Umum mengetahui, tiara merupakan satu perhiasan barangan kemas yang amat sinonim dengan kerabat diraja, apatah lagi sebagai Permaisuri mahupun Puteri. Setiap negara mempunyai tiara yang melambangkan sistem monarki diraja yang kaya dengan pelbagai sejarah tersendiri.

IKLAN

Ratu Elizabeth II Hadiahkan Tiga Tiara Untuk Duchess Of Cambridge. Jadi Simpanan Sepanjang Hayat!
Tahukah anda, koleksi tiara terhebat di dunia adalah milik keluarga DiRaja Britain? Setiap koleksi tiara yang dimiliki oleh kerabat DiRaja Britain mempunyai sejarah dan kisahnya yang tersendiri.

Ratu Elizabeth II Hadiahkan Tiga Tiara Untuk Duchess Of Cambridge. Jadi Simpanan Sepanjang Hayat!
Kebiasaannya tiara dihadiahkan atau dipinjamkan kepada puteri raja dalam keluarga DiRaja apabila usia mereka mencecah angka 18 tahun. Ratu Elizabeth II, memiliki banyak koleksi tiara DiRaja yang akan digayakan ketika menghadiri majlis-majlis rasmi negara di Britain mahupun luar negara. Selain itu, baginda akan meminjamkan koleksi tiara ini untuk digayakan oleh anakanda dan cucunda baginda ketika mereka melangkah ke gerbang perkahwinan.

Ratu Elizabeth II Hadiahkan Tiga Tiara Untuk Duchess Of Cambridge. Jadi Simpanan Sepanjang Hayat!
Kate Middleton, The Duchess of Cambridge bakal bergelar Ratu suatu hari nanti. Umum mengetahui isteri kepada pewaris takhta Britain ini kerap menghadiri majlis-majlis rasmi mewakili Ratu Elizabeth II dan sudah tentunya pemakaian tiara melengkapkan lagi penampilannya di majlis-majlis rasmi. Tidak hairanlah mengapa Ratu Elizabeth II telah menghadiahkan tiga tiara kepada Kate Middleton untuk disimpan dan digunakan olehnya.

Ratu Elizabeth II Hadiahkan Tiga Tiara Untuk Duchess Of Cambridge. Jadi Simpanan Sepanjang Hayat!
Apa yang menarik, ketiga-tiga tiara yang dihadiahkan oleh ratu Elizabeth II itu menjadi milik Kate Middleton sehingga ke akhir hayatnya dan tiada puteri lain yang boleh menggayakannya. Walau bagaimanapun, sekiranya dia meninggal dunia, tiara tersebut akan dikembalikan semula dalam arkib keluarga DiRaja Britain.
Nak tahu apakah tiara yang menjadi milik kekal Kate Middleton?

Ratu Elizabeth II Hadiahkan Tiga Tiara Untuk Duchess Of Cambridge. Jadi Simpanan Sepanjang Hayat!

1. TIARA CARTIER HALO
Tiara ini telah digayakan oleh Kate Middleton pada hari perkahwinannya dengan Putera William pada 29 April 2011 di Westminster Abbey, London. Menurut sejarah, tiara tersebut dihasilkan pada tahun 1936 dan merupakan tiara milik bonda kepada Ratu Elizabeth II. Tiara ini juga pernah digayakan oleh Ratu Elizabeth II ketika baginda menyambut hari jadi ke 18 dan pernah juga digayakan oleh adinda Ratu Elizabeth II, Puteri Margaret.

IKLAN

Ratu Elizabeth II Hadiahkan Tiga Tiara Untuk Duchess Of Cambridge. Jadi Simpanan Sepanjang Hayat!

2.TIARA CAMBRIDGE LOVER’S KNOT

IKLAN

Pada asalnya, tiara The Lotus Flower merupakan milik Ratu Elizabeth Bowes Lyon, pemberian dari suaminya, King George VI. Tiara tersebut pada asalnya merupakan seutas kalung mewah namun ia telah melalui proses pengubahsuaian menjadikan ia tiara. Kate Middleton dilihat beberapa kali menggayakan koleksi tiara ini di majlis rasmi negara.

Ratu Elizabeth II Hadiahkan Tiga Tiara Untuk Duchess Of Cambridge. Jadi Simpanan Sepanjang Hayat!
3.TIARA THE LOTUS FLOWER
Tiara ini merupakan tiara kegemaran Kate Middleton dan sering menjadi pilihan untuk digayakan ke majlis rasmi. Menurut sumber, tiara tersebut mempunyai nilai sentimental yang tinggi kerana ia merupakan antara tiara kegemaran mendiang Puteri Diana saat beliau bergelar isteri kepada Putera Charles. Menurut sejarah, tiara yang dihasilkan pada tahun 1900 direka khas untuk Ratu Mary sebelum ia diberikan kepada cucunda baginda, Ratu Elizabeth II. Malah Ratu Elizabeth II menghadiahkan tiara ini sempena perkahwinan Puteri Diana dan putera Charles pada 29 Julai 1981.

Sumber: Glamour/Getty Images

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI