Sedar atau tidak dalam kehidupan ini banyak perkara yang perlu kita hadapi antaranya masalah, bebanan tugas dan tanggungjawab. Ia umpama satu gabungan sempurna yang mewarnai kehidupan. Makin lama makin mencabar.
Begitulah kehidupan seorang isteri, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk membantu suami bukan saja dari segi kewangan keluarga bahkan membahagiakannya. Isteri penyejuk hati suami. Bagaimana caranya? Elakkan 5 perkara ini.
MENGHARAPKAN SUAMI TERLALU BERSIKAP ROMANTIK
Janganlah terlalu mengharapkan suami saja yang romantik. Suami juga insan biasa yang perlu dimanjakan. Sama-sama give and take, bukan sebelah pihak saja. Sesekali buatlah kejutan untuk suami. Contohnya, rancang percutian berdua. Menghabiskan waktu berdua jauh dari kehidupan rutin salah satu cara memulihkan hubungan suami isteri.
TAK FAHAM PERASAAN SUAMI
Ads
Bukan saja wanita yang mudah alami tekanan emosi bahkan lelaki juga walaupun dianggap gagah. Suami sebenarnya memerlukan sokongan dan sandaran isteri saat mereka jatuh dan tertekan. Berikanlah sokongan dari segi emosi demi keharmonian rumahtangga.
Ads
PENDAM MASALAH SEORANG DIRI
Mungkin anda seorang isteri yang suka membuat keputusan sendiri terutama di rumah. Suami pula membiarkannya dek kerana rasa hormat. Namun ketika anda ada masalah dan perlukan bantuan suami tetapi tak memberitahunya mungkin anda akan rasa marah. Mana mungkin suami akan faham isi hati anda itu kalau tak diberitahu, bukan? Ini boleh menjejaskan hubungan.
Ads
SUKA MEMBERI ARAHAN
Tak dinafikan anda mungkin keletihan dengan bebanan tugas dan tanggungjawab sebagai pekerja, isteri dan ibu. Lebih-lebih lagi kalau anda seorang ketua. Tak perlulah terus membebankan suami dengan kerja-kerja rumah disebabkan anda terlalu letih setelah pulang kerja. Biarkan suami berehat seketika dan tunjukkan rasa cinta kepadanya. Kemudian barulah anda minta bantuannya. Suami akan lebih bersedia dan ikhlas membantu.
KURANG BERBINCANG HAL RUMAHTANGGA
Selain berkaitan anak-anak satu lagi hal yang sangat penting untuk dibincangkan iaitu tentang hubungan suami isteri. Sejauh mana kemesraan, tanggungjawab, kekurangan dan sebagainya yang boleh diperbaiki demi kebaikan bersama. Pastikan perbincangan itu dalam suasana yang menyenangkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak PKP dilaksanakan, kebanyakkan pelajar dan golongan bekerja terpaksa berada di rumah untuk menjalani kelas dan melunaskan tanggungjawab kepada majikan. Bagi anak-anak yang masih belajar, tak kiralah di peringkat tadika mahupun di pengajian tinggi, norma baharu ini sukar dilaksanakan tanpa fokus yang baik. Dan kini, mereka perlu kembali belajar dari rumah.
Berikutan ini, doktor kesayangan Malaysia, Dr Amalina Che Bakri yang berjaya mencatat sejarah dengan kejayaan meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004 dan kini bergelar doktor bedah di United Kingdom berkongsi tips untuk fokus ketika menjalani pembelajaran secara atas talian.
“Kebanyakan pelajar kini terpaksa belajar secara online disebabkan penularan wabak Covid-19. Namun perhatian mereka sangat mudah terganggu. Bagaimana untuk mengelakkan daripada ‘penangguhan’ pelajaran dan terus fokus,”tulisnya.
Wah, tips daripada seorang yang berjaya bagai memberi satu cetusan semangat untuk ikuti langkah-langkah yang diberikan. Tidak hairanlah Dr Amalina seringkali menjadi rujukan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Laman blog Dr Amalina, Ask Dr Amalina juga terisi dengan informasi yang mempunyai rujukan yang sahih.
“Good luck to all students! Persistence and determination are key to success, keep fighting!” katanya. Beliau juga berkongsi gambar bersama ibunya ketika menerima sijil Sarjana pada hari graduasi di University of Cambridge pada tahun 2015.
Kredit foto: Instagram Dr. Amalina Bakri
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktivis ini punya keberanian terutama ketika berucap di persada antarabangsa. Selain aktif dalam bidang sosial, wanita ini juga lantang menyuarakan hak kebebasan untuk rakyat Palestin.
Leanne Mohamad, 22, seorang aktivis hak asasi manusia dan penceramah awam dari London.
Kerana kedua ibu bapanya berasal dari Palestin, Leanne mengambil pendirian tegas menentang pendudukan rejim zionis di Palestin dan mempertahankan haknya untuk kembali ke tanah air suatu hari nanti.
Dia mula menjadi tumpuan pada usia 15 tahun dalam pertandingan pengucapan awam.
Ketika itu, Leanne menyampaikan ucapan bertajuk “Burung Bukan Bom.”
Dalam ucapan itu, Leanne mendedahkan kesedihan menjadi warga Palestin dan menyeru kebebasan untuk semua orang yang hidup di bawah penjajahan.
Bagaimanapun, ramai yang memberi respon yang negatif sehingga menyebabkan dia terkeluar daripada pertandingan itu.
Namun, detik ini sebenarnya membuatkan ramai yang berminat. Ucapannya, yang menyampaikan mesej yang begitu kuat, menjadi tular.
Sejak dikenali, Leanne menggunakan pentas untuk berucap di pelbagai acara termasuk di hadapan lebih 200 ribu penunjuk perasaan di London.
Leanne terus bercakap secara terbuka mengenai jenayah dan keganasan rejim zionis terhadap rakyat Palestin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Subuh hening Ramadan seakan mengerti perasaan penulis ketika ini. Air mata mengalir laju tatkala menghayati bait-bait lagu Damba CintaMu ciptaan kumpulan Raihan. Lagu yang terkandung di dalam album Syukur diterbitkan pada tahun 1997 ini telah diberi nafas baharu hasil duet bersama Alif Satar.
Walaupun baharu sahaja dilancarkan di channel Youtube milik Alif Satar pada 27 April lalu, sehingga kini jumlah tontonan sudah mencapai sehingga 551,965 views (ketika artikel ini ditulis). Begitu hebat penangan lagu ketuhanan yang menusuk kalbu apatah lagi dalam suasana umat Islam berada dalam bulan Ramadan. Ditambah lagi dengan situasi dunia sedang dilanda pendemik COVID-19 serta rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan pergerakan.
Kemunculan lagu ketuhanan gabungan Alif Satar dan kumpulan nasyid legenda, Raihan berjudul Damba CintaMu nampaknya begitu dekat di hati para pendengar setelah kolaborasi mereka menerusi lagi Sesungguhnya 2019 meninggalkan kesan yang luar biasa.
Bapa kepada tiga anak ini sememangnya meminati lagu-lagu hasil karya kumpulan Raihan dan menjadi inspirasi untuk dirinya dalam pembentukan sahsiah dan keperibadiannya sejak zaman remaja lagi.
“Saya memilih lagu ini disebabkan ia antara lagu kegemaran saya setiap kali mendengar lagu Raihan. Diakui liriknya cukup memberi kesan keinsafan dalam mencari cinta kepada Tuhan.
“Meskipun ia bukanlah karya baharu, namun peluang berduet bersama Raijan sememangnya cukup saya nantikan. Harus diakui peluang ini cukup menjadi kebanggaan peribadi disebabkan Raihan bukan calang-calang nama,” katanya.
Kredit perlu diberikan kepada Alif kerana versi terbaharu Damba CintaMu berjaya meninggalkan kesan yang mendalam di hati setiap pendengar apatah lagi dalam situasi kini. Saat sukar dalam bulan Ramadan yang dihadapi oleh masyarakat yang terpaksa berhadapan dengan masalah seperti kehilangan sumber pendapatan gara-gara pendemik COVID-19 yang mengancam kehidupan masyarakat sejagat.
Apa yang perlu dilakukan oleh setiap individu adalah kembali kepada fitrahnya. Iaitu kembali mengingati Allah S.W.T dan mengambil peluang duduk di rumah ini untuk melakukan amal ibadat dengan lebih tenang. Antara amalan yang boleh dilakukan termasuklah melakukan solat lima waktu secara berjemaah, solat terawih berjemaah di rumah, membaca Al-Quran dan sebagainya. Inilah masa terbaik untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.
Bagi memastikan mesej yang disampaikan di dalam lagu tersebut ‘melekat’ di hati para pendengar, Alf menampilkan elemen segar dengan sentuhan tersendiri bagi menaikkan lagi keindahan lagu yang mempunyai maksud yang cukup mendalam. Suntikan bunyi dari setiap peralatan muzik yang digunakan di dalam arrangement baharu lagu tersebut membawa maksud tersendiri.
“Melodi asal Damba CintaMu menggunakan elemen ‘acapella’ sejujurnya sudah cukup indah. Bagaimanapun, untuk memberi impak lebih kuat, saya bersama band The Locos memberi elemen pembaharuan terhadap susunan muzik kali ini. Alif sendiri sudah lama bercita-cita untuk merakamkan lagu ini. Alhamdulillah segala perancangan dipermudahkan olehNya”, ujar Alif melalui Instagram miliknya @alifsatar.
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu
Kusering melanggar laranganmu
Dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku Kau pimpinlah
Diri ini Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depanMu
Sering jua kumemungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Bilakah diri ini kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku…
Melengkapkan elemen menyentuh kalbu melalui kolaborasi ini apabila video lirik lagu turut menerima sentuhan Neelofa untuk turut serta dalam pembikinan video lirik lagu tersebut. Buah tangan sulung syarikat milik Alif, ASET Records Sdn Bhd mencipta fenomena tersendiri apabila melihat bagaimana seorang hamba Allah menangis di sejadah tatkala merasakan betapa kerdilnya dirinya tatkala berhadapan dengan Allah S.W.T.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!