Penyakit ialah ujian daripada Allah SWT. Ia juga kerana cintaNya kepada hamba. Allah SWT mencintai kesabaran, kesungguhan dan doa hamba-hambaNya. Islam menyuruh umatnya berikhtiar untuk berubat apabila dijangkiti sebarang penyakit. Ini nasihat Ustazah Sharifah Khasif untuk peringatan kita bersama.

“Sebagaimana Allah SWT merakamkan dalam  Surah Al-Israk : 82 “ dan Kami turunkan Al-Quran beransur-ansur yang terdiri daripada ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya“

IKLAN

Direkodkan daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda, setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat itu sesuai dengan penyakit itu, ia sembuh dengan izin Allah SWT. ‟Dari Usamah bin Syarik menceritakan daripada Rasulullah SAW bersabda, seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW apabila mendapati penyakit, “Wahai Rasulullah! Adakah kami perlu berubat?” Rasulullah SAW bersabda, “Ya, wahai hamba Allah. Hendaklah kamu berubat. Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan penyakit melainkan ada penawarnya.” Hadith riwayat Tirmizi.

HUKUM BERUBAT MENURUT ISLAM

  • Harus bagi orang awam ketika dia masih dapat menanggung kesakitan, bersabar atau penyakit itu belum kritikal.
  • Wajib bagi yang tidak mampu menanggung kesakitan yang dialaminya.
  • Sunat bagi mereka yang niat berubat kerana mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
  • Haram apabila pesakit itu beriktikad yang menyembuhkan penyakit adalah daripada ubat yang digunakan atau yang dimakan sedangkan hakikat penyembuh ialah Allah SWT. Begitu juga jika ia berubat dengan perkara yang dilarang syarak.

Setiap rawatan asalnya halal dan harus kecuali terdapat dalil yang sahih lagi jelas daripada syarak yang mengharamkannya. Dari surah Al-Hajj : 65 “Tidakkah kamu melihat Allah SWT yang memudahkan apa yang ada di bumi untuk kamu? ”Rasulullah SAW bersabda, “Berubatlah kalian dan janganlah berubat dengan yang haram.”

Haram jika rawatan kepada pesakit:

  1. Menggunakan bahan-bahan kotor dan najis.
  2. Membawa mudarat dan mencacatkan tubuh.
  3. Berdasarkan sihir, tahyul, khurafat dan bidaah.
  4. Menggunakan tangkal azimat.
  5. Berdasarkan jampi mantera.
  6. Menggunakan jin, iblis dan syaitan.

Hadis Abu Darda menyatakan Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT menurunkan penyakit berserta ubatnya dan dijadikan untuk setiap penyakit itu ubatnya. Berubatlah kamu dan jangan sekali-kali berubat dengan perkara haram.” Direkodkan oleh Abu Daud .

Direkodkan oleh Abu Daud, dalam hadis lain Rasulullah SAW ditanya perihal arak yang dijadikan ubat. Nabi menyatakan, arak itu penyakit dan bukannya ubat. Bahan-bahan najis seperti bangkai binatang, arak, najis binatang dan sebagainya tergantung kepada syarat keharusan berubat dengan benda najis hanyalah ketika:

DARURAT : Apabila diyakini pesakit bahawa mati atau rosak salah satu anggotanya apabila tidak diubati dengan menggunakan benda-benda haram, namun hanyalah sekadar yang diperlukan bagi menyembuhkan penyakit sahaja. Ketentuan keadaan darurat bagi menggunakan benda-benda haram perlu ditentukan doktor Muslim yang adil dan mahir dalam bidang perubatan namun begitu haruslah berusaha bersungguh-sungguh bagi mewujudkan ubat alternatif yang halal.

CARA BERUBAT YANG DIHARAMKAN 

Sihir

Dari sudut bahasa, perkara yang halus dan tersembunyi sebab-sebabnya. Dari sudut syarak, perkara atau kejadian yang tersembunyi sebabnya. Mungkin juga mengkhayalkan perkara yang bukan hakikat serta berlaku di luar kebenaran. Kebanyakan pengamal ilmu sihir mendapat pertolongan makhluk ghaib iaitu syaitan atau jin. Ini akan memudharatkan atau mengelirukan manusia.

IKLAN

Penyakit Tanda UJIAN & CINTA ALLAH Kepada HambaNya. Namun BERWASPADA Ketika Mencari Penawarnya

Khurafat & Pemujaan

Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan hakikatnya bertentangan dengan  konsep tauhid dan syariat. Contoh, mempercayai azimat dapat menghalang bahaya dan mengunjungi kubur dianggap keramat.

Tangkal & Azimat

IKLAN

Tangkal yang digunakan bagi menolak bala seperti penyakit, hantu, jin dan lain-lain. Azimat pula terdiri daripada tulisan yang ditulis pada kertas, kain, keratan kayu khusus atau kulit binatang yang dipakai pada bahagian tubuh seperti pinggang. Ia dianggap sakti dan boleh mengelakkan penyakit, bencana dan sebagainya.

PERUBATAN YANG DIBENARKAN

Digalakkan jika memenuhi 3 syarat utama iaitu menggunakan bacaan ayat-ayat A-Quran dan Sunah (rukyah) dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya, tidak bertentangan dengan syarak. Boleh menggunakan bacaan selain daripada bahasa Arab tetapi mestilah difahami maknanya dan tiada percanggahan syarak. Perawat perlu percaya yang penyembuh sebenarnya hanya Allah SWT. Perawat dan bacaan hanyalah ikhtiar.

Al-Jin : 6 “Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin. Ini kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

Muzakarah jawatankuasa fatwa ke-39 membuat keputusan, bersahabat dengan jin atas tujuan mendapatkan pertolongan dalam rawatan perubatan sehingga membawa syirik ialah haram. Jin tidak dapat dilihat maka kita tidak dapat memastikan jin yang menolong itu jin baik atau jin jahat, Islam atau kafir.”

Wallahua’lam

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI