Siapa sangka, perkenalan yang singkat membawa ke jinjang pelamin. Itulah yang dilalui oleh pelakon drama, Yuna Rahim apabila selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Muhammad Nurakmal Ayub, 27, dalam majlis diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya baru-baru ini.
IKLAN
Menurut Yuna, dia dan suami mula rapat pada pertengahan tahun lalu, sebelum membuat keputusan mengikat tali pertunangan pada September 2022. Difahamkan, Yuna bergelar isteri kepada Muhammad Nurakmal juga kru produksi dan pemuzik dengan sekali lafaz yang disempurnakan oleh bapanya, Abdul Rahim Awang.
Menerusi perkongsian dalam laman Instagram miliknya, Yuna melahirkan rasa bersyukur kini bergelar isteri dan gembira majlis pernikahan berlangsung dengan lancar.
“Alhamdulillah, jumpa yang sama ‘cartoon’ dengan diri saya. Terima kasih pada semua yang hadir pada majlis yang serba sederhana.
“Insya Allah, sanding nanti memang ‘i invite’ (saya jemput) semua kawan-kawan,” tulisnya ringkas berserta emoji hati.
Beberapa rakan artis dan pengikut Yuna mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepadanya dan mendoakan rumah tangga dibina kekal hingga ke syurga jannah.
IKLAN
IKLAN
Difahamkan, pada majlis pernikahannya, Yuna atau nama sebenar, Shafiqah Husna Abdul Rahim menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh kepada pengantin lelaki.
Mengenai perkenalan mereka, Yuna memaklumkan, dia dan suami mula rapat, pertengahan tahun lalu, sebelum membuat keputusan mengikat pertunangan pada September 2022.
Ruang mencuci sering kali tidak mendapat perhatian khususnya dari segi kekemasan. Sedangkan ruang ini juga penting untuk diberikan sentuhan dekorasi dan penataan. Ruang mencuci yang tidak kemas pasti sedikit sebanyak akan mengganggu keindahan rumah. Ruang mencuci yang kemas dan cantik mampu memberi pengaruh positif ketika melakukan aktiviti mencuci pakaian.
Ruang mencuci bercirikan minimalis dan efisien dapat memberikan ketenangan tanpa perlu menggunakan ruang yang besar. Untuk memudahkan lagi, kadangkala ruang mencuci disertakan sekali dengan sudut untuk seterika. Berikut tip yang boleh anda jadikan panduan.
TENTUKAN TEMPAT
Untuk rumah yang besar, ruang mencuci boleh dibuat di basement rumah dan jauh daripada ruang utama rumah. Sekurang-kurangnya bunyi kuat daripada mesin basuh tidak mengganggu hunian. Jika rumah berkeluasan sederhana atau keci, ruang mencuci boleh dibuat dengan memaksimumkan ruang yang ada. Contoh, berhampiran dengan bilik mandi, dapur atau halaman belakang rumah. Pastikan terdapat saluran air untuk mesin basuh dan tempat menjemur pakaian.
OPTIMUMKAN PENGGUNAAN RUANG
Di ruang mencuci yang minimalis, memaksimumkan penggunaan ruang adalah satu kemestian. Agar tidak mengambil ruang terlalu banyak dan kos. Sebagai pembatas anda boleh menggunakan tirai atau pembahagi ruang jenis lipat. Untuk tempat seterika boleh menggunakan kerusi atau meja yang mudah dilipat dan disimpan.
PENATAAN BARANG
Susun dengan baik semua barang yang diperlukan untuk keperluan mencuci. Anda boleh menggunakan almari minimalis yang mempunyai banyak pembahagi. Selain menjadikan ruang mencuci tidak berselerak ruang ini juga lebih luas. Sediakan bakul untuk pakaian kotor dan tempat khusus untuk baju yang sudah dikeringkan agar tidak bercampur. AMY MOHD
Hanya wanita yang bergelar ibu sahaja yang faham bila melihat anak-anak membesar di depan mata. Dalam hati seorang ibu sentiasa membayangkan anaknya masih lagi kecil dan perlukan belaian mesranya. Perasaan ini benar-benar ‘teruji’ apabila anak bakal menempuh fasa baru dalam kehidupan mereka saat bergelar suami atau isteri.
Foto: Instagram @umieaida9
Perasaan ini turut dirasakan oleh selebriti terkenal tanah air, Datin Seri Umie Aida. Melalui coretannya di laman media sosialnya, “Baru saya tahu perasaan seorang ibu bakal menerima menantu. Alhamdulilah, syukur dengan nikmat rasa ini,” tulis Datin Seri Umie Aida yang kelihatan cantik dan berseri-seri di majlis pertunangan anaknya.
Wanita cantik yang pernah menjadi finalis Pencarian Dewi Remaja 1990/91 ini turut menzahirnya rasa gembira apabila bakal menerima menantu dan merestui pilihan hati anak kesayangannya.
Tambah Datin Seri Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali ini, “”MasyaAllah, rasa tak percaya anak saya sudah dewasa dan bersedia memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam hidupnya. Alhamdulilah, ibu gembira dengan pilihan mu Danial,” kata adik kepada Erma Fatima ini.
Wanita yang berusia 47 tahun ini juga mendoakan hubungan anaknya Mohd Danial Firdaus, 27 tahun dan bakal menantu, Haniz Zahira, 28 tahun dipermudahkan. “Semoga sentiasa dalam lindungan-Nya dan diberkati oleh-Nya, amin. Doakan semoga pernikahan mereka berjalan lancar tahun ini ya, InsyaAllah,” tulis Datin Seri Umie Aida yang membawakan watak Diana dalam filem Dukun ini.
Foto: Instagram @umieaida9
Sebelum ini, Datin Seri Umie Aida telah mengambil seorang anak angkat yang diberi nama, Aisha Humaira. Memetik kenyataan isteri kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menerusi Harian Metro, kehadiran Aisha Humaira memberi nikmat luar biasa.
Kredit foto Instagram Umie Aida, Mapheez & Kurtahs Studio
“Kehadiran Aisha adalah rezeki yang Allah yang saya tak tahu nak gambarkan macam mana. Kegembiraan ini saya kongsikan bersama pada majlis akikah dan kesyukuran. Saya bersyukur sangat dengan kehadiran Aisya. Malah, sejak dia lahir, dia memberikan satu kenikmatan luar biasa kepada saya sekeluarga,” kata Datin Seri Umie Aida.
Foto: Instagram @umieaida9
Dalam diam, bayi comel ini sudah meningkat usia 1 tahun dan Datin Seri Umie Aida telah menzahirkan rasa syukurnya ketika tarikh ulang tahun Aisha Humaira baru-baru ini. “Selamat hari lahir Aisha Humaira.
Foto: Instagram @umieaida9
Ibu doakan Aisya Humaira sentiasa dalam lindungan-Nya dan bimbingan-Nya dengan penuh kasih sayang-Nya dan tergolong dalam golongan solehah, akhlak yang mulia dan rezeki yang diberkati-Nya. MasyaAllah, cepat sungguh masa berlalu. Semoga Allah curahkan kebaikan demi kebaikan buat kita semua, amin,” coret Datin Seri Umie Aida.
Siapa suka shopping online mesti dah biasa shopping sini.
Kalau dulu nama Dira Abu Zahar sinonim dalam industri seni sebagai pelakon dan pengarah. Namun kini pemilik nama Datuk Khaidirah Dato’ Seri Abu Zahar ini makin dikenali selaku ahli politik.
Apatah lagi selepas dia berjaya memenangi kerusi dalam PRU ke-15 lepas dan dilantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Rim di Melaka.
Meskipun tidak lagi mewarnai dunia seni, penampilan Datuk Dira sentiasa menjadi perhatian peminat. Rancak merencana usaha membangunkan kawasan Rim, tumpuan figura tersebut kini lebih terarah kepada masyarakat setempat.
Pada 24 April lalu, Datuk Dira berkesempatan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Dun Rim sempena ketibaan Aidilfitri baru-baru ini.
Kredit Instagram @diraabuzaharKredit Instagram @diraabuzaharKredit Instagram @diraabuzaharKredit Instagram @diraabuzahar
Ternyata, penampilan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UiTM berkenaan ketika sambutan Rumah Terbuka menarik perhatian pengunjung.
Menerusi kemaskini dan gambar yang dimuat naik di media sosial, kelihatan penampilan Datuk Dira yang bersederhana dan simple. Tidak mengenakan solekan tebal, dia juga cukup ceria dan ramah melayan tetamu yang hadir.
“Sebab jujurnya, if it’s not because of arts and politics, saya adalah jenis introvert, or pemalu sebenarnya. But a progressive one I guess. Ini keluarga Rim kita yang saya sayangi. Demi mu ku sanggup apa sahaja.”
Kongsinya lagi di platform Instagram, “The one thing I love about being a politician is that you’re not allowed to be in a glasshouse.
Go and meet people. Get to know with each and everyone. Talk to strangers. Be nice and kind to everybody. Keep smiling. Everyday. Every time. No matter what.”
Kredit Instagram @diraabuzaharKredit Instagram @diraabuzaharKredit Instagram @diraabuzahar
Pernah menjadi penghias cover digital Nona tahun lalu, Datuk Dira dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam pada tahun 2020.
Penglibatan Datuk Dira dalam dunia politik nyata mengikut jejak langkah Allahyarham bapanya iaitu Dato’ Seri Abu Zahar Ithnin yang pernah menjadi Ketua Menteri Melaka kelapan.
Foto Majalah Nona
Kredit Instagram @diraabuzaharKredit Instagram @diraabuzaharKredit Instagram @diraabuzaharKredit Instagram @diraabuzahar
Datuk Dira mendirikan rumah tangga dengan Syfik Idzywan Sidek pada 21 Jun 2020. Dia kini bahagia menggalas tugas sebagai ibu kepada lima cahaya mata iaitu Tengku Anggun Deandra yang kini berusia 16 tahun dan Waris Iskandar, 5 tahun serta tiga orang anak suaminya hasil perkahwinan terdahulu.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...