. Rempah kari je saya guna rempah @kariaween.”
Ads
Menurut Haliza, beliau lebih menggemari rasa ayam pencen berbanding ayam biasa. Haliza turut berkongsi tip buat para pengikutnya bagaimana untuk melembutkan ayam pencen. Caranya, ayam pencen direbus bersama rempah ratus dan air terlebih dahulu. Masak selama sejam atau sehingga isi ayam empuk kemudian barulah dimasukkan santan.
Kari Ayam Pencen versi Haliza Maysuri.
Walaupun isinya agak liat tapi ayam pencen mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan. Isinya juga lebih manis. Berikut cara lain bagaimana untuk melembutkan isi ayam pencen.
DAUN NANGKA MUDA
Masukkan beberap helai daun nangka muda semasa merebus ayam pencen. Ia akan cepat empuk.
Ads
AIR KELAPA
Rebus ayam pencen dengan air kelapa sampai isinya lembut. Setelah empuk toskan airnya kemudian masak seperti biasa.
BIJI SELASIH
Bungkus segenggam biji selasih seperti sup bunjut. Kemudian masukkan ke dalam rebusan ayam pencen. Ayam pencen akan cepat empuk.
LADA HITAM
Tumbuk setengah sudu lada hitam dengan halia. Kemudian masukkannya ke dalam periuk yang berisi air dan ayam pencen. Rebus sehingga isi ayam pencen menjadi empuk.
Kredit: IG @halizamaysuri & YouTube Sugu Pavithra
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertama kali tengok Aryna Sabalenka beraksi di gelanggang tenis memang tertarik dengan ketinggiannya. Genap berusia 25 tahun pada 5 Mei, pemain tenis profesional Belarus ini menduduki ranking kedua dunia di belakang Iga Swiatek daripada senarai Women’s Tennis Association.
Aryna atau nama sebenarnya Aryna Siarhiejeuna Sabalenka dilahirkan pada 5 Mei 1998 di Minsk, Belarus. Dia memiliki ketinggian 182 sentimeter yang merupakan anak kepada Sergey Sabalenka dan Yulia Sabalenka.
Nama Aryna mula bersinar selepas dia mencatat kejayaan Grand Slam pertamanya apabila berjaya mengungguli Australia Open 2023 pada Januari lepas.
Dalam pertarungan itu, atlet muda ini menewaskan juara Wimbledon iaitu Elena Rybakina. Sekaligus membawa pulang wang kemenangan mencecah USD 2 juta!
Dia mula bermain tenis pada usia 14 tahun dan menceburi sukan berprestij ini secara profesional pada tahun 2015. Memetik laporan The Sports Lite, kekayaan diraih Aryna pada tahun 2023 mencecah USD 9 juta.
Walau tidak mempunyai gaji standard tapi Aryna meraih pendapatan hasil karier profesionalnya dan tajaan hingga boleh meraih USD 1.5 juta setahun.
Aryna bukan sahaja melakar kejayaan Grand Slam pertama bahkan dia juga menjadi pemain tenis pertama yang memenangi perlawanan di bawah ‘neutral flag’.
Ini sebagai boikot terhadap Belarus selepas kerajaan negara tersebut menyatakan sokongan terhadap Rusia yang dikatakan melakukan pencerobohan kepada Ukraine. Dalam kejohanan itu, pemain Rusia dan Belarus tidak dibenarkan bertanding dengan bendera mahupun nama negara masing-masing.
Pemain kedua-dua negara juga disekat daripada menyertai Wimbledon sejak tahun lepas.
Bagaimana pun persatuan tenis Belarus mengucapkan tahniah kepada pemain tenis profesional kedua dunia itu yang berjaya memenangi Australian Open.
Pemain ini juga melahirkan kekesalan dengan situasi politik. “Kami hanya atlet yang bermain sukan. Itu saja. Kami tidak terlibat dengan politik. Jika kami mampu melakukan sesuatu, kami akan berbuat demikian tetapi kami tidak mempunyai kuasa.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Begitu pentingnya doa dan restu seorang ibu buat seorang anak. Itulah kunci serta keberkatan kejayaan yang sebenar. Berkat sentiasa menyantuni ibu, ikon usahawan sukses, Dato’ Hajah Sharifah Shareen Almashoor bersyukur kerana perjalanan perniagaannya sentiasa dipermudahkan. Rezeki juga sentiasa murah. Segalanya berkat doa dan restu ibunya.
Berikut perkongsian ibu kepada dua cahaya mata yang berusia 42 tahun ini di akaun Instagramnya yang dapat kita jadikan inspirasi:-
“Lepas Mama bersara dari Lembaga Hasil Dalam Negeri kira-kira 15 tahun dahulu dan sebelumnya lagi memang Mama most of the time tinggal di rumah saya.
“Tapi semenjak 4 tahun lepas Mama banyak di rumah adik bongsu saya Faatin selepas dia melahirkan anak pertama. Lepas itu lahir pula anak kedua. So jaranglah Mama dapat tinggal di rumah saya selepas itu.
“Kali ini, Faatin kena balik kampung rumah mentua, apa lagi peluang keemasanlah. Mama is staying with me, hurray!!
“Seronok sangat bila Mama stay here, walaupun Mama dah kurang daya ingat. Cakap berulang-ulang kali yang sama but we enjoy it.
“Entah berapa lama lagi kita nak dapat peluang ada “syurga” dalam rumah dan hidup kita ini entah berapa lama lagi hayat mereka. So, semenjak Mama duduk sini, setiap hari saya keluar mesti bawa Mama sekali. Tak kiralah ke bank ke, office ke, meeting ke, lunch meeting, tea meeting, masjid, madrasah, saloon semua bawa Mama
“Dan setiap kali bersama saya selalu minta Mama doakan. Kadang-kadang sehari lebih dari 10 kali heheh.. tamakkan doa seorang ibu.
“Kepada semua sahabat, sekiranya masih ada ibu, ayah,jagalah sebaiknya kerana masa kita bersama mereka ibarat lampu isyarat jingga menanti merah. Lepas ini kita akan kehilangan sebesar-besar kasih sayang dan redha Allah dalam dunia ini.
“Juga Ingat, anak-anak memerhati cara kita layan ibu kita. Kerana begitulah cara mereka akan layan kita nanti. Lead by example.
“Kasih ibu membawa ke syurga.”
Dua anak perempuan Dato’ Shareen ialah Puteri Balqis, 18, dan Puteri Zara, 15. Kedua-duanya mempunyai minat yang sama dalam bisnes seperti ibu mereka. Tidak hairanlah, sejak kecil lagi mereka didedahkan dengan ilmu-ilmu bisnes dari Dato’ Shareen yang ingin melihat mereka berjaya dalam minat mereka serta akademik.
Kredit Foto: Instagram Dato’ Shareen Almashoor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Warna dan corak yang terdapat pada kusyen mampu mencetuskan ketenangan dan keselesaan pada ruang sekaligus menyerlahkan gaya peribadi pemilik. Oleh itu, untuk memilih kusyen sebagai penambah seri di sofa, beberapa perkara perlu dipertimbangkan.
SAIZ YANG SESUAI
Saiz kusyen ditentukan oleh saiz sofa atau kerusi. Purata saiznya antara 16” hingga 18”. Kusyen yang besar memang sangat selesa tetapi pastikan ia digandingkan dengan perabot yang besar juga bagi mengelakkan rasa kurang selesa ketika duduk.
FUNGSI
Fikirkan bagaimana anda akan menggunakan kusyen tersebut. Adakah akan gunakan sebagai tempat menyandar atau hiasan sahaja? Tidak salah kalau anda mahu membeli kusyen yang mahal sedikit untuk penggunaan jangka panjang.
FABRIK/MATERIAL
Elak membeli kusyen yang isiannya daripada poliester paling murah kerana lama-kelamaan ia akan kelihatan berketul-ketul dan perlu diratakan kerap kali ingin kembali ke bentuk asal.
JUMLAH
Bilangan kusyen yang mahu diletakkan terpulang kepada anda. Tidak semestinya semua rekaan yang sama. Anda boleh memilih dua biji kusyen rekaan sama di sofa besar. Kemudian dua biji lagi rekaan lain yang diletakkan di single chair.
JENIS
Tiga jenis asas bentuk kusyen iaitu segi empat, segi empat tepat dan bulat. Bagi menentukan bentuk kusyen ialah lihat bagaimana ia digunakan. Contoh, jika anda memerlukannya untuk menyokong badan ketika berehat, pilih kusyen bersaiz segi empat tepat yang dapat menyokong leher dan belakang.
CORAK & WARNA
Perlu serasi antara satu sama lain. Contohnya pilih kusyen cetakan warna-warna neutral jika anda suka corak berani. Putih, krim atau kuning air memberi kesan ketenangan. Jangan takut untuk gabungkan corak. Sekurang-kurangnya ada satu warna yang sama.
TEMA
Tema dan konsep ruang rumah turut memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan fabrik, warna dan tekstur kusyen.
SERASI DENGAN SEMUA WARNA
Contohnya warna kusyen boleh mengikut warna karpet, langsir, kertas dinding, lantai dan semua elemen warna di ruang tamu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, beruntungnya Elisya Sandha dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan sanggup menjaganya selepas melahirkan anak. Tak dinafikan, masih ada dalam kalangan ibu mentua yang berbuat perkara sama terhadap menantu seperti Sheila Rusly ...