Gelaran Datin TikTok sememangnya cukup sinonim dengan nama usahawan fesyen dan kosmetik, Datin Lynda Rahim. Dengan jumlah pengikut mencecah 80k, celoteh wanita yang mesra membahasakan diri sebagai ‘Mah’ ini cukup ditunggu-tunggu.

Antara perkongsian yang dinanti peminatnya selain resipi, adalah review makanan, barang mekap dan penjagaan kulit yang digelar ‘racun TikTok’. Kalau tengok celoteh Datin Lynda, gerenti buat sesiapa pun teringin merasa!

IKLAN

Mengakui kehidupannya banyak berubah sejak mula bertudung, Datin Lynda kini lebih fokus pada bisnes serta selesa menguruskan suami dan anak-anak saja.

Pandemik COVID-19 banyak mengubah arah tujunya. Beliau sudah jarang menghadiri majlis sosial atau meraikan tamu di rumah, seperti dulu.

“Orang Akan Ingat Kita Dah Tiada Kalau Tak Keluar Media Sosial” Datin ‘TikTok’ Lynda Rahim
Keluarga menjadi prioriti Datin Lynda sekarang

 

“Orang Akan Ingat Kita Dah Tiada Kalau Tak Keluar Media Sosial” Datin ‘TikTok’ Lynda Rahim

 

Namun di sebalik itu, wanita VIP ini ligat menguatkan personal branding beliau di platform media sosial. Tak menang tangan menerima pesanan dan pembelian secara online, tak kiralah sama ada produk Lynda Rahim Beauty, Lynda Rahim Scarves malah tempahan di butik perkahwinan Lynda Rahim KL, berkat pengaruhnya yang kuat dan melekat di fikiran.

 

Ilmu beliau sehingga mencipta fenomena sendiri di TikTok menjadi topik Nona On Air – Usahawan Kreatif Bina Jenama Mesra Media Sosial pada 18 Ogos lalu.

Nona: Kenapa guna nama ‘Mah’?
Datin Lynda: Sebenarnya bila kita nak buat sesuatu content, kita perlu cipta sesuatu yang mudah diingati. Jadi takkan saya nak dikenali sebagai Kakak, Sis, panggil Awak, Kamu, atau Korang… ini semua klise. Takde USP.

IKLAN

Bila saya nak wujudkan personal branding, kebetulan di antara saya dan seorang kawan rapat, setiap hari Jumaat adalah hari kami ‘bergayut’. Jadi keluar bahasa-bahasa macam ‘Mah’ dan ‘Jah’. Macam jadi trademark nama ‘Mah’ tu even bila saya keluar pun tetap bahasakan diri saya ‘Mah’.

 

Nona: Bagaimana transisi Datin Lynda, daripada seorang usahawan wanita yang ligat kini meneroka dunia TikTok?
Datin Lynda: Sekarang ni semuanya dah berubah. Kita kena bergerak selaras dengan peredaran masa. Kalau tak ikut, bisnes akan ketinggalan. Contohnya make-up artist, kalau dia tak keluar tunjukkan hasil karya dia… orang takkan kenal.

Dalam media sosial, kalau kita tak keluar, orang akan ingat kita dah ‘mati’. Cikgu saya nasihatkan, explore TikTok. Walaupun mulanya tengok TikTok ni, rasa tak kuasalah nak menari-nari, tapi itulah hakikatnya.

IKLAN

Now TikTok is the new platform. Kalau nak stay in the current game, kita kena join sama.

Saya ambil masa sebulan setengah untuk study tentang TikTok dan sebelum saya mula buat content. Masa tu saya layan sampai pukul 3 pagi. Saya secara rasminya aktif di TikTok pada awal tahun lepas (2021).

Banyak lagi perkongsian bermanfaat Datin Lynda Rahim dalam sesi Instagram Live, Nona On Air. Tonton video penuh di bawah…

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI