Kagum dengan semangat tak pernah putus asa yang ada dalam diri Mila Jirin. Meskipun perniagaan pakej perkahwinan yang diusahakan selama bertahun-tahun terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, dia tetap cekal mengharungi ujian dengan melakukan pelbagai inisiatif. Memang ‘kecil-kecil cili padi’ Mila ni, ada sahaja peluang depan mata terus ‘sambar’ dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Pasrah dengan ketidaktentuan ekonomi ketika ini, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin bagaimana pun enggan mengalah tempuh cabaran sebagai seorang usahawan. Sesukar mana pun ujian yang datang, kebajikan para pekerja sentiasa menjadi keutamaan dirinya dan suami. Untung staf dapat majikan bertimbang rasa macam Mila!

Disifatkan seorang wanita berjiwa cekal, Mila yang gemar berkongsi kata-kata positif di media sosial mendedahkan situasi yang dialami mereka baru-baru ini. Dalam perkongsian terkininya, Mila bersyukur perniagaan Nasi Arab Bizmilla semakin mendapat permintaan.

Penangan ‘Nasi Arab Bizmilla’, MILA JIRIN Tak Menang Tangan Terima Tempahan! Penangan ‘Nasi Arab Bizmilla’, MILA JIRIN Tak Menang Tangan Terima Tempahan! Penangan ‘Nasi Arab Bizmilla’, MILA JIRIN Tak Menang Tangan Terima Tempahan! Penangan ‘Nasi Arab Bizmilla’, MILA JIRIN Tak Menang Tangan Terima Tempahan!

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan daripada pelanggan, Mila mesra menyambut panggilan Nona. Ujarnya, “Idea nasi arab ini datangnya dari suami saya, Isz Mustapha. Saat perniagaan kami yang melibatkan industri perkahwinan dan katering majlis terkesan, suami saya mendapat ilham dari Allah untuk melaksanakan menu Nasi Arab Resipi Dapur Bawah Tanah ini. Bab memasak, cef Bizmilla Catering yang akan uruskan sementara saya pula bantu mereka dalam soal pengurusan.

Setakat ini kami menawarkan dua pilihan nasi arab iaitu Nasi Arab Bizmilla Kambing dan Nasi Arab Bizmilla Ayam. Alhamdulillah kami bermula dengan 200 pax dan sehingga hari kelima kami berjaya menjual 1,000 pax sehari.”

Tanpa berselindung mendedahkan situasi syarikat yang berdepan masalah kewangan kepada umum, Mila bagaimana pun optimis mencari penyelesaian bagi membantu para pekerjanya. Namun pendedahan Mila mengenai keadaan dirinya dan suami yang tidak menerima gaji selama hampir setahun ini mengejutkan ramai pihak. 

Penangan ‘Nasi Arab Bizmilla’, MILA JIRIN Tak Menang Tangan Terima Tempahan! Penangan ‘Nasi Arab Bizmilla’, MILA JIRIN Tak Menang Tangan Terima Tempahan! Penangan ‘Nasi Arab Bizmilla’, MILA JIRIN Tak Menang Tangan Terima Tempahan!

“Sebagai pengurusan tertinggi di Bizmilla, saya dan suami memang dah tak ambil director allowance for almost one year. Sebab kita mendahulukan para pekerja. We want to make sure semua mereka ada gaji. Alhamdulillah hampir setahun iaitu dari Mac hingga hari ini, semua para pekerja saya masih diberi full basic salary. Ada elaun yang terpaksa kami kurangkan termasuk elaun perjalanan dan makanan contohnya.

Apa-apa pun, selebihnya dengan bantuan subsidi upah… alhamdulillah kami dapat manage our team. This is our responsibility. Saya enggan melepaskan mereka kerana bagi saya, selagi mana Allah kurnia kudrat, ilham dan idea baru untuk mencari pendapatan syarikat, kami akan berusaha sehabis mungkin untuk para pekerja dalam waktu-waktu sukar ini.”

Murni sungguh hati pasangan suami isteri ini yang sentiasa meletakkan kebajikan pekerja mereka sebagai keutamaan. Bukan senang dapat majikan baik macam Mila dan suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Mila yang mempunyai tiga cawangan di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Johor Bahru berkata dia sangat bersyukur kerana memiliki pekerja yang memahami. “Saya ada staf lebih 100 orang dan mereka sangat supportive. Pada mulanya, bila saya ajak mereka buat benda baru untuk tambah pendapatan… ada yang tak boleh terima.

Tapi lepas saya motivate dan terangkan kepada mereka tentang situasi syarikat, akhirnya mereka faham. Sebagai majikan saya perlu jelaskan kepada mereka apa back up plan dan kesukaran syarikat. Bila mereka juga sehaluan, senang untuk kami guide mereka dan sebagainya.

Handle business during PKP memerlukan kesabaran dan kreativiti. Perlu membuat banyak perancangan untuk memastikan perniagaan dapat bernafas. Selain itu, perlu bersedia menceburkan diri dalam bidang yang baharu yang bersesuaian dengan situasi PKP ini.”

Tidak lagi aktif dalam dunia nyanyian, Mila mendedahkan dia pernah dikritik individu tidak bertanggungjawab yang kurang senang melihat perniagaannya hari ini. Enggan menyimpan dendam, ibu kepada seorang cahaya mata ini menyifatkan perkara yang berlaku tersebut adalah asam garam buat dirinya sebagai usahawan.

Penangan ‘Nasi Arab Bizmilla’, MILA JIRIN Tak Menang Tangan Terima Tempahan! Penangan ‘Nasi Arab Bizmilla’, MILA JIRIN Tak Menang Tangan Terima Tempahan! Penangan ‘Nasi Arab Bizmilla’, MILA JIRIN Tak Menang Tangan Terima Tempahan! Penangan ‘Nasi Arab Bizmilla’, MILA JIRIN Tak Menang Tangan Terima Tempahan!

“Saya ikhlas berniaga kerana Allah. Ini ikhtiar yang kami lakukan dalam kesinambungan kami untuk memastikan para pekerja kami kekal punya pekerjaan dan gaji. Saya memang dah lama tak menyanyi. Bukan sebab tak laku tapi sebab Allah tak izinkan.

Jadi manusia penuh dengan kasih sayang bantu-membantu sesama kita. Tak boleh bantu sahabat-sahabat kita secara wang ringgit, bantu secara kudrat. Andai kudrat pun tak mampu, bantu secara sokongan moral. Saya bersyukur walaupun tak laku dalam dunia seni saya yakin perancangan Allah Maha Hebat. Ada sebab musabab ia berlaku. Hampir setahun Allah uji kami insan-insan yang berniaga. Tapi kami tak akan pernah putus harap sebab kami yakin perancangan Allah Maha Hebat.”

Selain perniagaan Nasi Arab BIZMILLA, difahamkan salah satu cabang bisnes Mila iaitu CakesMilla turut semakin mendapat sambutan luar biasa penggemar manisan. Idea menguruskan bisnes ini tercetus sejak April lalu yang kini telah pun mempunyai sebuah lori untuk memudahkan proses penghantaran.

“Alhamdulillah, bisnes CakesMilla ini juga ilham yang Allah hadirkan di saat perniagaan saya terkesan pada April 2020 yang lalu. Kami membuka Cakesmilla menggunakan team chef pastri Bizmilla. Alhamdulillah sambutan yang diterima pun sangat menggalakkan.”

Nona tumpang bangga dan terinspirasi dengan kegigihan Mila menguruskan empayar. Ternyata, bukan mudah untuk berjaya tapi Mila membuktikan kejayaan dapat digapai jika tidak berputus asa dan percaya akan rezeki yang dikurniakan Allah. Moga terus sukses!

 

 

Kredit foto : Instagram Mila Jirin

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI