Makan hati tengok penampilan baru Zulin Aziz. Makin hari makin cantik, badan langsing dengan pinggang 27 inci!
Mempunyai bentuk badan yang ideal dan sihat merupakan impian setiap wanita. Bagi seseorang yang bergelar selebriti atau public figure, imej dan penampilan ini bertambah penting serta mesti dijaga rapi.
Seperti Zulin Aziz, beliau memilih pendekatan gaya hidup yang sihat, diet dan suplemen yang tepat untuk mendapatkan berat badan idaman. Meskipun ada segelintir selebriti memilih melakukan cara lebih ekstrem seperti pembedahan bariatrik, namun cara Zulin diyakini lebih selamat dan menyeronokkan.
Dedahnya, amalan senaman dan diet banyak membantu proses penurunan berat badan. Paling best Zulin Aziz bijak mengolah menu masakan agar dia masih boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu berlapar.
Menerusi Instagram miliknya iaitu @cikzulinkedapur, beberapa menu sihat ini antara yang menarik perhatian Nona untuk dicuba.
Jom semak menu-menu sihat yang dikongsi oleh Zulin bagi membantu mengawal dan maintain berat badan ni. Paling baik elakkan nasi dan makanan manis tinggi gula!
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Alhamdulillah saya masih dalam proses mengurangkan berat badan. Antaranya diet-diet saya kongsikan ialah saya vegetarian sebenarnya, tapi kadang-kadang saya cheat juga makan nasi.
Saya selalu amalkan vegetarian 14 hari dan saya diet seperti biasa. Of course saya tak makan nasi dan makanan yang mengandungi gula. Cuma makan buah epal, kacang, salmon dan benda rebus sahaja,” ujarnya.
RESIPI SOTONG PETAI MENGAUM
Bahan-bahan:
Petai
Sotong
Cili merah 2 batang (dihiris)
Cili api (ikut kepedasan yg anda nak)
Sos ikan
Sos tiram
Serai (dikatuk)
Tomato (potong dadu)
Bawang putih 4 biji
Bawang merah 2 biji
Halia seinci (hiris halus)
Cara membuat:
Panaskan minyak, tumis serai. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau, masukkan cili api dan cili besar. Tuangkan sedikit sos tiram dan sos ikan. Masukkan garam gula secukup rasa kemudian tomato, petai dan sotong. Gaul rata siap!
Sotong jangan masak lama, nanti tak sedap. Lagi pedas lagi sedap. Petai nak goreng asing pun boleh buat mereka yang suka petai rangup.
RESIPI TELUR REBUS MASAK THAI
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Cili besar
Cili api
Daun limau
Serai
Daun ketumbar
Daun bawang
Cara membuat:
Tumis bahan tadi, letak sos ikan, tambahkan gula dan maggi cukup rasa. Tuangkan dekat telur atas telur rebus. (Telur rebus goreng dulu).
Simple tapi sedap sangat. Pedas-pedas manis.
GAYA HIDUP AKTIF
Selain itu, Zulin juga memastikan melakukan senaman dan dia juga menyertai kelas Muay Thai. Katanya dia mahu terus mendapatkan badan yang diimpikan dan paling penting kekal sihat.
Menurutnya lagi, kalau kurus cantik tetapi berpenyakit juga tiada gunanya. Jadi biarlah kurus, sihat dan cantik. Jadi sesiapa yang nak menurunkan berat badan tanpa pengambilan seberang pil kurus, boleh cuba amalkan cara diet Zulin Aziz yang kini memang nampak semakin anggun dan jelita.