Sekitar era 2000, nama Avril Lavigne cukup terkenal dalam kalangan peminat muzik. Bukan saja di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat malah populariti Avril turut diraih di Malaysia.
Bersandarkan wajah cantik dan keanak-anakkan, muzik yang dibawa wanita berusia 38 tahun ini masih segar sampai sekarang. Terutamanya lagu Complicated!
Baru-baru ini nama Avril kembali menjadi bualan kerana wajahnya yang tak makan dek usia. Apa tidaknya, dari zaman remaja hingga usia lewat 30an masih sama seperti dulu.
Meskipun tidak sepopular zaman kegemilangannya tapi ramai yang masih mengingati bait-bait lagu Avril.
Awal September lalu, Avril melakar sejarah tersendiri apabila namanya tertera di Hollywood Walk of Fame. Menariknya, ketika majlis tersebut Avril mendedahkan dia pernah bergambar di lokasi ikonik tersebut di tempat tertera nama Tom Cruise sewaktu berusia 16 tahun.
Kini selepas lebih 20 tahun, namanya pula tertera di salah satu Hollywood Walk of Fame.
Ads
Lebih manis, pada majlis pengumuman namanya di Hollywood Walk of Fame itu Avril turut mengenakan sweater yang sama ketika bergambar waktu umur 16 tahun berkenaan. Epik!
Dilahirkan pada 7 September 1984 di Kanada, Avril Ramona Lavigne dibesarkan di pekan kecil Napanee di Ontario. Avril mula didedahkan dengan muzik ketika baru berusia dua tahun melalui nyanyian ibunya di gereja.
Sewaktu berusia 12 tahun, dia bergelar penyanyi dan mula belajar bermain gitar serta menulis lagu. Pada tahun 1999, Avril berjaya mengecapi kejayaan sulung apabila memenangi pertandingan menyanyi dan berpeluang membuat persembahan bersama Shania Twain di Ottawa, Kanada.
Ads
Pada tahun sama juga bakat Avril disedari Cliff Fabri yang menjadi pengurus professional pertamanya. Avril melancarkan album pertama berjudul ‘Let Go’ pada Jun 2002 dan menduduki carta kedua US Billboard 200. Di samping tersenarai dalam carta muzik di UK, Kanada dan Australia.
Sehingga tahun 2008, Avril telah membuat tiga kali jelajah dunia kerana dia percaya acara jelajah tersebut mampu menaikkan popularitinya.
Album keempat Avril iaitu Goodbye Lullaby dilancarkan pada Mac 2011 menyaksikan kebanyakan lagu dalam album tersebut adalah hasil karyanya ketika usia remaja lagi.
Ads
Antara lagu popular Avril dan masih popular hingga kini ialah Complicated, Sk8er Boi, I’m With You, My Happy Ending, When You’re Gone. Sepanjang kariernya, Avril meraih pelbagai anugerah antaranya Grammy Award 2003, Juno Award 2003 dan Juno Award 2005.
Pada Disember 2007, Avril mencatatkan pendapatan mencecah USD12 juta dan tersenarai di kedudukan kelapan dalam senarai Forbes Top 20 Earners under 25.
Avril pernah berkahwin dengan Deryck Whibley pada 2006 namun berpisah empat tahun kemudian. Dia seterusnya menjadi isteri Chad Kroeger dan sekali lagi berpisah pada tahun 2015 selepas hanya dua tahun berkahwin.
Pada April 2015, Avril mengumumkan dia didiagnos penyakit Lyme dan aktif memberi pendedahan serta kesedaran mengenai penyakit tersebut.
Avril juga mengusahakan perniagaan fesyen yang dikenali sebagai Abbey Dawn sempena namanya pada zaman kanak-kanak. Dia juga mempunyai Yayasan Avril Lavigne yang menyokong usaha membantu golongan belia dan kanak-kanak kurang upaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak awal kemunculannya dalam industri seni ramai yang tertarik dengan wajah klasik Vanidah Imran. Bahkan selepas lebih 20 tahun bergelar anak seni, aura dan pesona Vanidah atau mesra disapa Vee ini masih berbisa. Tambahan pula apabila melihat penampilan terkininya. Kekal anggun dan kelihatan lebih cantik meskipun bakal meniti usia 47 tahun.
Vanidah yang dilahirkan pada 1 Oktober 1973 di Pulau Pinang dikatakan membesar di Kuala Lumpur. Difahamkan, aktres berbakat besar yang menyerlah dalam filem The Red
Kebaya telah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 pada tahun 2007. Dia yang memulakan karier seni pada usia 21 tahun menerusi filem
pertamanya ‘Putera’ arahan Aziz M Osman turut pernah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 1993 dan berjaya merangkul tempat kedua!
Memang tidak hairanlah Vanidah mampu mengekalkan susuk tubuh ramping dan wajah awet muda sampai ke hari ini. Dah namanya pun bekas ratu cantik. Pasti pelbagai tip dan
petua diamalkan personaliti ini demi menjaga kesihatan tubuh badan.
Kejayaan yang diraih Vanidah bukan calang-calang. Selain menerima pengiktirafan dalam bidang seni lakonan, dia juga merupakan selebriti yang memiliki latar belakang pendidikan yang baik. Sewaktu masih bergelar isteri dan tawaran seni yang tidak pernah putus, Vanidah tetap mampu melanjutkan pengajian di peringkat ijazah. Empat tahun ‘berjuang’ membahagikan masa di antara keluarga, kerjaya dan pelajaran akhirnya wanita berjiwa cekal ini berjaya memperoleh Ijazah Bahasa Inggeris di Universiti Terbuka Malaysia.
Gaya raya Vanidah pada 1 Syawal laluDi samping anak lelaki & perempuannyaVanidah di sisi Maryam RashikaKetika sambut hari lahir anak perempuannya yang ke-16 pada Mei lepas
https://www.instagram.com/p/CAFqWwADJ-o/
Vanidah yang berdarah keturunan India – Jawa sememangnya seorang wanita cantik yang sarat dengan nilai wanita Timur penuh kelembutan. Namun, dalam kelembutan ibu dua
anak ini dia rupa-rupanya seorang yang sangat aktif. Misalnya pada awal Mac tahun lalu, Vanidah menyertai sebuah acara larian marathon di Tokyo, Jepun!
Kongsinya, “Tokyo 2019 World Marathon Majors conquered! This is my second FM and my first time running in such a challenging weather. Bagi orang yang kurang tahan dengan cuaca sejuk, perlumbaan ini agak sukar untuk saya. Saya mengalami kejang otot on my left hamstring and quadriceps selepas 25km.”
Dalam perlumbaan itu, Vanidah berjaya menamatkan larian sejauh 39.8 kilometer. Hebat tu! Bukan calang-calang orang boleh buat. Tak cukup stamina, cepat je surrender.
Kenangan di Tokyo 2019 World Marathon
Begitu juga di dalam negara, macam-macam acara larian marathon yang disertainya. Tidak cukup dengan itu, Vanidah juga merupakan ahli persatuan silat cekak. Pada September
tahun lalu, jelitawan ini menerusi kontinjen Silat Cekak Pusaka Hanafi telah menyertai Pertandingan Akhir Chungju Martial Arts Masterships 2019 di Korea Selatan.
Terinspirasi dengan amalan gaya hidup sihat Vanidah Imran. Walau dah berusia lewat 40an pun tetap aktif. Tak hairanlah sampai sekarang dia mampu kekal awet muda, langsing dan menarik.
Sebelum ini Vanidah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Rashidi Ishak namun bercerai pada Ogos 2018 selepas 17 tahun berkahwin. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 19 tahun dan Maryam Rashika, 16 tahun.
Kredit foto: Instagram Vanidah Imran
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantiknya penampilan terbaharu penyanyi versatil, Salamiah Hassan, 72 tahun yang kini tampil berhijab! Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, penyanyi yang popular dengan panggilan mama ini sudah berhijab sejak empat bulan yang lalu selepas kehilangan suami tercinta, Allahyarham Gery Hughes.
Menurut Salamiah, dia mengenakan hijab di atas pilihan dirinya sendiri dan lebih memilih isu dirinya berhijab tidak menjadi perbualan di media sosial.
“Tiada apa yang perlu saya komen. Saya memang nak pakai hijab. Saya tak suka perkara ini menjadi satu isu besar,” ujarnya.
Sememangnya penyanyi yang juga merupakan ibu kepada Atilia Haron ini merupakan seorang wanita yang amat mementingkan hal privasi. Jadi tidak salah sekiranya dia memilih untuk tidak menghebohkan kisah dirinya mengenakan hijab kerana dia menganggap ia merupakan hal peribadi yang tidak perlu dihebohkan.
Salamiah Hassan juga baharu sahaja selesai menjalani tempoh edah dan kembali aktif memenuhi nyanyian. Meskipun masih berada sedih di atas pemergian suami tercinta akibat penyakit kanser kolon, sebagai isteri, Salamiah tidak mampu menyembunyikan rasa sedih di atas kehilangan teman hidupnya itu.
“Saya okay saja. Kita tiada kuasa dengan apa yang sudah Allah tentukan. Kita harus reda dan menerima hakikat serta meneruskan kehidupan.”
Untuk rekod,Salamiah mendirikan rumah tangga dengan Hughes pada 1 September 2022 setelah 35 tahun hidup sebagai ibu tunggal. Mereka mula berkenalan sejak 15 tahun yang lalu dan jodoh mereka tidak lama apabila Hughes menemui penciptaNya pada 4 November tahun lalu akibat kanser kolon di Tasmania Australia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
MashaAllah, sejuk mata memandang anak perempuan Dato’ Sri Eizlan Yusof! Mewarisi gen cantik ibunya iaitu Vie Shantie Khan, gadis bernama Vie Zaara Khan ini genap mencecah usia 15 tahun pada 3 Mei. Makin menginjak usia, makin terserlah pesona Zaara.
Meskipun Dato’ Sri Eizlan dan bekas isteri Vie Shantie sudah berpisah kira-kira lapan tahun lalu namun kedua-duanya masih menjalin hubungan baik demi anak-anak.
Bahkan bersempena Syawal baru-baru ini, Dato’ Sri Eizlan dan isteri, Datin Sri Sasha turut diundang Vie ke kediamannya untuk menyambut Aidilfitri bersama anak-anak. Memang kagum dengan keakraban mereka.
Cukup profesional dan menghormati di antara satu sama lain!
Bersyukur dengan kurniaan amanah terindah atas kelahiran Vie Zaara 15 tahun lalu, Dato’ Sri Eizlan menerusi Instagram miliknya memuat naik video khas didedikasikan untuk anakanda tersayang sempena ulang tahun kelahiran.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata followers mengatakan wajah Zaara mirip rupa paras selebriti jelita Datin Lisa Surihani.
“Happy 15th birthday Kakak Lala, Vie Zaara Khan. Semoga Allah SWT akan sentiasa melindungi dan merahmati Kakak dunia akhirat. Aamiinn.”
Raut wajah lembut dan cantik Zaara nyata sering menarik perhatian peminat ibu dan bapanya. Tidak hanya dikurniakan rupa paras menawan, Zaara juga cemerlang dalam akademik dan fasih berbahasa Arab.
Dalam temu bual Nona bersama Dato’ Sri Eizlan di Nona On Air tidak lama dulu, usahawan ini mendedahkan dia gembira kerana impiannya untuk melihat anak-anak menguasai bahasa Arab akhirnya dimakbulkan.
“Dengan bekas isteri, saya pernah sampaikan hasrat nak semua anak-anak pandai cakap Arab. Alhamdulillah semua ok. Tak ada isu berat dengan bekas isteri. Isu antara kami tak melibatkan anak-anak. Hubungan kami baik sebagai kawan.”
Selain Vie Zaara, perkahwinan terdahulu Dato’ Sri Eizlan dan Vie Shantie Khan turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Hasil perkahwinan dengan Datin Natasha Rosa pula, Dato’ Sri Eizlan dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Zaelynn Rosa.
Begitu juga Vie Shantie yang mempunyai seorang lagi anak perempuan diberi nama Vie Raissa hasil perkongsian hidup dengan seorang ahli politik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika dulu busana sopan dan menutup aurat agak terhad dalam industri fesyen tanah air. Namun kini impian setiap gadis khususnya para hijabi untuk bergaya akhirnya menjadi realiti apabila seleksi himpunan fesyen berkenaan kian berkembang di pasaran. Menyedari ‘selera’ dan permintaan tinggi terhadap fesyen tersebut beberapa tahun kebelakangan ini, acara berprestij Fashionably Modest Asia (FMA) 2025 bakal berlangsung November ini ...