Indahnya majlis perkahwinan bertemakan adat Jawa, selebriti Siti Saleha kini isteri pereka fesyen Joshua Fitton, turut hadir YDP Melaka!
Laksana majlis di istana silam, lokasi Rumah Citra Kasih di Bemban, Melaka dihias sebegitu indah oleh perancang perkahwinan, Jasamoure Wedding Concept.
Setiap ruang diberi sentuhan luar biasa, dengan untaian Melur, gubahan bunga segar dan draping tirai putih membangkitkan aura tradisional Jawa.
Majlis bertandang Siti Saleha, 35 dan suaminya yang merupakan seorang pereka fesyen, Joshua Fitton, 38 meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu jemputan pada Sabtu lepas.
Manis dan membahagiakan, saksikan sekitar kemeriahan majlis bertandang Siti Saleha dan Joshua Fitton yang sempat dirakam Lensa Nona ini…
Ads
Kedua mempelai mengenakan persalinan Jawa tradisional rona biru pekat Atelier Fitton yang direka oleh Joshua sendiri, lengkap aksesori cucuk sanggul dan bunga Melur menyerlahkan kecantikan asli Siti Saleha. Wajah jelita Siti Saleha disolek oleh jurumekap artis Syed Faizal Syed Noh manakala dandanan oleh Eddy Usman.
Sebagai anak sulung, keluarga Joshua teruja mengadakan majlis bertandang ini dengan tema Jawa memandangkan jejaka segak itu berdarah Jawa di sebelah ibunya.
Majlis resepsi besar-besaran ini berlangsung di negeri kelahiran ibu mentua Siti Saleha iaitu Puan Sarijah Abd Hamid yang berasal dari Melaka. Turut hadir menyerikan majlis adalah TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam serta isteri, selain ramai rakan artis seperti Dynas Mokhtar, Alicia Amin serta bekas ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi.
Ads
Siti Saleha sah bergelar isteri kepada Joshua dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Janda Baik, Bentong, Pahang pada 15 Februari lalu. Pada majlis pernikahan secara tertutup itu, Siti Saleha dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohd Baharum Abd Rahman.
Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan manakala jumlah mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran dirahsiakan.
Tak dinafikan ramai yang berasa senang dengan peribadi usahawan dan selebriti cantik, Nur Fazura Sharifuddin! Sejak berkahwin dan bergelar ibu, sikap Fazura yang mesra dan merendah diri sentiasa meniti di bibir peminat.
Apatah lagi, perniagaan Tudung Fazura juga mencetus fenomena luar biasa dan menjadi ‘kegilaan’ para hijabi masa kini. Mana tidaknya, koleksi Tudung Fazura dijual dengan harga mampu milik selain berkualiti dan rekaan menarik yang memenuhi kehendak masyarakat.
Setiap kali koleksi terbaharu dilancarkan memang laris di pasaran. Sampaikan ada di antara koleksi tersebut sold out dalam masa kurang 24 jam!
Terbaharu, Fazura membuat kejutan ramai apabila mengumumkan penganjuran konsert Faztival Fazura 2022. Julung kali diadakan, konsert ini bakal berlangsung pada 11 September depan.
Menariknya, konsert ini bukan calang-calang kerana ia bakal menghimpunkan barisan artis popular dalam dan luar negara. Antaranya Dato’ M Nasir, Dato’ Awie, Ella, Zizi Kirana, Ippo Hafiz, Kumpulan Ruffedge, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.
Bukan itu saja, Fazura juga bakal ‘menerbangkan’ lagenda muzik Indonesia iaitu Ahmad Dhani menerusi Ahmad Band di samping isterinya, Mulan Jameela!
Dalam sidang media yang berlangsung baru-baru ini, Fazura berkata dia bersyukur kerana konsert yang mengumpulkan rakan-rakan artis yang dikaguminya itu bakal direalisasikan.
Bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil dilaporkan bahawa harga tiket konsert ini dijual pada harga mampu milik.
Fazura turut memberitahu penganjuran konsert ini adalah sebagai meraikan peminatnya yang sentiasa menyokong kerjaya dan perniagaan yang diusahakan. Ini termasuk meraikan stokis dan ejen rasmi, Fazura Besties yang meraih pencapaian terbaik dan konsisten.
“Saya harap penganjuran sulung Faztival Fazura ini berjaya supaya dapat dijadikan sebagai konsert tahunan.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada manusia mahu berkahwin demi penceraian. Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta pasti ingin dipertahankan waima masalahnya setinggi gunung mencakar awan. Baik pasangan muda mahupun dewasa, perkahwinan semestinya medan menguji kesetiaan dan keutuhan kasih sayang.
Perkahwinan juga mengajar manusia untuk mengunci nafsu terhadap banyak perkara yang tidak mampu kita lakukan secara bersendiri. Bagi yang memandang ujian itu suatu tusukan positif dalam diri, pasti melihat perkahwinan sebagai platform melengkapi di antara satu sama lain. Anehnya, kepincangan tetap juga berlaku. Puluhan tahun sekalipun perkahwinan itu dibina, manusia sering tewas dengan percaturan hidup sendiri. Jika sudah tersurat olehNya perpisahan, maka yang bermula dengan keindahan, akan ternoktah jua.
Melalui detik penuh duka tatkala diceraikan, Intan Liana Saleh tidak pernah menyalahkan takdir di atas ketentuan jodoh yang tertulis untuk dirinya. Malah, ibu kepada dua cahayamata ini melihat takdir ini sebagai ketentuan Illahi dan mempunyai kenikmatan yang tersendiri tanpa disedari.
PAHIT NAMUN ADA KEMANISAN
Hampir setahun bergelar ibu tunggal, Intan tidak mengambil masa yang lama untuk bangkit dan meneruskan hidup demi dua cahayamata yang memerlukan perhatian dan kasih sayang darinya. Bagi Intan, tidak ramai yang mampu menghadapi perceraian dengan hikmah, sebaliknya dianggap azab dan musibah. Setiap perceraian pasti membuatkan seseorang itu terluka dan sedih dengan kejadian yang menimpanya.
“ Saya anggap kegagalan menghadapi perceraian dengan hikmah adalah lebih merugikan. Kebanyakan wanita takut kepada perceraian. Ada kalanya perceraian itu menjadi wajib kerana memberi maslahat dan keperluan buat pasangan terbabit bagi membina sebuah kehidupan baru atau sebagai satu proses pemulihan serta peluang untuk memperbaiki diri,” ujar Intan yang memperoleh segala kekuatan melalui dua cahayamatanya.
Walaupun terpaksa melalui pelbagai liku dan kata-kata netizen yang kadang-kala menguris hati dan perasaan, ternyata Intan sudah melupakan episod duka dan bangkit membina keyakinan diri untuk terus mengorak langkah membina kerjaya dan kehidupan yang lebih positif bersama anak-anak.
Malah rezeki Intan dalam bidang peragaan juga tidak kurang hebatnya apabila terpilih menjadi model untuk beberapa jenama fesyen sepanjang kempen Aidilfitri tahun lalu. Memiliki rupa paras yang cantik dengan figura wajah Melayu asli, menjadi salah satu kelebihan buat Intan untuk dijadikan model pilihan untuk jenama fesyen.
“Alhamdulillah ada hikmah di sebalik episod duka yang Intan lalui. Jika sebelum ini Intan hanyalah merupakan seorang suri rumahtangga yang duduk di rumah dan menjaga anak-anak, kini Intan sudah keluar dari ‘kepompong’ dan belajar hidup berdikari. Intan bukan sahaja dapat mencari sumber pendapatan untuk menyara keluarga, malah apa yang lebih penting, Intan sudah perolehi self esteem untuk berhadapan dengan pelbagai situasi.
Ia merupakan pelajaran dan pengajaran yang mematangkan Intan,” ujar Intan Liana yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup demi permata hatinya.
Fahami matlamat hidup itu sebagai ibadat kepada ALLAH. Jika tidak difahami, maka jiwa dan akal dibutakan nafsu serta keghairahan untuk bergembira tanpa batasan dalam dunia yang sementara ini. Kefahaman ini hanya diberi oleh ALLAH terhadap mereka yang memiliki keikhlasan dan berusaha menuju matlamat ubudiyah kepada-NYA,”sambung Intan lagi.
Tambah Intan lagi, dia melihat kehidupan kini dalam perspektif yang pelbagai ragam dan cerita yang mampu memberi kebahagiaan dan menumpahkan air mata. Saya berdoa mudah-mudahan semua pasangan yang berkahwin dijauhkan daripada cabaran berumah tangga sehingga membawa kepada penceraian. Kita masih boleh belajar dan ambil iktibar daripada berita-berita yang terpapar di akhbar mahupun di media elektronik,” ujar Intan lagi yang menjadikan kisah kegagalannya sebagai pencetus menguatkan emosi dan keyakinan diri buatnya.
Sebelum mengakhiri perbualan, wanita berusia lewat 20an ini menzahirkan hasrat untuk menstabilkan hidup dari segi kewangan demi meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anak.
“Insyaallah tahun ini Intan merancang untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan terutamanya berkaitan kecantikan. Sebagai ibu tunggal, Intan perlu mempunyai rancangan kewangan yang kukuh dan perniagaan adalah jalan terbaik untuk Intan memastikan sumber kewangan yang lebih terjamin. Namun segalanya masih dalam perancangan. Intan masih akan meneruskan kerjaya sebagai model sambilan dan ingin memajukan diri dalam pelbagai aspek. Intan yakin Allah sebaik-baik perancang dan Intan akan laksanakan untuk kebaikan anak-anak,” ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda meminati dunia sukan tempatan pasti mengenali seraut wajah ayu Aina Suzaily Mohd Zailanny, 28 tahun ini. Petah berkata-kata dan handal berbicara tentang dunia sukan yang didominasi lelaki ini. Tidak sangka minat sejak kecil dengan bola sepak boleh menjadi salah seorang insan penting dalam dunia sukan ini.
“Ya, minat bola dari sekolah lagi sebenarnya. Tengok bola dulu sebab enjoy tengok perlawanan dan tendangan goal. Tapi tidak sampai betul-betul study pasal team dan lain-lain. Tapi bila sekarang bekerja dengan bola, jadi macam lebih details. Lebih tahu pasal team, pasal selok-belok dalam game, laws of the game dan lain-lain,” jelas Aina memulakan bicara.
Apabila ditanya tentang bagaimana cara membawa diri di tengah-tengah dunia yang dikuasai lelaki itu, terangnya, “Cara bawa diri tak ada apa beza sangat. Macam biasa. Sebab fokus dan tujuan saya ke padang misalnya memang untuk kerja. Kendalikan tugas sbg #pitchsidehost. Menemu ramah sebelum perlawanan dan selepas perlawanan bola. Jadi banyak yang perlu difikirkan sebelum temu ramah itu. Soalan-soalan perlu disediakan sebelum perlawanan bermula. Kadang-kadang lupa juga dikelilingi kaum lelaki tempat saya bekerja.
Sentiasa kelihatan kekal bergaya walau di tengah padang Aina tidak menolak tepi tentang penjagaan kecantikan. “Saya banyak tengok pitch side host luar atau lebih dikenali dengan sideline sports reporter. Mereka memang lawa di padang, contohnya Sara Carbonero. Mereka masih kekal jelita walaupun bekerja dalam bidang sukan yang kita kenal didominasi kaum lelaki. Jadi bagi saya, buat apa kerja pun, kita sebagai wanita kekalkan imej wanita. Dan kecantikan itu luas. Cara pakai, cara bawak diri, cara komunikasi. Dan semasa saya bertugas di padang, lebih pentingkan kekemasan. Nampak kemas, profesional dan elegan,” jelas Aina yang meminati Kelab Liverpool ini.
Menurut Aina, kenangan paling manis sepanjang terlibat dengan dunia bola sepak adalah menerima jersey sebagai hadiah. “Bagi setiap peminat bola sepak, jersey pemain adalah hadiah paling berharga untuk mereka. Jadi saya pula bertugas dikelilingi pemain-pemain bola. Selepas interview tu kadang-kadang jersey-jersey #matchworn (jersey yang dipakai oleh pemain semasa perlawanan) senang nak dapat. Banyak juga koleksi jersey personal saya,” ungkapnya sambil tersenyum.
Sebagai penggiat dunia sukan Aina juga positif apabila minta diulas tentang pandangannya mengenai perkembangan dunia bola sepak Malaysia? “Bola sepak Malaysia pernah dihormati di benua Asia – layak ke Sukan Olimpik 2 kali, 1972 & 1980. Malaysia pasukan ke2 paling berjaya dalam Sukan SEA (Sukan Asia Tenggara) di belakang Thailand. Liga Malaysia (termasuk kejohanan Piala Malaysia) sangat meriah dan ada tradisi tersendiri. Liga Super sekarang juga antara yang terbaik di Asia Tenggara. Namun pencapaian dan keputusan pasukan kebangsaan Malaysia agak merudum sejak lewat 1980-an. Itu yang sedang diperbaiki oleh FAM, TMJ dan Nelo Vingada dalam usaha kebangkitan. Malaysia Boleh!!!
TRIVIA AINA SUZAILY MOHD ZAILANNY
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!