
23 Oktober ini genap empat bulan Watie Hanifiah bergelar isteri kepada Shuib. Meskipun pada awalnya ada yang berpandangan skeptikal terhadap Watie apabila pelawak, usahawan dan penyampai radio tersebut mengumumkan berita perkahwinan mereka kepada khalayak namun wanita berjiwa penyayang ini berjaya mengubah persepsi negatif berkenaan dan kini semakin disenangi.
Bukan hanya berjaya memenangi hati keempat-empat anak Shuib malah saban hari juga warga maya mula terpikat dengan keperibadian Watie yang penuh keibuan. Rata-rata mereka memuji tindakan dan usaha wanita berusia 35 tahun ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, Watie dilihat cukup selesa meluangkan masa dengan anak-anak dan tidak kekok menguruskan anak bongsu, Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.



Salah satu posting Watie yang menarik perhatian followers ialah ketika Hari Kerjaya Talita dan Matin.
“Hari ni anak-anak mummy ada career day event.. Aaaa mummy so excited! Sebab mummy dulu masa sekolah suka bab-bab pakai uniform ni, rasa segak sangat aihhh.
Jadi mummy hari ni pilih uniform lebih kepada ikut selera mummy sebenarnya. Tapi mujur bila beli tu Talita dan Matin suka.. tak kena reject!


Sebab Matin request nak pakai baju golf dan Dekta request nak pakai baju Starbucks. Mummy cakap boleh tapi tu nanti-nanti.
And paling happy bila kawan-kawan, teacher semua puji anak daddy Shuib Sepahtu comel, handsome, lawa. Ok mummy tumpang bangga jap!”





Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah juga merupakan ahli perniagaan dan turut memiliki bisnes ‘Krupp Krupp by The Hanifiahs’.
Dia sah bergelar isteri Shuib pada 23 Jun 2023. Terdahulu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/dato-alha-berjaya-naikkan-seri-wajah-watie-beri-jawapan-padu-dapat-komen-netizen-serba-tak-kena/
Tak Semua Sista Ovari Membahayakan, Ini Penerangan Doktor Yang Wanita MESTI TAHU!

Menurut laporan Malaysian Medical Journal (1994), seorang wanita Melayu berusia 29 tahun telah mengadu tidak dapat bernafas dan sukar untuk berdiri tegak kerana perut beliau terlalu buncit.
Pakar Sakit Puan yang merawat beliau berjaya mengeluarkan cecair dari abdomen beliau sebanyak 18 liter tetapi perut beliau masih lagi buncit. Beliau seterusnya telah selamat menjalani pembedahan dan baki sista seberat 20 kilogram telah berjaya dikeluarkan.
Jumlah keseluruhan sista itu adalah seberat 38 kilogram, dan ini adalah antara sista gergasi pernah direkodkan di dunia. (Ravichandran J, Med J Malaysia Vol 49, No 3 Sept 1994)
Apakah itu sista ovari?
Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Pusat Perubatan Barakah, Klang, Dr Khairiah Seman, sistem peranakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari serta tiub fallopian. Ovari adalah dua organ kecil yang terletak di kedua-dua belah rahim dalam badan wanita. Mereka menghasilkan telur (ovum) serta hormon seperti estrogen dan progesteron. Hormon adalah bahan kimia yang mengawal bagaimana sel-sel atau organ-organ tertentu berfungsi.
Pada setiap satu kitaran haid, telur membesar dan tumbuh pada kantung kecil di dalam ovari yang dipanggil folikel. Apabila telur matang, folikel akan pecah terbuka untuk melepaskan telur. Seterusnya, kantung yang pecah itu akan mengecut dan berubah menjadi corpus luteum. Corpus luteum merembeskan hormon yang membantu menyediakan telur pada kitaran seterusnya.
Sista di dalam ovari adalah masalah yang kerap berlaku kepada wanita. Kebanyakan sista ovari ini bukanlah ketumbuhan kanser. Hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, sebahagian dari sista ini memerlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti biasa. Hanya dalam beberapa kes yang kecil, ia bertukar menjadi ketumbuhan kanser.
Apakah jenis-jenis sista ovari yang boleh terjadi?
Terdapat beberapa jenis sista ovari. Yang paling biasa adalah sista berfungsi (functional cysts). Ia terjadi semasa ovulasi. Sista berfungsi sebegini terbahagi kepada sista folikel dan sista luteal.
(1) Sista folikel. Sista ini terjadi apabila folikel tidak pecah untuk melepaskan telur tetapi sebaliknya terus berkembang. Sista jenis ini biasanya hilang dalam tempoh 1 hingga 3 bulan.
(2) Sista luteal. Sista ini terjadi apabila selepas telur dikeluarkan, kantung terus membesar. Kebanyakan sista ini hilang selepas beberapa minggu. Mereka boleh membesar kadang-kadang melebihi saiz lima sentimeter. Sista ini boleh pecah atau menyebabkan ovari terpusing (twisted ovary) dan menyebabkan kesakitan. Beberapa jenis ubat yang digunakan untuk rawatan kesuburan seperti Clomid serta suntikan hormon FSH boleh meningkatkan risiko mendapat sista ini.
Lain-lain jenis sista termasuk:
Endometrioma (chocolate cyst). Sista ini terbentuk pada wanita yang mempunyai endometriosis. Masalah ini berlaku apabila tisu lapisan rahim (endometrium) tumbuh di luar rahim. Sista ini boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan intim dan semasa haid. Endometriosis adalah punca utama kemandulan wanita.
Cystadenoma
Sista ini terbentuk daripada sel-sel di permukaan luar ovari. Mereka selalunya dipenuhi dengan cecair kekuningan atau pekat. Mereka boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan.
Dermoid cyst
Sista ini mengandungi pelbagai jenis tisu yang bersifat primitif seperti bahan-bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan.
Polycystic ovari
Sista ini disebabkan oleh timbunan sista-sista kecil yang berganda menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Misalnya, kitaran haid menjadi tidak teratur, bulu roma yang tumbuh berlebihan di badan dan kemandulan.
Kanser ovari
Walaupun kanser ovari menyumbang sebanyak 25 peratus sahaja daripada jumlah kanser sistem peranakan wanita, ia adalah kanser yang merbahaya. Sebanyak 50 peratus kematian kanser wanita adalah disebabkan oleh kanser ovari. Ini adalah kerana tiada cara saringan yang berkesan.
Apakah gejala-gejala sista ovari?
Kebanyakan sista ovari tidak menyebabkan apa-apa gejala. Namun begitu, kadang-kadang ia boleh menyebabkan tekanan, bengkak atau sakit di bahagian perut dan pelvis, rasa tidak selesa di belakang dan paha, masalah membuang air kencing, sakit semasa hubungan intim/kelamin atau semasa haid, pertambahan berat badan, pendarahan tidak normal atau kesakitan payu dara.
Bagaimanakah sista ovari boleh dikesan?
Kebanyakan sista ovari dikesan semasa pemeriksaan pelvis yang rutin (pelvic examination) di klinik perubatan. Doktor mungkin mendapati bengkak di bahagian pelvis. Sekiranya ini berlaku, beberapa ujian akan dilakukan untuk membantu dalam perawatan. Ujian termasuk:
– Ultrabunyi (Ultrasonogram). Dengan ultrabunyi, doktor boleh melihat sista tersebut dari segi bentuk, saiz, lokasi dan jisim, iaitu sama ada ia dipenuhi cecair, pepejal atau campuran.
– Ujian kehamilan. Ujian ini boleh diberikan untuk memastikan tiada kehamilan.
– Ujian tahap hormon. Tahap hormon boleh digunakan untuk melihat jika terdapat masalah berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
– Ujian darah. Ujian ini dilakukan untuk mengetahui jika sista tersebut mungkin kanser. Contohnya sejenis protein di dalam darah yang dipanggil CA-125. Jumlah CA-125 adalah lebih tinggi dengan kanser ovari.
– Ujian pengimejan yang lain: Imbasan CT, MRI, dan pancaran positron tomography (PET) boleh memberi imej imbasan yang sangat terperinci.
– Laparoskopi. Pemeriksaan laparoskopi dilakukan dengan membuat tiga lubang kecil masing-masing satu untuk dimasukkan kamera dan dua lagi dimasukkan peralatan untuk membuang sista ovari tersebut. Semasa pemeriksaan ini, pakar bedah boleh menemui sista atau ketumbuhan dan boleh mengeluarkan sebahagian kecil tisu (biopsy) untuk ujian kanser.
Rawatan
Sesetengah sista akan hilang begitu sahaja dalam masa satu hingga dua bulan tanpa dirawat. Jika ianya tidak mengecut, pembedahan mungkin diperlukan untuk membuang sista tersebut. Jika sista itu dapat dikesan lebih awal, ianya hanya mungkin memerlukan pembedahan yang kecil dan sista itu mungkin dibuang tanpa melibatkan ovari. Kadang kala ovari perlu dibuang dan pembedahan mungkin melibatkan pengeluaran tiub fallopian dan juga rahim.
Rawatan lain yang khusus untuk kanser ovari termasuklah rawatan kemoterapi dan radioterapi.
Oleh kerana sista ovari biasanya tidak menunjukkan gejala, adalah penting bagi wanita yang pernah mengalami sista di masa yang lalu atau mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser ovari melakukan pemeriksaan pelvis secara berkala. Wanita yang pernah mengalami sista ovari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya lagi di masa hadapan. Dalam beberapa kes tertentu terutamanya pada wanita yang putus haid, jika berlakunya sista ovari yang merbahaya, rawatan awal biasanya memberi lebih jaminan untuk sembuh. Hamizatul Maizan Mohamed
Jom Lihat Kemewahan Hotel Mewah Milik Brunei Yang Diboikot Oleh Selebriti Barat

Negara Brunei sebuah negara bekas jajahan British yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam. Sultan Brunei telah pun mengeluarkan arahan untuk melaknsanakan undang-undang Syariah yang membenarkan hukuman rejam sampai mati untuk pesalah zina dan homoseksual.
Pelaksanaan undang-undang ini telah mendapat kritikan di peringkat global termasuk artis-artis terkenal di Barat. Antara artis yang lantang memperkatakan tentang isu ini adalah George Clooney. Pelakon Hollywood ini menyeru orang ramai memboikot sembilan hotel milik keluarga diraja Brunei ini.
Begitu juga Ellen yang mengacara The Ellen Show telah menyenaraikan 9 buah hotel milik keluarga diraja Brunei untuk diboikot. Jom kita lihat kemewahan hotel milik keluarga diraja ini yang berdiri megah di lokasi terkenal di dunia.
1. Hotel Bel-Air (Los Angeles, USA)
2. The Beverly Hills Hotel (Beverly Hills, USA)
3. The Dorchester (London, UK)
4. 45 Park Lane (London, UK)
5. Coworth Park (Ascot, UK)
6. Le Meurice (Paris, France)
7. Hotel Plaza Athenee (Paris, France)
8. Hotel Eden (Rome, Italy)
9. Hotel Principe di Savoia (Milan, Italy)
Sebagai umat Islam dan rakyat Brunei yang faham pelaksanaan undang-undang ini mereka menerima baik pelaksanaan hukum hudud sejak ia dilaksanakan pada Mei 2014. Setakat ini, belum ada mana-mana rakyat Islam Brunei yang dikenakan dan menjalani hukuman hudud tersebut.
Pada 3 April 2019 lalu, Brunei mengumumkan hukuman rejam sampai mati akan dikenakan bagi kesalahan homoseksual (hubungan seks sejenis). Hukuman inilah yang ditentang hebat kumpulan LBGT sebagai bertentangan dengan hak asasi manusia.
Diabetes Punca Utama Penyakit Buah Pinggang Kronik, 3 Perkara Ini Anda Wajib Tahu!

Terdapat pelbagai punca yang mengakibatkan kegagalan buah pinggang tetapi diabetes adalah punca utama bagi penyakit buah pinggang kronik. Dianggarkan 1 dalam 3 orang dewasa yang menghidapi diabetes juga menghidap penyakit buah pinggang kronik, ia melibatkan sebanyak 40% pesakit diabetes jenis 21. Kondisi ini dipanggil Penyakit Buah Pinggang Diabetik (Diabetes Kidney Disease atau DKD) juga dikenali, Diabetic Nephropathy.
Ia berlaku apabila buah pinggang anda mengalami masalah menapis sisa buangan daripada darah yang kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk air kencing. Jika ia tidak dirawat, buah pinggang anda akan gagal dan tidak boleh berfungsi. Jika ini berlaku, anda mungkin memerlukan pemindahan buah pinggang atau dialisis.
Berdasarkan laporan Malaysian Dialysis and Transplant Registry 2018, 69.2% pesakit buah pinggang peringkat akhir adalah disebabkan oleh DKD. Semakin tinggi tahap diabetes seseorang, semakin tinggi peluang mereka untuk menghidapi DKD.
Trend yang membimbangkan ini menyebabkan Malaysia mempunyai kadar prevalens kegagalan buah pinggang paling tinggi di dunia yang berpunca dari diabetes.
3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penyakit Buah Pinggang Diabetik (DKD)
1. Diabetes adalah punca No.1 kegagalan buah pinggang
Kebiasaannya diabetes mengambil masa bertahun-tahun untuk merosakkan buah pinggang dan jika ia berlaku, gejala DKD tidak begitu ketara di peringkat awal dan hanya akan lebih jelas apabila penyakit sudah di peringkat serius.
Oleh itu, kedua-duanya, diabetes dan penyakit buah pinggang digelar sebagai pembunuh senyap tanpa gejala terutamanya pada peringkat awal.
Masalahnya apabila diabetes tidak didiagnosis atau tidak terkawal. Ramai orang tidak menyedari bahawa mereka menghidap diabetes jenis 2 untuk jangka masa yang lama yang boleh mengakibatkan peluang yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang sejurus selepas disahkan menghidap diabetes.
Beberapa gejala bagi penyakit buah pinggang yang berpunca dari diabetes adalah seperti pertambahan berat badan, pergelangan kaki bengkak, loya atau muntah, air kencing berbuih, lesu, nafas berbau air kencing, gatal-gatal, selera makan berkurangan dan kaki bengkak. Selain itu, organ lain yang mungkin terjejas oleh penyakit buah pinggang ialah mata dengan gejala seperti penglihatan kabur dan floaters.
2. Bagaimanakah saya boleh memastikan buah pinggang saya sihat jika saya menghidap diabetes?
Cara terbaik untuk melambatkan atau mencegah komplikasi buah pinggang yang berkaitan dengan diabetes adalah dengan sentiasa mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat. Selain itu, ia adalah penting untuk menjalani gaya hidup sihat di mana salah satu faktor terbesar adalah pemakanan.
Pemakanan yang sihat tidak bermakna anda hanya perlu mengambil salad sementara yang lain menjamu ayam belanda dan biriyani. Anda pun boleh mengambilnya tapi dengan kadar pengambilan yang berpada-pada.
3. Rawatan untuk Penyakit Buah Pinggang Diabetik (DKD)
Dengan ubat-ubatan serta rawatan terkini yang tersedia di pasaran, kunci kepada rawatan yang berkesan untuk komplikasi ini ialah hubungan yang kukuh antara pesakit, doktor, sokongan daripada ahli keluarga dan paramedik seperti pakar pemakanan dan jururawat.
Kadar kematian dan penyakit kardiovaskular meningkat secara eksponen bagi pesakit dengan Penyakit Buah Pinggang Diabetik(DKD). Pesakit DKD biasanya akan menemui ajal lebih awal sebelum mencapai peringkat akhir penyakit buah pinggang. Jika pesakit mencapai
peringkat akhir penyakit buah pinggang, mereka memerlukan terapi penggantian buah ping-gang termasuk pemindahan buah pinggang atau dialisis. Pesakit perlu memantau kormoditi mereka dengan penuh teliti bersama doktor mereka termasuk hipertensi, obesiti, hiperkoles-terolemia dan merokok. Kesemua penyakit ini boleh membawa maut bersama diabetes.
SERIUS
Pakar penjagaan kesihatan biasanya akan menasihati pesakit diabetes tanpa gejala untuk menjalani saringan penyakit buah pinggang dan jantung. Ini kerana penyakit ini biasanya berlaku secara senyap dan biasanya tidak menampakkan sebarang gejala sehingga sampai ke peringkat serius.
Saringan yang disyorkan untuk penyakit buah pinggang diabetes (DKD) adalah dengan melakukan ujian mudah, seperti ujian air kencing yang dipanggil Urine ACR bagi meneliti kebocoran protein serta ujian darah bagi melihat fungsi buah pinggang yang dipanggil serum creatinine.
Saringan perlu dilakukan pada hari yang sama seseorang itu didiagnosis menghidapi Diabetes Jenis 2 dan 5 tahun selepas bermulanya diabetes Jenis 1. Walau bagaimanapun, cadangan untuk menyaring pesakit diabetes tanpa gejala untuk penyakit kardiovaskular pernah menimbulkan kontroversi dan perlu dinilai secara individu.
Bagi pesakit diabetes yang sudah menghidap penyakit buah pinggang atau jantung, strateginya adalah untuk mengurangkan kesan penyakit daripada menjadi lebih teruk dan saringan bukan lagi menjadi keutamaan.
Sebagai sebuah negara, kita berlumba dengan masa kerana 1 daripada 5 orang dewasa di negara ini menghidap diabetes. Oleh itu, pengesanan awal, pencegahan dan rawatan adalah kunci utama.
Namun, kebanyakan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes atau pra-diabetes masih beranggapan mereka sihat kerana diabetes selalunya tiada gejala. Maka dengan itu, adalah penting untuk melakukan pemeriksaan secara berkala. Saringan adalah cara terbaik untuk mencegah diabetes dan komplikasinya.
For Your Sweetheart Campaign mengajak semua rakyat Malaysia untuk memelihara kesihatan diri dan orang tersayang dengan Pemeriksaan Diabetes HbA1c PERCUMA di klinik yang mengambil bahagian di seluruh negara. Inisiatif ini disokong oleh Boehringer Ingelheim dengan kerjasama Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES) dan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM).
Anda boleh layari www.foryoursweetheart.my untuk mendaftar Saringan Percuma hari ini atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang diabetes.