Baru- baru ini, heboh di alam maya memperkatakan tentang kewujudan telekung yang mana harganya mencecah ribuan ribu ringgit. Telekung yang dipakai semasa sujud pada Allah SWT itu sememangnya perlu berada dalam keadaan bersih tatkala digunakan semasa berdepan dengan Tuhan. Soal harga mahal ataupun murah sebenarnya terlalu subjektif untuk diperkatakan.
Baru-baru ini, pengusaha BAWAL EXCLUSIVE, Haliza Maysuri melebarkan sayap perniagaannya dengan pembukaan butik Telekung Haliza Maysuri yang terletak di Bandar Bukit Puchong, Selangor.
Menjengah laman Instagram miliknya, dalam tempoh 5 jam pembukaan rasmi butik berkenaan, jualan berjumlah ratusan ribu ringgit berjaya diperolehi hasil pembelian telekung oleh para pelanggan yang hadir pada hari pembukaan rasmi butik tersebut!
“Rezeki yang tidak disangka-sangka. Ini adalah penangan viral tempoh hari. Bila kita positif dan sentiasa melihat dari sudut yang berbeza, pasti kita akan terus pandang ke hadapan. Kesannya, bukan sahaja pelanggan dari Malaysia yang mengunjungi ke butik pada awal pembukaan malah pelanggan dari Brunei dan Singapura juga turut menghadirkan diri,” ujar Haliza Maysuri yang ditemui secara eksklusif oleh Majalah NONA baru-baru ini.
Rupanya, perniagaan menjual telekung bukanlah sesuatu yang baharu buat dirinya.
“Sebenarnya saya mula berniaga telekung sejak 20 tahun yang lalu. Pada ketika itu, telekung yang saya keluarkan sudah mempunyai pelanggan VVIP yang terdiri daripada kerabat, kenamaan dan usahawan. Bermula tahun 2014, saya mula fokus menjual tudung Bawal Exclusive kerana pada tahun tersebut ia mula mempunyai cawangan di seluruh Malaysia,” ujarnya memulakan bicara.
Ads
Menurutnya lagi, kejadian banjir di Kelantan ketika itu menjadi titik tolak mengapa dia memperlahankan seketika perniagaan berasaskan telekung.
“Kebetulan pada masa itu Kelantan dilanda banjir. Seluruh stok telekung di butik saya sedekahkan kepada mangsa banjir. Semasa itu saya pejam mata dan sedekahkan telekung tersebut tanpa mengira harga di mana ada di antaranya berharga ratusan ke ribuan ringgit.
Walaupun memberi tumpuan terhadap jualan tudung Bawal Exclusive, saya tetap mengeluarkan telekung untuk saya jadikan hadiah dan hamper untuk saya hadiahkan kepada rakan-rakan sempena bulan Ramadan dan sebagai hadiah hari lahir buat pelanggan-pelanggan tetap.”
Menurut Haliza lagi, penangan Covid juga menjadi salah satu asbab mengapa perusahaan telekung kembali dihidupkan tatkala melihat stok telekung yang banyak untuk persiapan bulan Ramadan untuk dijadikan hamper terpaksa dihentikan seketika.
Ads
“Saya mendapat idea untuk memuat naik gambar-gambar telekung di Instagram saya. Saya cuba memaparkan gambar-gambar telekung yang ada IG Story saya dan mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Ini kerana pada ketika itu personal IG saya tidak aktif.
Walaupun harga mencecah ribuan ringgit iaitu RM1200 yang paling murah kerana telekung tersebut saya hasilkan untuk dijadikan hadiah, tetap laku sehingga habis licin. Hasil dari muat naik gambar tersebut, saya dapat membayar gaji pekerja yang bernilai ratusan ribu ringgit sebulan,” ujarnya yang memanfaatkan stok yang ada untuk memastikan kebajikan kakitangannya terpelihara.
Selepas dari jualan itu, saya terfikir sepasang telekung yang mahal pun boleh terjual hanya berniaga semata-mata di alam maya, apakan lagi jika ada butik khas untuk telekung
Dari situ tercetuslah idea untuk membuka butik.
Walaupun menerima kecaman demi kecaman dek kerana menjual telekung pada harga ‘kayangan’, namun bagi wanita bergelar usahawan ini dia tidak melihat kecaman sebagai sesuatu yang melemahkan dirinya dan memandang ia dari sudut positif.
Ads
Telekung Haliza Maysuri mempunyai lebih kurang 40 rekaan dan corak dan harga sepasang telekung bermula dari serendah RM280 sehingga mencecah puluhan ribu ringgit sepasang. Lebih membanggakan, Telekung Haliza Maysuri telah mendapat trademark yang telah diperakui dari MyIPO.
Ketika ditanya mengenai keistimewaan telekung keluarannya, Haliza berkata ia hanya menggunakan material yang berkualiti tinggi serta bertatahkan kristal Swarovski. Selain itu, ia diperinci dengan keindahan sulaman/lace telekung yang berkualiti tinggi.
Walaupun baharu sahaja dibuka awal tahun ini, Telekung Haliza Maysuri mempunyai perancangan terperinci untuk mengukuhkan lagi jenamanya di pasaran tempatan dan antarabangsa.
“Saya mengimpikan untuk mempunyai gedung sendiri di mana di dalam gedung tersebut saya akan menjual bukan sahaja telekung malah pakaian umrah dan haji. Selain itu, InsyaAllah tudung Bawal Exclusive bakal menembusi pasaran United Kingdom tidak lama lagi.
Bagi telekung jenama Haliza Maysuri pula, saya merancang untuk meluaskan pasaran ke luar negara sebaik sahaja saya berjaya memiliki gedung sendiri. Perancangannya mungkin ke Brunei dan Singapura kerana ramai pelanggan setia berasal dari sana,” ujarnya menutup bicara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Didoakan agar jodoh itu adalah yang terbaik buat Rose. Paling penting doa dan restu keluarga yang menjadi kunci kebahagiaan.
Perkahwinan Impian
Baru-baru ini penulis berpeluang menemu bual Sharifah Rose dan ibunya, Noraini Dahlan. Antara perkongsian ialah berkenaan perkahwinan impian Sharifah Rose serta harapan ibu terhadap anak kesayangannya itu.
“The perfect wedding is always intimate, close tak perlu macam too grand. Cukup untuk merapatkan semua orang yang penting dalam hidup saya,” luah Sharifah Rose.
Usah Membazir
Menurut ibunya pula, memang itulah yang sering dipesan terhadap anak-anak, kahwin jangan membazir. Ini kerana perkahwinan dibina selepas majlis. Bagaimana untuk membawa perkahwinan itu dan meneruskan kehidupan bersama.
“So the simple is the best. Saya tak ada meletakkan apa-apa syarat, yang penting tuan badan,” tutur ibu Sharifah Rose.
Berusia 27 tahun, Sharifah Rose meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usianya mencecah 30 tahun, jika diizinkan Allah SWT.
“Umi selalu pesan, kalau nak cari suami tu carilah yang macam bapa saya sendiri. Sebab bapa seorang yang sangat family first.”
Anak Sulung, Hargai Jasa Ibu Bapa
“Sebagai anak sulung saya banyak pendam. Namun, saya sangat rapat dengan adik. Kami pun dua beradik je. Kalau tentang pasangan selalunya saya akan bercerita dengan adik can dialah yang selalu jadi tukang sampai.”
Seterusnya sebagai anak sulung juga, Sharifah Rose sangat menghargai jasa kedua ibu bapanya.
“Umi bukan saja ibu malah beliau juga adalah pengurus saya. Sambil uruskansaya, Umi juga ada kerjayanya sendiri. “
Ingat Asal Usul
Manakala bagi ibunya pula menyfatkan Sharifah Rose seorang yang sangat bertanggungjawab bukan saja terhadap dirinya sendiri bahkan keluarga.
“Nasihat saya kepada Rose, kalau terbang jauh sekali pun jangan lupa asal usul. Di mana dia bermula. Ke mana dia pergi, dia bawa nama keluarga.”
Bagi Sharifah Rose, Ini adalah masa untuk dia membalas semula jasa-jasa kedua ibu bapa.
“Peranan keluarga adalah sangat openting dalam kerjaya saya.. Mereka menjaga saya dengan sangat baik. So, I always want to give more and more to my family.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan setakat terduduk tapi terguling-guling dibuatnya sejak premis perniagaan diarah tutup ekoran wabak COVID-19. Ramai pemilik bisnes garu kepala, buntu membayangkan nasib perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa. Silap haribulan syarikat gulung tikar kalau tiada tindakan bertahan daripada sekarang.
Situasi getir ini memaksa Guru Bisnes atau Business Strategist terkenal, Tuan Hasbul Ariff dari Hasbul Brothers, membuka rahsia demi menyelamatkan nasib peniaga yang kerugian. Memandangkan ramai peniaga online terdiri daripada golongan wanita, beliau berkali-kali menyuruh kos perbelanjaan dikawal ketat. Jom ikuti perkongsian Tuan Hasbul Ariff yang dipetik dari Facebook ini.
Untuk sebahagian bisnes yang terkesan, anda harus ada keupayaan untuk bermula semula daripada awal. Situasi ini tak sama seperti kita bermula dahulu yang serba zero. Jadi sebagai business owner, apa yang perlu diusahakan untuk survival bisnes?
Elak dan tangguhkan segala belanja tidak perlu.
Nego dengan owner premis untuk tangguhkan/kurangkan bayaran sewa.
Nego dengan pihak bank/agensi untuk tangguhkan/kurangkan bayaran ansuran pinjaman bisnes.
Nego dengan suppliers supaya beri kemudahan untuk tangguhkan bayaran.
Jujur dengan pekerja kita tentang situasi kewangan syarikat sekarang. Be transparent. Maka mereka lebih memahami jika kita beri pilihan secara sukarela untuk mereka bercuti tanpa gaji, atau sama-sama berkorban untuk syarikat dalam lain-lain perkara.
Harus ada budi bicara antara majikan dan pekerja. Bukan berlaku kejam tanpa terus terang dan saling menyalahkan.
Brainstorm segera dengan team yang ada apa backup plan, atau contingency plan untuk dilaksanakan sekarang supaya bisnes dapat bertahan dalam tempoh sukar ini. Fokus pada solution, usah membesarkan problem.
Perlu tukar model bisnes buat sementara? Maka tukarlah. Daripada offline kepada online, daripada walk-in kepada delivery.
Perlu buat SALE sempena LOCKDOWN, maka buatlah.
Perlu fokus kepada zero atau low-cost marketing, maka buatlah. Buatlah apa sahaja yang dirasakan perlu untuk survival syarikat.
Buat business owner yang ‘terupgrade’ lifestyle peribadi dengan drastik umpama bisnes ini sentiasa cerah masa depan, selamatkanlah syarikat dahulu. Bukan selamatkan kemewahan dahulu demi menjaga maruah sehingga syarikat terkubur.
Belajar sesuatu daripada ujian ini. Keluar daripada zon selesa. Buat perkara yang kita tidak pernah buat sebelum ini. Belajar skill negotiation, belajar untuk deal, belajar untuk adapt dengan situasi, belajar jadi leader yang bagus ketika waktu sukar. InshaAllah kita jadi manusia lebih baik, lebih bijak, lebih tenang dan lebih kental selepas ini.
Terasa hancur perancangan kita? Ingatlah perancangan Allah itu lebih baik. Sedikit keluhan kita tentang rezeki? Ingatlah Allah itu al-Razzaq, Maha Pemberi Rezeki.
Sentiasa percaya ada kesenangan selepas kesulitan. Didoakan diberi ketabahan kepada kita untuk hadapi ujian ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan usahawan tersohor, Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid yang sinonim dengan gelaran Iron Lady Malaysia. Biarpun sudah lebih lima tahun pemergiannya, segala jasa beliau terus ‘hidup’ dan menjadi inspirasi.
Mohamad Syafiq Azim Shaheen atau Shafiq meneruskan legasi ibunya itu untuk membantu orang ramai terutama wanita menjana pendapatan.
Menurut Shafiq, ibunya bukan sekadar membantu dari segi kewangan tetapi lebih kepada memberi semangat dan motivasi agar golongan wanita dapat bangkit untuk menjadi usahawan berjaya.
“Seingat saya, ibu menghantar mereka ke kelas-kelas motivasi untuk menaikkan semangat. Bagi ibu, cara ini mampu membantu mereka meningkatkan diri dan perniagaan.
“Saya juga percaya kalau kita bagi duit sahaja, duit akan habis. Tetapi jika kita ajar mereka cara untuk menambahkan pendapatan tanpa bergantung pada orang lain, cara itu lebih baik,” tutur Shafiq.
Dalam pada itu, Shafiq turut berkongsi kenangan bersama ibu yang tidak dapat dilupakan ketika bulan Ramadan.
Dia sering dibawa ‘turun padang’ bagi melihat sendiri kehidupan golongan susah. Secara tak langsung, ia mendidik dirinya untuk bersyukur dan sentiasa merendah diri.
“Ketika saya berumur 15 tahun, ibu sering membawa kami adik-beradik pergi memberi zakat kepada golongan susah.
“Momen itu cukup meninggalkan kesan buat saya. Sehingga ke hari ini saya didik anak-anak dengan cara yang sama,” ujar Shafiq.
Bagi meneruskan legasi ibunya, Shafiq mempunyai cara tersendiri untuk membantu orang ramai dengan cara menghasilkan produk minuman kopi mampu milik dan berkhasiat di bawah jenama Madani Coffee, berperisa caramel macchiato.
Madani Coffee mengandungi bahan-bahan berkhasiat untuk penggemar kopi antaranya, habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori (sukralosa), probiotik, fiber sitrus dan biji kopi premium 100 peratus arabika.
Bercakap lebih lanjut tentang perancangan bisnes, Shafiq yang bekerjasama dengan isterinya, Syida Melvin mensasarkan jualan sehingga 100 ribu paket (Madani Coffee) untuk tahun pertama.
Untuk rekod, Datuk Dr Maznah Hamid meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 2017. Exco Wanita UMNO ini meninggal dunia setelah mengalami komplikasi susulan pembedahan jantung.
Kredit Foto: Instagram Syida Melvin
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.