MashaAllah, diam tak diam sudah dua tahun rupa-rupanya usia perkahwinan Sheera Iskandar dan suami tercinta. Masih ingat lagi kali pertama Nona menemu bual pasangan ini pada tahun 2021, waktu itu mereka baru saja mendirikan rumah tangga.

IKLAN

Alhamdulillah, moga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga!

Berkongsi kenangan majlis perkahwinan di media sosial, menerusi gambar tersebut kelihatan Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar anggun persis bidadari dalam persalinan indah rona putih.

Seri wajah pelakon Gerak Khas ini juga begitu terserlah apabila berada di samping suami yang merupakan anggota polis, Mohd Halim Abdul Gani.

Cantik Persis Bidadari Di Majlis Kahwin, Sheera Iskandar Rai Anniversary Ke-2 & Kian Bahagia Kehadiran Anak!
Kredit Instagram @sheeraiskandar

Bersempena ulang tahun perkahwinan kedua pada 3 Mei, ucap Sheera, “Happy 2 years of togetherness sayang. I love you!”

Mengimbas kembali detik perkenalan mereka, anak kepada pelakon Aznah Hamid ini pernah mendedahkan kepada Nona yang dia mula rasa keserasian dengan suami saat pertama kali berkenalan.

“Kami kenal masa 2019, masa itu saya shooting Gerak Khas di Labuan. Masa sampai di sana, jumpa dengan suami dan dia tegur kata ada DM saya di IG. Saya ingatkan dia memang peminat Gerak Khas atau nak berlakon dalam Gerak Khas.

Cantik Persis Bidadari Di Majlis Kahwin, Sheera Iskandar Rai Anniversary Ke-2 & Kian Bahagia Kehadiran Anak!
Kredit Instagram @sheeraiskandar
Cantik Persis Bidadari Di Majlis Kahwin, Sheera Iskandar Rai Anniversary Ke-2 & Kian Bahagia Kehadiran Anak!
Kredit Instagram @sheeraiskandar
Cantik Persis Bidadari Di Majlis Kahwin, Sheera Iskandar Rai Anniversary Ke-2 & Kian Bahagia Kehadiran Anak!
Kredit Instagram @sheeraiskandar

Jadi, saya beritahu dia kalau nak berlakon jangan buat baik dengan saya. Buat baik dengan Datuk Yusof Haslam. Rupa-rupanya dia serius hendak kenal dengan saya dan bukan sebab hendak berlakon.

IKLAN

Istimewanya suami, dia ibarat best friend dan saya rasa senang berbual dengan dia. Suami pula waktu itu start jadi agen Tomasoap.”

Dedah Sheera lagi, “Selain tertarik dengan peribadi dia, saya juga selesa dengan cara keluarga suami menghargai saya. Walau mereka tahu status saya sebagai janda waktu itu, tapi mereka tak kisah dan mahu kami cepat-cepat berkahwin.

Malah, layanan ayah mertua terhadap isterinya yang berkerusi roda juga buat saya percaya mereka adalah dari keluarga yang baik-baik.”

IKLAN

Baca https://www.nona.my/warisi-kecantikan-ibu-sheera-iskandar-aktif-berniaga-skincare-tomasoap-keluaran-sendiri/

Cantik Persis Bidadari Di Majlis Kahwin, Sheera Iskandar Rai Anniversary Ke-2 & Kian Bahagia Kehadiran Anak!
Kredit Instagram @sheeraiskandar
Cantik Persis Bidadari Di Majlis Kahwin, Sheera Iskandar Rai Anniversary Ke-2 & Kian Bahagia Kehadiran Anak!
Kredit Instagram @sheeraiskandar
Cantik Persis Bidadari Di Majlis Kahwin, Sheera Iskandar Rai Anniversary Ke-2 & Kian Bahagia Kehadiran Anak!
Kredit Instagram @sheeraiskandar
Cantik Persis Bidadari Di Majlis Kahwin, Sheera Iskandar Rai Anniversary Ke-2 & Kian Bahagia Kehadiran Anak!
Kredit Instagram @sheeraiskandar
Cantik Persis Bidadari Di Majlis Kahwin, Sheera Iskandar Rai Anniversary Ke-2 & Kian Bahagia Kehadiran Anak!
Kredit Instagram @sheeraiskandar

Mengamati perkongsian Sheera di media sosial, jelas membuktikan betapa suaminya menghargai dan menggalas tanggungjawab terhadap keluarga dengan sebaiknya.

Lebih bermakna apabila mereka dikurniakan anak perempuan comel diberi nama Puteri Long Harissa pada 22 Mei 2022.

Baca https://www.nona.my/comelnya-anak-sheera-iskandar-puteri-long-harissa-bakal-berusia-9-bulan-miliki-mata-cantik/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI