Ads

Puan Sri Tiara Jacquelina, Optimis Martabat Karya Seni Ke Persada Dunia & Diangkat Nona Icon of the Arts Award

Puan Sri Tiara Jacquelina, Nona Icon of the Arts Award
Puan Sri Tiara Jacquelina, Nona Icon of the Arts Award

Hampir empat dekad mencorak kanvas seni tanah air, Puan Sri Tiara Jacquelina berdiri sebagai sebuah nama yang melangkaui definisi pelakon, penerbit mahupun pengarah. Seorang storyteller dan usahawan kreatif berjiwa avant-garde, beliau tidak pernah berhenti mencipta dunia baharu, menyulam budaya dengan imaginasi serta mengangkat cerita Malaysia dalam bahasa seni yang berani, indah dan bertaraf dunia. 

Daripada filem dan teater muzikal kepada pendidikan seni, pelancongan berasaskan pengalaman serta penceritaan imersif, setiap usahanya diikat oleh satu benang merah iaitu kepercayaan bahawa cerita Malaysia punya nilai dan kekuatan untuk berdiri setanding dengan karya terbaik dunia. 

Bagi Puan Sri Tiara, kejayaan bukan sekadar tentang mencipta karya yang mendapat perhatian. Lebih utama ialah keinginannya untuk membina manusia, membuka ruang kepada generasi baharu dan meninggalkan sebuah ekosistem kreatif yang mampu terus berkembang lama selepas namanya tidak lagi menjadi tajuk utama. 

KERJAYA SENI 

Puan Sri Tiara Jacquelina, Optimis Martabat Karya Seni Ke Persada Dunia & Diangkat Nona Icon of the Arts Award

Sepanjang 40 tahun berkarya, Puan Sri Tiara tidak pernah membiarkan dirinya terikat pada satu sisi seni. Bermula sebagai pelakon, rasa ingin tahu dan keberanian meneroka membawanya melangkah lebih jauh sebagai penerbit, pengarah, usahawan serta pengasas Tiarasa Resorts dan The Enfiniti Group. Baginya, seni adalah sebuah perjalanan yang sentiasa bergerak dan berkembang, menuntut seorang seniman untuk terus bereksperimen, mencabar batas diri serta merendah hati untuk terus belajar. 

Ujar isteri kepada Tan Sri Mohd Effendi Norwawi ini, inspirasi dalam menghasilkan karya lazimnya lahir daripada kisah, budaya dan realiti kehidupan masyarakat Malaysia. “Saya membesar dalam keluarga yang sangat berwarna-warni. Berbeza budaya, latar belakang dan kepercayaan. Dari kecil saya belajar bahawa kita tak perlu menjadi sama untuk saling menyayangi dan menghormati. 

Mungkin sebab itu karya-karya saya selalu kembali kepada persoalan yang sama, siapa kita sebagai rakyat Malaysia? Apa cerita kita? Dan apa yang menyatukan kita? Saya benar-benar percaya bahawa kepelbagaian Malaysia itulah kekuatan kita. Sebagai seorang storyteller atau tukang cerita, saya mahu mengabadikan kekayaan itu dalam semua karya yang dihasilkan.” 

Kecintaan itu diterjemahkan menerusi pelbagai karya yang menjadi sebahagian daripada landskap seni tanah air. Namun, antara yang paling sinonim dengan namanya ialah Puteri Gunung Ledang (PGL), bermula dengan filem epik pada tahun 2004 sebelum berkembang menjadi fenomena pentas menerusi PGL The Musical yang dipentaskan buat kali pertama pada tahun 2006. 

Ads

Puan Sri Tiara kemudiannya terus meneroka dunia pengarahan menerusi karya berskala besar seperti OlaBola The Musical, sambil mengembangkan Enfiniti sebagai sebuah syarikat kreatif yang percaya bahawa cerita tempatan mampu memiliki nilai dan daya tarikan sejagat. 

Puan Sri Tiara Jacquelina, Optimis Martabat Karya Seni Ke Persada Dunia & Diangkat Nona Icon of the Arts Award

Dua dekad selepas PGL The Musical mencetuskan fenomena, tahun ini Puan Sri Tiara kembali menghidupkan magis karya ikonik itu, sekali gus memperkenalkan legenda Puteri Gunung Ledang kepada generasi baharu. Sambutannya ternyata luar biasa apabila kira-kira 22,000 peminat membanjiri barisan dalam talian sebaik jualan dibuka, sebelum tiket habis terjual dalam tempoh sekitar dua jam. 

“Saya memang terkejut. Tapi yang paling menyentuh hati saya bukan perkataan ‘sold out’ itu. Yang menyentuh hati saya ialah saya sedar rupanya selama 20 tahun ini orang tak pernah lupakan PGL. Mereka dah tunggu 20 tahun. Mereka dah ‘berjuang’ untuk mendapatkan tiket. Jadi sekarang, kami pula battle untuk memberikan mereka versi terbaik PGL The Musical yang pernah mereka lihat. 

 Saya mahu rakyat Malaysia percaya bahawa cerita kita juga layak berada di pentas dunia. Ada ketika kita terlalu cepat menganggap cerita dari luar negara lebih hebat. Saya tak percaya. Kita ada legenda yang luar biasa, sejarah, muzik, bahasa, budaya dan manusia yang luar biasa. Yang kita perlukan adalah keberanian untuk menceritakan cerita kita dengan standard dunia. 

Puan Sri Tiara Jacquelina, Optimis Martabat Karya Seni Ke Persada Dunia & Diangkat Nona Icon of the Arts Award

Ads

Saya mahu kita menghasilkan karya berkualiti sehingga orang memilihnya bukan kerana ia karya Malaysia, tetapi kerana ia memang bagus. Dan apabila dunia melihat hasil karya kita dan berkata, ‘Wah, this came from Malaysia?’ Reaksi itu yang membuatkan saya teruja dan mahu terus berkarya.” 

 Filem Puteri Gunung Ledang sendiri mencipta sejarah apabila menjadi filem Malaysia pertama diundang ke Festival Filem Antarabangsa Venice, selain menjadi penyertaan rasmi pertama negara untuk pertimbangan Academy Awards bagi kategori ‘Best Foreign Language Film’. 

 LEGASI 

Bagi Puan Sri Tiara, legasi tidak hanya terpahat pada karya yang ditinggalkan di atas panggung atau layer perak, tetapi turut hidup dalam dunia yang diciptanya. Melangkaui produksi seni, jiwa kreatifnya diterjemahkan menerusi Tiarasa Escapes di Janda Baik, sebuah retreat yang menyatu indah dengan alam dan menjadi ruang untuk keluarga serta individu mencari ketenangan, selain destinasi pilihan bagi corporate retreats, management offsites dan team building. 

Di Dream Forest Langkawi pula, seni penceritaan menemukan kanvasnya yang lebih magis apabila rimba tropika bertukar menjadi pentas hidup buat legenda-legenda Langkawi. Dalam balutan cahaya, bunyi dan teknologi imersif, kisah warisan yang berakar sejak zaman-berzaman diberi nafas baharu, mencipta sebuah pengalaman yang memukau antara alam, imaginasi dan budaya. 

Puan Sri Tiara Jacquelina, Optimis Martabat Karya Seni Ke Persada Dunia & Diangkat Nona Icon of the Arts Award

Ads

 “Saya suka mencipta dunia yang membuat orang rasa sesuatu. Kadang-kadang kanvas saya ialah sebuah pentas. Kadang-kadang sebuah filem. Kadang-kadang sebuah retreat di tengah alam, dan kadang-kadang sebuah hutan yang menjadi pentas kepada legenda. Apa pun bentuknya, I’m still a storyteller. I’m just using different canvases.” 

 Namun apabila berbicara tentang legasi peribadi, Puan Sri Tiara mengakui semakin meningkat usia, semakin kurang penting baginya untuk meninggalkan sekadar sebuah nama. “Bersara? Saya tak tahu sama ada perkataan itu wujud dalam kamus hidup saya. Tapi bila bercakap tentang legasi, semakin saya berusia, semakin saya sedar bahawa saya tak mahu legasi saya hanya menjadi nama saya. 

 Saya mahu legasi saya hidup dalam bentuk manusia iaitu pelakon, penulis, pengarah, penerbit dan dreamers generasi seterusnya. Kalau suatu hari nanti ada seseorang yang berkata, ‘Kalau Tiara berani bermimpi sebesar itu, aku pun boleh,’ bagi saya itulah legasi. Sebab satu hari nanti akan muncul generasi yang menghasilkan karya jauh lebih hebat daripada apa yang pernah saya buat. Dan saya benar-benar mahu melihat hari itu.” 

Puan Sri Tiara Jacquelina, Optimis Martabat Karya Seni Ke Persada Dunia & Diangkat Nona Icon of the Arts Award

Biarpun meraih pelbagai pengiktirafan di dalam dan luar negara, Puan Sri Tiara tidak melihat populariti sebagai ukuran sebenar sebuah perjalanan seni. Baginya, kemasyhuran boleh datang dan pergi. Yang akhirnya kekal ialah karya, manusia yang pernah disentuh oleh karya itu serta keberanian untuk terus berkembang. 

“Saya rasa susah nak hanyut dengan populariti apabila setiap hari saya masih berdepan dengan result operation, budget, rehearsal, WhatsApp groups, deadline dan seribu benda yang belum siap,” selorohnya. “Saya belajar satu perkara sejak dulu, popularity is temporary. The work remains.” 

Tambahnya lagi, “Saya mahu kekal curious. Saya mahu terus rasa seronok apabila menemui sesuatu yang saya tak tahu. Bagi saya, kita tidak menjadi tua kerana umur. Kita menjadi tua apabila kita hilang rasa ingin tahu. Saya belum bersedia untuk berhenti berfikir, berhenti belajar atau berhenti bermimpi. Seorang seniman mesti cukup rendah hati untuk terus belajar dan cukup berani untuk membuang apa yang sudah tidak berfungsi atau tidak lagi relevan,” akhirinya.

Artikel https://www.nona.my/33-penerima-nona-gala-awards-2026/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Dr Fauziah Hasan, Penerima Nona Superwoman Award 2026

Dr Fauziah Mohd Hasan, Pakar Obstetrik & Ginekologi Ini Nekad Sertai...

Keberanian Dr Fauziah Mohd Hasan menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) ke Gaza meletakkan beliau antara figura kemanusiaan Malaysia yang lantang membawa suara solidariti ke pentas dunia. Anak jati Terengganu ini merupakan antara lapan anggota delegasi Malaysia yang terdiri daripada doktor perubatan, pakar undang-undang dan pengamal media, mewakili Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam menjayakan misi berkenaan.