Legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David lulus peperiksaan Kejurulatihan Skuasy Dunia (WSC) Tahap 2, selepas menamatkan kursus berkenaan di sini pada Jun lepas.
Juara dunia wanita lapan kali itu dalam kenyataannya berkata kursus yang beliau ikuti akan membantunya meneruskan misi untuk menjadikan sukan skuasy diikuti semudah mungkin di Malaysia melalui Nicol David Organisation (NDO), begitu juga bagi kursus kejurulatihan untuk wanita.
“Saya melakukannya kerana ini peluang saya untuk mengambil langkah seterusnya dalam melatih bukan kepada individu yang ingin belajar skuasy tetapi juga mereka yang ingin menjadi pengajar kerana kita memang memerlukan lebih ramai jurulatih skuasy terutama jurulatih wanita.
“Semua komponen ini penting bagi melengkapkan jurulatih dengan lebih terperinci tentang apa yang diperlukan dalam tempoh rangka latihan terutama dari aspek teknikal, taktikal, fisiologi dan psikologi,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) baru-baru ini.
Menurut Nicol lebih ramai jurulatih perlu mengambil WSC Tahap 2 untuk mereka mempunyai pemahaman lebih baik tentang skuasy dan berpengetahuan sebagai jurulatih bagi meneruskan kerjaya dalam melatih pemain serta pasukan pada masa depan.
Beliau berkata rancangannya pada masa depan adalah untuk melatih lebih ramai jurulatih menjadi pemimpin dalam lingkungan mereka sendiri.
Nicol akan menganjurkan kursus Wanita Dalam Kejurulatihan Tahap 1 pada 29 Ogos ini di Kuala Lumpur, dengan tujuan membantu jurulatih wanita generasi akan datang memulakan kerjaya mereka.
— BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu ‘Tiada Lagi’ Mayangsari mendedahkan antara rahsia awet mudanya ialah kebahagiaan yang dikecapinya dalam rumahtangga.
Hakikatnya ia memang benar kerana apabila seseorang itu sentiasa merasa gembira dan bahagia, ketenangan jiwanya akan terserlah pada luaran.
Wajah pun akan berseri-seri dan awet muda.
Menurut Mayangsari, selama 23 tahun bergelar isteri kepada usahawan terkenal, Bambang Trihatmodjo, dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya itu.
Untuk info, mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 2000.
Memetik perkongsian di saluran YouTube Melaney Ricardo bertarikh 19 April 2023, Mayangsari juga tidak pernah mengongkong suaminya.
“Mungkin cara kita menghilangkan kebosanan adalah dengan tidak menahan satu sama lain.
“Salah satunya tidak memeriksa telefon bimbit pasangan. Saya sendiri tidak pernah melakukan sedemikian.
Selain itu, Mayangsari dan suami juga tidak pernah meletak password (kata laluan) pada telefon bimbit masing-masing.
“Saya tidak tahu dan dia tidak pernah menggunakan kata laluan. Saya juga tidak pernah menggunakan kata laluan, kami tidak kisah,” jelas Mayangsari.
Mayangsari juga tidak pernah berprasangka buruk terhadap suaminya seperti mana wanita-wanita lain.
“Itu nampak sangat menyeksakan, saya tidak mahu,” jelasnya. Dia juga sedar sikap sebegini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi jika sudah berkahwin.
Apa pun kata Mayangsari, kunci utama kebahagiaan ialah saling menghormati antara satu sama lain. Semoga Mayangsari dan suami bahagia selamanya.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Kredit Foto: Instagram Mayangsari
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu pengumuman tergempar. Memetik laporan portal The Guardian, perkara mengejutkan itu diumumkan menerusi mesyuarat kaukus tahunan parti pada Khamis. Jelasnya, pengumuman tersebut menyusul selepas Ardern merasakan sudah tiba masanya beliau mengundurkan diri kerana tiada keupayaan lagi untuk menjalankan tugas itu.
Ujarnya, jawatan yang disandangnya itu datang dengan tanggungjawab yang berat. “Saya meletak jawatan kerana tugas ini memerlukan tanggungjawab, iaitu mengetahui adakah saya orang yang tepat untuk mempimpin dan menyedari bila masanya untuk berundur.
“Saya tahu apa yang diperlukan dalam menggalas jawatan ini. Dan saya tahu saya tiada lagi keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab tersebut. Ia semudah itu,” ujarnya. Susulan pengumuman itu Ardern menghubungi tunangnya Clarke Gayford bagi mengajaknya berkahwin. “Mari kita berkahwin akhirnya,” tulisnya.
Ardern meletak jawatan pada usia 42 tahun, selepas lima tahun lebih memegang jawatan tertinggi negara itu. Sebelum ini beliau menjadi pemimpin kerajaan wanita termuda di dunia selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2017 pada usia 37 tahun.
Pentadbirannya turut menyaksikan kepimpinannya semasa menempuh pandemik COVID-19, beberapa bencana dan tragedi besar seperti kejadian serangan masjid di Christchurch dan letusan gunung berapi White Island. Untuk rekod, tempoh jawatan yang disandangnya itu akan berakhir selewat-lewatnya 7 Februari.
Kredit foto: Mark Baker/AP/Shutterstock | Sumber: ASTRO Awani
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Genap berusia 27 tahun pada 12 Disember lalu, sambutan hari lahir ratu karate negara ini lebih bermakna apabila dia berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara kumite wanita bawah 50 kilogram. Sekaligus mencipta hatrik emas peribadi pada Sukan SEA Thailand 2025.
Sebelum ini, Shahmalarani Chandran turut konsisten meraih emas pada edisi 2021 di Vietnam dan 2023 di Kemboja dalam acara sama.
Tidak cukup itu, dia juga merupakan atlet cemerlang IPT yang menerima biasiswa Menteri Pengajian Tinggi 2022.
Malah, dia juga graduan First Class Honours Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari, Taylor’s University pada tahun 2023 dan menerima Anugerah Dekan sebanyak lapan kali.
Atas aksi dan pencapaian cemerlang dalam bidang sukan, Shahmalarani menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT) dalam Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaya sempena Sambutan Hari Lahir Ke-74 Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos 2023.
Bukan itu saja, dia juga merupakan ssalah seorang penerima Bintang Kecemerlangan Sukan (BKS) di Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-77 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Disember 2022.
Dalam kesibukannya sebagai atlet, Shahmalarani Chandran juga terpanggil untuk menjadi tutor online subjek Matematik bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2024. Serba boleh!
Tumpang bangga kejayaan Shahmalarani yang bijak membahagikan masa. Terima kasih kerana mengharumkan nama negara di mata dunia dan terus menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.